Nak Souvenier best?

kelahiran 2

Proses kelahiran yang boleh di bahagi kepada 3 peringkat:

  • Fasa pertama
  • Fasa kedua
  • Fasa ketiga

1. Fasa pertama kelahiran

  • Kelahiran bermula dengan mulanya fasa pertama proses kelahiran
  • Rahim akan mengecut setiap 10-30 minit pada mulanya dan pengecutan berlaku untuk jangka masa 40 saat
  • Kadar pengecutan rahim akan meningkat perlahan-lahan setiap 2 minit
  • Setiap kali rahim mengecut, pangkal rahim akan membuka sehingga mencapai 10cm atau (4") lebar
  • Biasanya pangkal rahim diselaputi lapisan mukus yang menolong mencegah jangkitan Lapisan tersebut akan dikeluarkan sebelum proses kelahiran bermula (show)
  • Ini boleh diikuti dengan pecahnya selaput air ketuban ("water bag membrane")

childbirth

rahsia

~sama- sama berkongsi disini

RAHSIA SURAH YASSIN AYAT KE 58
Barangsiapa yang membaca YAASIN sepenuhnya dan pada ayat ke 58 surah
tersebut "SALAAMUN QAULAN MIN RABBIN RAHIM" diulang sebanyak 7 kali untuk 7 niat baikmu, Insya Allah dengan izin Yang Maha Esa dan Maha
Kuasa, semua hajatmu akan dikabulkan.

Jika boleh niatkan sebegini:
1) YA-ALLAH YA-RAHIM, ampunkan dosa-dosaku dan saudara-maraku
2) YA-ALLAH YA-RAHMAN, kurniakan aku isteri,suami, anak-anak yang soleh
dan mencintai islam
3) YA-ALLAH YA-RAZZAK, kurniakan aku rezeki yang berkat,kerja yang baik
dan berjaya didunia dan akhirat.
4) YA-ALLAH YA-JABBAR, makbulkan hajat penghantar maklumat yang aku
dapat ini
5) YA-ALLAH YA-MUTAQABBIR, jauhkan aku dari sifat khianat dan munafiq
dan miskin
6) YA-ALLAH YA-WADUUD, kurniakan aku dan seluruh umat Muhammad yang
beriman kesihatan zahir batin
7) YA-ALLAH YA-ZALJALA LIWAL IKRAM, makbulkanlah semua hajatku, dan
redhaikanlah aku.....

AMINnnnn.

Sampaikan dakwah ini kepada sahabat anda....tidak rugi kita membuat kebaikan, amalan menambah pahala..
Ikhlaskanlah hatimu menyampaikan
dakwah ini kerana Allah.

resepi kentang

Resepi utk 2 org.
Bahan2nya:kentang 8biji
2 biji telur
bawang putih 4ulas
2 sudu besar majerin
sedikit garam n perasa(aji no moto)
Cara2 memasak:Kentang dipotong dadu,basuh dan toskan.
Panaskan kuali,masukn majerin,
masukn bawang putih yg di hiris,
setelah bawang putih kekuning2an,masukn kentang,
kecikn api dapur,gaullh sehingga kentang empuk,
akhir sekali masukn telur,garam dan perasa.
Sudah siap utk dihidangkan!!!

sumber dari sini

contest teka tarikh lahir until 1 Januari 2011



jawapan:
29 june: cousin

orang yg di tag
fizah
eyqa
ynadiana
zulaiha
mamaafzal

(mereka yg di tag sila klik banner utk ke page berkenaan)
Align Center

kutu diharamkan?.. kutu kepala ke?

harini dalam hotfm ada cerita tentang kutu ni.
bukan kutu kepala ni..
tentang kutu yang kita kumpul duit.
atau ada juga yang melibatkan set pinggan mangkuk..

kiranya kalau ada sepuluh orang dengan yuran rm10.
by turn akan dapat rm100 la..
kalau tadi terdengar ada caller yang main kutu untuk tujuan bayar roadtax kereta nanti.
tak nampak dimana yang salah nya.. sebab tak ada melibatkan bunga atau dividen.

taktahula..
pendapat anda?

kelahiran 1

Definisi
Kelahiran anak atau bersalin adalah proses pada akhir kehamilan, iaitu janin keluar dari rahim ibu.

  • Kebanyakan wanita yang berpotensi hamil adalah sihat. Mereka dijangka dapat mengandung dan bersalin tanpa komplikasi serta melahirkan bayi yang sihat
  • Jangka masa bersalin berbeza-beza antara individu. Wanita yang hamil kali pertama mungkin mengambil masa 13 jam untuk bersalin berbanding jangka masa 8 jam untuk wanita yang pernah bersalin
  • Proses kelahiran manusia adalah lebih sukar dan menyakitkan berbanding haiwan. Ini kerana secara relatifnya bentuk tulang pinggul ibu dan rangka kepala janin yang lebih besar
  • Kini terdapat banyak kaedah untuk mengurangkan rasa sakit bersalin

resepi roti canai

dapat dari sini

Ingredients:
Bahan-bahan ( 6 keping )

* 1 1/2 cawan tepung gandum
* 1 sb susu pekat
* secubit garam
* 1/2 - 1 cawan air
* 1 sb minyak/marjerin/mentega
* marjerin/mentega-untuk salutan
* 3 biji telur - dipukul(saya gunakan 1 biji telur untuk 2 keping roti canai)
* Minyak-untuk menggoreng



Directions:
Cara-cara

1. Campurkan tepung, garam dan susu pekat. Gaul sebati.
2. Masukkan air sedikit demi sedikit ke dalam adunan tepung hingga doh tidak melekat di tangan.
3. Masukkan pula minyak/marjerin/mentega. Uli hingga menjadi doh yang lembut.(Jika doh lembik, tambahkan sedikit tepung)
4. Tutup doh dengan kain lembab/´cling film´ selama 30 minit.
5. Bahagikan doh tadi kepada 6 bebola kecil. Salutkan setiap bebola kecil tadi dengan marjerin/mentega. Simpan beberapa jam sebelum digunakan.
6. Sapukan minyak/mentega di meja kerja dan di tangan. Ambil sebiji bebola, leperkan dan tebar/tarik menjadi bentuk 4 segi. Letakkan telur yang telah dipukul di tengah-tengah. Balutkan.
7. Goreng dengan api sederhana dengan sedikit minyak sambil dibalik-balikkan hingga masak.
8. Sesuai dihidangkan bersama kuah dal dan sambal ikan bilis. Selamat mencuba.

-untuk koleksi.. belum cuba lagi...

epilog syurga 'chinta"


cerita ni dah tamat minggu lepas.
dan semalam dah start cerita baru- chinta
ending ESC ni boleh dikatakan kurang best.
menjangkakan ending yang lebih menarik.
tapi..
nak buat macamana..
directornya bukan diri sendiri..

dan harapnya cerita baru ni dapat menarik hati..

tersenyum lebar.. tabik spring!!

harini tersenyum lebar.
fiza datang menjengah di shoutbox.
hadiah apa?


rupanya hadiah sempena fiza buat GA untuk anniversarynya haritu.

inila comment kemenangan.tak sangka bertuah.
ini kali kedua dapat hadiah since joined contest.sangat simple contestnya.
thanks to fiza.
'semoga perkahwinan nya sentiasa diberkatiNYA'
and
tabik spring sebab dia datang bagitau sendiri kat pemenang2..
terima kasih terima kasih..
lain kali boleh join lagi..
SILALAH MELAWAT BLOG BELIAU DISINI

Rooney to miss Valencia trip with ankle injury

Wayne Rooney substitution Man United v Bolton
PA Photos
Wayne Rooney: Just one goal in five games so far this season
Out-of-form Wayne Rooney will not travel with the Manchester United squad for the Champions League match against Valencia on Wednesday due to an ankle injury, the club have confirmed

~lebih lanjut mengenai kecederaan berkaitan bola DISINI

i) Cedera bahagian buku lali

Menurut Dr. Azmi, kecederaan buku lali (footballer ankle) merupakan kecederaan paling kerap berlaku kepada pemain ketika di padang.

Jelasnya, ia berlaku bila wujud satu bahagian tajam (kapsul) di sudut tertentu apabila tekanan diberikan kepada tulang tersebut. Seterusnya menyebabkan tisu menjadi bengkak dan sakit, lalu pesakit mudah terpelecok ketika berjalan atau berlari.

Selain itu, boleh juga berlaku di mana ligamen antara buku lali terkoyak atau terkepit di bahagian depan. Ini menyukarkan pesakit untuk berlari.

“Ia biasanya disebabkan tekanan pada sendi terutama ketika menggelecek dan ini selalu berlaku kepada pemain tengah,” jelasnya.

Satu lagi keadaan yang menyebabkan kecederaan di bahagian buku lali berlaku di mana serpihan ligamen terkoyak atau tersepit di celah sendi.

Bila ini terjadi kata Dr. Azmi, rawatan yang dilakukan adalah dengan membersihkan bahagian yang berkenaan dan diperkemas melalui pembedahan arthroskopi sendi.

Katanya lagi, kecederaan pada bahagian ini mudah dirawat, di mana proses penyembuhan mengambil masa lebih kurang dua minggu. Selepas itu bekas pesakit tadi boleh bermain seperti biasa.

Menjawab pertanyaan sama ada kecederaan jenis ini akan berulang, katanya, amat tipis melainkan berlaku ligamen terkoyak dan longgar menyebabkan ia perlu diperbaiki (reconstruct).

Bekas pesakit katanya, boleh kembali bersukan seperti biasa, namun memerlukan sokongan atau pun perlindungan dengan memakai guard

patah


nampak seperti luka biasa sahaja
sebenarnya ada patah tulang
so it's called open fracture..

lagi-lagi kena bunuh!

~pesakit mental/jiwa yang tidak mendapat rawatan boleh membahayakan. masyarakat kita masih stigma kepada penyakit ini dan akhirnya membiarkan sahaja pesakit2 ini tanpa rawatan sepatutnya...akhirnya timbul la perkara2 tak diingini

Skizofrenia: Membantu Yang Kurang Siuman

Oleh Ravichandran D.J Paul

KUALA LUMPUR, 27 Sept (Bernama) -- Rakyat Malaysia masih bingung dengan siri pembunuhan mengejutkan dan tahun 2010 mungkin menyerlah sebagai tahun yang banyak menyaksikan pembunuhan gerun yang dilakukan oleh mereka yang siuman dan yang kurang siuman.


Sementara perhatian seluruh negara kini bertumpu kepada pembunuhan kejam jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga yang lain dengan jenayah itu dirancang, jika ditinjau kembali tahun 2010 juga menyaksikan sebilangan pembunuhan kejam yang dilakukan oleh mereka yang kurang siuman.


Dalam pembunuhan ngeri pertama pada tahun ini, pada 5 Jan lepas seorang lelaki kurang siuman membunuh adik perempuan, bapa, datuk dan nenek di kediaman keluarganya di Kampung Batang Rokan, Gemencheh.


Mangsa-mangsa sama ada dipenggal, ditikam atau anggota mereka putus dalam serangan ganas menggunakan parang.


Mereka yang mengalami skizofrenia mungkin melakukan jenayah di bawah arahan agresif akibat halusinasi tetapi masyarakat terlepas pandang akan nasib mereka. Adakah mungkin bagi segmen masyarakat siuman membantu mereka yang kurang siuman?

Pakar Perunding Psikiatri Dr Abdul Kadir Abu Bakar, yang juga Presiden Persatuan Psikiatri Malaysia (MPA), berpendapat bahawa kesedaran akan penyakit mental seperti skizofrenia dan yang ia boleh dirawati adalah masih rendah. ~sila baca lebih lanjut di SINI

GiveAway Pertama

very simple to join
CLICK HERE
1 oct 2010







Crafty Giveaway


lets join.
due 30th sept
click HERE

Mom&a Journey Called Life 1st GA


hadiah yang menarik
sila join DISINI
due 110ktober

mimpi basah 3

Apakah rasanya mengalami mimpi basah?

  • Anda terasa basah bila bangun keesokan pagi
  • Cadar anda juga turut basah
  • Air mani kelihatan seperti susu dan berkrim
  • Jangan berasa malu
  • Ini adalah normal bagi tahap tumbesaran anda
  • Selamat Datang ke Alam Kedewasaan!

rozita che wan dan shahir af


kasihan si jejaka malaya ni, kereta nissan fairladynya
yg rm180k(wow) tu accident. nasib baik dia ok je.

(gambar hiasan)


lepas tu gosip si jelitawan rozita che wan ni dgn shahir.
aada juga mereka berbalas sms.
tapi dengarnya si rozita ni nak kahwin dan versara dari
dunia glamer.. denagn siapa?

menang lagi!!


~tahniah buat datuk LCW.. mengekang china dari meyapu bersih di Japan open 2010

(Reuters) - World number one Lee Chong Wei of Malaysia beat bitter rival Lin Dan of China 22-20 16-21 21-17 in the final of the Japan Open Super Series on Sunday.

The victory foiled another Chinese clean-sweep of the five titles on offer following total domination at the China Masters last week and the world championships in Paris in August.

But China still ended 4-1 with triumphs in the women's singles, the men's and women's doubles and the mixed doubles.

pasar malam malaysia kat uk


24 September 2010
On 24th September 2010 a free ‘Malaysia Night’ event is set to take place on Trafalgar Square. For one night only, Malaysia will take over the capital in the form of an authentic Malaysian Pasar Malam created by Malaysia Kitchen and designed to showcase the authentic and vibrant cuisine of Malaysia. The event will run from 3pm - 10pm

~masa menonton buletin utama semalam ada berita tentang event kat atas tu.
rasa bangga juga sebab dari liputan tu dianggarkan berpuluh ribu pengunjung yang datang.
makanan pula banyak yang sold out..

agaknya siapa2 yang rindu kat masakan malaysia tu mesti pergi kan haritu..

wedding of the year- nadia sm nasimudin


semenjak dua menjak ni
heboh dengan cerita perkahwinan
anak jutawan negara
pengasas naza tu..

bila blowalking ada video perkahwinan mereka
ada di post fitrihadi
dan juga di nabilpotter..
tengok dan bagila pendapat masing2

cuma nak puji tentang keseluruhan video tu yg memang nampak menarik
walhal hasil kerja student

~kata orang, apa2 pun kalau dah mahal mestila nampak cantik kan..

apple?


bila berjalan-jalan haritu, ternampakla sebuah ladang epal yang menawan.dan melihatkan pemetik epal itu sangat bergembira memetik epal, makanya teringin juga nak memetik epal di ladang- tapi angan-angan je la.. sebenarnya baca entri mamazharfan tentang lawatannya ke ladang epal.. kecur air liur..

lepas tu teringinla pula nak makan pai epal.zaman dahulukala beli kat mcD je.so try google and jumpala resepi ini.

Bahan-bahan ( 10 orang ke atas )

  • 6 biji epal hijau, dikupas kulit, potong 12 setiap 1 biji epal
  • 200 g gula pasir
  • 50 g kismis
  • 20 g tepung jagung, bancuh dgn sedikit air
  • UNTUK DOH PIE :-
  • 500 g tepung halus (tepung gandum pun boleh......)
  • 200 g mentega
  • 2 biji telur Gred A, dikacau sedikit
  • 250 g gula halus
resepi ini diambil dari myresepi

sembelit menyeksakan

pernahkah kamu sembelit?
memang seksa kan?
kalau sesiapa yang ada haemoroid aatu buasir- lebih mngerikan sebab jika sembelit akan memburukkan lagi keadaan..

Komplikasi

Sembelit yang berpanjangan dan serius mungkin boleh menyebabkan buasir yang disebabkan oleh menahan untuk membuang air besar atau Anal Fissures (koyakan pada kulit di sekeliling anus). Ia berlaku disebabkan oleh najis yang keras meregangkan otot Sphincter. Kesannya, pendarahan rektum mungkin berlaku, di mana darah kelihatan di permukaan najis.

Kadang kala, regangan menyebabkan rektum terkeluar (terjatuh) dan ini boleh menjurus kepada pengeluaran mukus dari dubur. Rektum yang terkeluar dengan teruk dan kronik memerlukan pembedahan untuk menguatkan dan mengetatkan otot spinchcter dubur atau untuk membaiki lapisan yang terkeluar (terjatuh).

Sembelit juga boleh disebabkan oleh najis yang keras memenuhi ruang usus dan rektum secara amat ketat yang mana penolakan najis keluar secara normal tidak mampu membawa najis keluar. Ini merupakan Fecal Impaction yang biasa berlaku di kalangan kanak-kanak dan orang dewasa. Impak ini boleh dilembutkan dengan penggunaan minyak mineral yang diminum atau disuntik menerusi dubur. Selepas melembutkan impaksi, doktor mungkin akan memecahkan dan membuang bahagian najis yang keras dengan memasukkan jari.

Rawatan

Perkara utama dalam merawat sembelit ialah untuk memastikan kita memakan serat dan meminum air dengan cukup. Ini akan membantu najis bergerak menerusi usus dengan meningkatkan ketebalan najis dan menjadikannya lebih lembut.

Berbincang dengan doktor keluarga anda sekiranya:

  • Sembelit masih baru dan jarang berlaku kepada anda.
  • Anda mengalami sembelit selama 3 minggu atau lebih.
  • Anda dalam kesakitan.
  • Anda mendapati najis anda berdarah.
  • Pencegahan

    Dalam banyak kes, tips mudah berikut akan membantu:

  • Makan pelbagai jenis makanan. Makan banyak kekacang, bijirin penuh, buahan segar dan sayuran.
  • Minum banyak air.
  • Lakukan senaman secara berkala.
  • Jangan menahan untuk membuang air besar.
  • Ketahuilah yang tabiat membuang air besar yang normal adalah berbeza mengikut individu.
  • Sekiranya tabiat membuang air besar anda berubah, dapatkan pemeriksaan doktor anda.
  • ping blog

    masa berbloghopping adala terjumpa ping ping ni..
    xfaham sangat.. tapi
    mencuba x salah..

    klik di sini

    http://www.pingmyblog.com/

    lagi- lagi jutawan

    ~walaupun kaya.. mereka ni x melupakan pada yang memerlukan...

    NEW YORK (AFP) - - Facebook founder and chief executive Mark Zuckerberg will donate 100 million dollars to the troubled public school system in Newark, New Jersey, the New York Times reported.


    Pengasas rangkaian produk kecantikan Nouvelles Visage, Datuk Sosilawati Lawiya, 47, bukan saja membantu menyediakan pekerjaan bagi membaiki taraf hidup ahli keluarga, malah memperuntukkan RM1 juta setahun bagi membiayai perbelanjaan anak yatim di seluruh negara.

    alfatihah utk arwah sosilawati

    resepi ubi kayu

    resepi ni jumpa kat blog dari dapur zurena.. kopi bahan2 saja.. selebihnya g tengok sendri ya.. kalau ada ubi kayu nanti boleh cuba.. kalau berjaya dan sedap boleh post kat sini pulak..

    Bahan-bahannya:

    Beberapa ketul ubi kayu (dibersihkan dan dipotong memanjang)
    Minyak untuk menggoreng

    Bahan tumbuk:
    Sedikit ketumbar
    1 sudu kecil kunyit serbuk @ 1 inci kunyit hidup
    3 ulas bawang putih
    garam secukup rasa

    burping or belching?

    googled belching.. sebab curious nak tahu macamana terjadi.. sila baca selanjutnya di bawah.. dan translate sendiri (dari en wiki)
    ~tak boleh bayangkan kalau orang tu makan durian dan burp depan kita..
    ~siap boleh masuk world record ..

    Belching
    (also known as burping, ructus, or eructation) involves the release of gas from the digestive tract (mainly esophagus and stomach) through the mouth. It is usually accompanied with a typical sound and, at times, an odor. In most parts of the world, especially in formal situations, audible burping is considered impolite. Public belching tends to be received in a manner similar to flatulence, although not as severe. In the United States, "burping" is significantly quieter and subtler than "belching."

    Belching is typically caused by swallowing air (aerophagia) when eating or drinking and subsequently expelling it, so in this case the expelled gas is mainly a mixture of nitrogen and oxygen. Burps can also be caused by drinking carbonated drinks such as beer, soft drinks, energy drinks or champagne, in which case the expelled gas is carbon dioxide from the drink itself. Common diabetes drugs metformin [1] and Byetta [2] can cause belching, especially at higher doses. This often resolves in a few weeks. Belching combined with other symptoms such as dyspepsia, nausea and heartburn may be a sign of an ulcer or hiatal hernia, and should be reviewed by a physician. [3]

    The sound of burping is caused by the vibration of the upper esophageal sphincter[4] as the gas passes through it. The current Guinness world record for the loudest burp is 107.1 dB, set by Paul Hunn in 2008.[5] (This would be noticeably louder than a chainsaw at a distance of 1 metre.)

    siapa ismail jejaka?


    beliau adalah seorang ahli muzik..
    biasa biasa aja kan bunyinya...
    tapi
    beliau luarbiasa sebab..
    alat muzik yang dimainkan adalah bukan calang2
    ianya sebuah gergaji!!
    unik kan..
    tengok beliau dalam mhi tv3 hari khamis lepas..
    sedap juga bunyi muzik alunannya...

    mimpi basah 2

    Mengapa ini berlaku?

    • Lelaki mempunyai zakar/kemaluan di luar badan mereka
    • Keadaan ini menyebabkan kemaluan mereka dirangsang oleh selimut mahupun cadar di luar kesedaran mereka
    • Apabila bangun dari tidur, mereka akan mendapati air mani sebagai bukti
    • Hormon seks lelaki dikenal pasti sebagai penyebab utama orgasma semasa tidur pada manusia

    resepi kari ayam

    nak masak kari ayam?.. marilah memasaknya di sini :myresepi

    Bahan-bahan ( 8 org )

    • * Bahan dikisar halus *
    • 20 tangkai lada kering
    • 4 biji lada besar merah
    • 7 ulas bawang merah
    • 4 ulas bawang putih
    • 3 cm halia
    • 3 cm kunyit hidup @ 2 sk serbuk kunyit
    • * Bahan disangai dan dikisar sekali*
    • 1 1/2 sb ketumbar
    • 1 sb jintan halus
    • 3 biji buah keras
    • * Bahan yang lain *
    • 1 ekor ayam potong 12
    • 1 labu bwg besar dimayang
    • 2 sb rempah kari daging dibancuh sedikit air
    • rempah tumis 4 beradik
    • 1 sk halba
    • 1 sk biji sawi
    • 1 cwn santan pekat & 2 1/2 cwn santan cair
    • 2 keping asam gelugor
    • 3 tangkai daun kari
    • 2 biji ubi kentang
    • 1/4 cawan minyak utk menumis
    • garam,gula & serbuk perasa

    Cara-cara

    1. Panaskan minyak, tumis bawang besar hingga kekuningan & pastikan jgn sampai hangit
    2. Masukkan rempah tumis 4 beradik, biji halba, biji sawi, daun kari, rempah yg dikisar serta rempah kari daging. Tumis hingga wangi.
    3. Masukkan ayam & ubi kentang. Gaulkan ayam & kentang hingga bergaul rata dgn rempah tumisan biarkan lebih kurang 10minit denagn api sederhana.
    4. Masukkan garam,gula,serbuk perasa,asam gelugor serta santan cair. Tutup periuk dan didihkan hingga ayam lembut.
    5. Apabila ayam sudah lembut,masukkan santan pekat. Kacau perlahan dan kecilkan api.
    6. Dengan api kecil, masak lagi selama 10 minit. Siap

    nak kaya tak?




    semua orang nak jadi kaya kan?..
    tetapi mestilah melalui jalan dan saluran yang betul..
    seronok jugak baca pasal entry kuman kat blog dia.. klik di SINI atau gambar itu

    UpSR 2010

    wah.. dah habis exam ye adik2 kita yang darjah 6 tu
    kira dah merdeka la kan
    mesti seronok..

    apa pun semoga semua yang terbuku dalam minda semua dah boleh dikeluarkan
    masa menjawab pepriksaan tu..
    dan selamat berjaya dan good luck
    Tapi, keputusan belum lagi kan?..
    jadi sekarang la masa untuk berdoa agar semua yang dijawab tu betul..
    dan akhirnya nanti dapat keputusan yang gemilang gitu..

    aktiviti apa yang nak diisi lepas exam ni?..
    biasanya cikgu2 dah aturkan jadual untuk budak2 ni kan.. betul x cikgu..

    dan tahun depan akan melangkah ke alam yang baru..
    lebih banyak cabaran menanti..

    mimpi basah 1

    Apakah itu mimpi basah?
    Oops! Saya basah lagi!
    Ini adalah sesuatu yang normal. Jangan cuba menghentikan tindak balas semula jadi badan anda.

    • Ia juga dipanggil orgasma malam atau orgasma tidur
    • Ia berlaku ketika tidur bagi kanak-kanak lelaki
    • Ianya adalah normal bagi kanak-kanak lelaki
    • Ia adalah satu keinginan seksual semasa tidur
    • Keinginan seksual juga boleh berlaku di kalangan kanak-kanak perempuan semasa tidur
    • Kebanyakan mimpi basah dialami semasa alam remaja
    • Sesetengah mimpi basah tidak dikaitkan dengan mimpi seksual
    -infosihat

    apa tu skimboard? skateboard ke?



    ~pagi tadi tengok dalam berita pasal ni.ingatkan macam surfboard tu, rupa2nya lagi kecik.. dan sesuai la kat malaysia sebab ombak pun x besar macam kat temapt lain boleh surf sebab ombak dia power.. rupanya dah lama ada kat sini tapi baru keluar berita so baru tahu la..

    Skimboarding (or skimming) is a boardsport in which a skimboard (a smaller counterpart to a surfboard) is used to glide across the water's surface. Unlike surfing, skimboarding begins on the beach, with skimboarders running and dropping the board onto the thin wash of previous waves. They may use their momentum to 'skim' out to breaking waves, which they then catch back into shore in a manner similar to surfing. Another aspect of skimboarding is 'flatland' which involves performing tricks derived from skateboarding such as ollies and shove-its on the wash of waves without catching shore breaks

    nuffnang- ada kerja kosong!!!


    perhatian-perhatian, sesiapa yang nak kerja kat nuffnang, peluang masih terbuka..
    silakan kli di NUFFNANG atau label di atas

    kena serang dengan obor2.. sakitnya

    masa cuti ramai orang suka pergi pantai..
    walaupun seronok, kadang-kadang ada bahayanya juga.
    baru-baru ni ada kawan yang terkena serangan
    obor-obor. jadi nak share sikit info tentang obor-obor
    atau jellyfish ni(dari wikipedia)

    Ubur-ubur (juga dikenali sebagai ampai-ampai) merupakan haiwan yang tergolong dalam filum cnidaria, termasuk dalam kelas biologi skifozoa. Ia juga digunakan bagi merujuk kepada kelas biologi yang berkait dengan medusa (hidrozoa) dan ampai-ampai kotak (box jellyfish) (Cubozoa). Hampir kesemua ampai-ampai tinggal di laut dan walaupun mereka kekurangan struktur, organ mereka mempunyai ciri-ciri tisu khas

    ini pula tentang bahayanya

    The three goals of first aid for uncomplicated jellyfish stings involve preventing injury to rescuers, deactivating the nematocysts, and removing tentacles attached to the patient. Rescuers should wear barrier clothing, such as panty hose, wet suits or full-body sting-proof suits. Deactivating the nematocysts, or stinging cells, prevents further injection of venom.

    Vinegar (3 to 10% aqueous acetic acid) is a common remedy to help with box jellyfish stings,[34][35] but not the stings of the Portuguese Man o' War (which is not a true jellyfish, but a colony).[34] For stings on or around the eyes, a towel dampened with vinegar is used to dab around the eyes, with care taken to avoid the eyeballs. Salt water is also used if vinegar is unavailable.[34][36] Fresh water is not used if the sting occurrs in salt water, as changes in tonicity[37] can release additional venom. Rubbing wounds, or using alcohol, spirits, ammonia, or urine have strongly negative effects as these also encourage the release of venom.[38]

    Clearing the area of jelly, tentacles, and wetness further reduces nematocyst firing.[38] Shaving the affected skin with a knife edge, safety razor, or credit card can remove remaining nematocysts.[39]

    Beyond initial first aid, antihistamines such as diphenhydramine (Benadryl) can control skin irritation (pruritus).[39] For removal of venom in the skin, a paste of baking soda and water can be applied with a cloth covering on the sting.[citation needed] In some cases it is necessary to reapply paste every 15–20 minutes. Ice or fresh water is not be applied to the sting, as this may help the nematocysts to continue releasing their toxin.[40][41]

    In 2010 at a New Hampshire beach, pieces of a single dead lion's mane jellyfish stung between 125 and 150 people

    blogger palsu menyerang!!

    pagi ni blogwalking dan terjumpa entri tentang ' berhati2 dengan fake blogger"
    sebenarnya kat sini pun si blogger palsu ni datang. so visitla balik untuk 'membalas kunjungan"
    alih2 tengok laman web lucah.. isk.. musykil macamana dia boleh sampai blog ni..
    macam mana cara nak elakkan ni?..
    ingatkan blog ni saja yang terkena.rupanya ada juga blog lain macam blog kat bawah ni..
    jadi buat masa ni tak perlu klik kat nama blogger tu la.. tapi xtahu cara nak block dari masuk ke blog ni.. maklumla kurang pengetahuan..untuk maklumat lanjut.. sila ke blog sayasukamalek.blogspot.com

    "Mama_Balqis 2nd GiveAway"


    'selamat hari lahir buat mama balqis semoga diberkati hidup dan dimurahkan
    rezeki sentiasa"

    -nak share kat sini, pernah ada orang bagitahu, lebih baik doakan
    supaya diberkati hidup olehNya sebab kalau panjang umur tapi
    hidup tak berkat pun tiada gunanya...

    siapa2 mau join sila click
    di SINI

    kembung perut

    Kembung perut adalah reaksi angin dalam perut. Ia terjadi apabila badan bertindak mengeluarkan angin berlebihan yang terhasil daripada minuman dan menelan makanan bersama air liur. Kembung perut adakala boleh memalukan. Tetapi ia masalah biasa yang boleh terjadi kepada semua peringkat umur. Secara purata kebanyakan manusia melepaskan gas 15 kali hingga 40 kali setiap hari.

    Diagnosis

    Angin adalah kesan lebihan gas di dalam usus dan ia bukanlah penyebab utama yang perlu diambil kira. Walau bagaimanapun sekiranya angin ini diikuti dengan gejala lain, anda mungkin perlu bertemu dengan anggota kesihatan, kemungkinan gejala tersebut adalah kesan daripada situasi yang tidak didiagnosa. Walaupun kebanyakan kes kembung tidak merbahaya, ia boleh merupakan gejala ketidakhadaman makanan seperti gastroenteritis(cirit birit) atau irritable bowel syndrome(IBS)(cirit birit yang berterusan).

    Sekiranya anda mengalami gejala lain seperti sakit perut, najis berdarah, najis berwarna pucat dari kebiasaan dan susah untuk membuang air, sembelit dan/atau kehilangan berat badan, sila berjumpa dengan doktor untuk menjalani ujian dignosa yang lebih lanjut.

    Dari segi perubatan keadaan yang menyebabkan kembung perut adalah:

    • irritable bowel syndrome (IBS), " gastroenteritis,
    • diverticulosis atau diverticulitis, "
    • penyakit seliak (coeliac disease) "
    • ketidakhadaman

    Tanda dan Gejala

    Kembung perut yang berlebihan boleh diikuti oleh gejala lain yang disebabkan gas isi perut.

    • Sendawa – Gas dilepaskan melalui mulut dengan tindakan refleks secara tiba tiba. Keadaan ini berlaku apabila perut dipenuhi dengan angin berlebihan yang biasanya daripada pemakanan, minuman atau merokok.
    • Kembung – perut anda terasa sangat penuh membuatkan anda terasa untuk sendawa. Ini biasanya berlaku apabila memakan makanan berat yang memerlukan masa yang panjang untuk proses pencernaan
    • Perut meragam – berlaku apabila perut bertindak balas dengan cepat , menyebabkan isi perut bergerak ke depan dan belakang. Boleh berlaku apabila anda lapar dan juga boleh terjadi apabila anda murung dan juga berdebar debar.

    Komplikasi

    1. Malu untuk bersosial
    2. Terlalu merendah diri

    Rawatan

    Kembung perut biasanya dirawat dengan rawatan pemakanan. Pengubahsuaian cara hidup dan juga ubatan tanpa preskripsi doktor juga adakala boleh membantu. Penyelesaian tidak sama untuk setiap orang, namun dengan cubaan demi cubaan kebanyakan pesakit akan menemui cara penyembuhan yang sesuai.
    Ubat tanpa preskripsi doktor( boleh dibeli di kedai-kedai ubat). Sesetengah ubat dapat membantu , anda boleh mencuba:

    1. Suplemen Laktosa : sekiranya anda mengalami masalah penghadaman laktosa, enzim laktosa boleh diambil untuk membantu mencernakan laktosa . Anda juga boleh mencuba produk tenusu tanpa laktosa yang terdapat di kebanyakan kedai dan pasaraya.
    2. Simethicone : mencuba semithicone yang terdapat di kedai ubat dan farmasi dapat membantu memecahkan gelembung gas dan sendawa yang berterusan,
    3. Activated charcoal : Pil charcoal juga boleh membantu, anda boleh mengambilnya sebelum dan selepas makan dan boleh didapati di kedai ubat dan sebagainya.


    Pencegahan

    Ukuran Pemakanan

    • Mengubah amalan pemakanan boleh membantu mengurangkan jumlah gas yang dihasilkan oleh badan atau membantu mengeluarkan gas dengan lebih cepat melalui sistem anda.
    • Cuba kenalpasti dan gelakkan makanan yang memberi kesan besar kepada anda. Kebanyakan orang tidak dapat menerima makanan seperti kacang, bawang, brokoli, bunga kobis, asparagus, buah pir, epal, buah pic, prun, gula gula tanpa gula, dan gula gula getah, roti gandum, bijiran bran, bir, soda dan minuman berkarbonat, susu, krim, aiskrim, dan susu ais.
    • Mengurangkan makanan bergoreng dan berlemak. Kembung terhasil daripada makanan berlemak. Lemak melambatkan proses pencernaan dan meningkatkan rasa perut yang penuh.
    • Mengurangkan pengambilan makanan tinggi serat seperti sayuran dan buah sementara waktu . Sekiranya anda mengambil suplemen serat, cuba kurangkan jumlah pengambilan dan ambil semula dengan keadaan beransur ansur. Pastikan suplemen serat diambil bersama sekurang kurangnya 8 auns air dan minum air lebih sepanjang hari.
    • Mengurangkan penggunaan produk tenusu harian anda. Cuba menggunakan produk tenusu berlaktosa rendah seperti yogurt. selain susu. Mengambil susu dalam jumlah yang rendah pada satu satu masa atau mengambil susu dengan makanan lain juga memudahkan proses penghadaman. Ada sesetangah kes memerlukan anda untuk terus berhenti dari mengambil produk tenusu.
    • Cubalah secawan teh pudina. Minyak pudina mengandungi menthol, yang mempunyai antispasmodic. Anda akan dapati rasa panas secawan teh pudina akan memberikan penyembuhan daripada gas dan kesakitan berpunca dari gas. Dalam hal lain, pudina boleh menyebabkan pedih ulu hati dan tindak balas asid.

    Pengubahsuaian Cara Hidup

    • Cubalah jumlah makanan yang sedikit. Makan jumlah yang sedikit dengan kerap daripada dua tiga kali jumlah yang besar.
    • Makan perlahan, kunyah makanan dan elakkan dari terus menelan. Sekiranya susah, perlahankan cara dengan meletakkan sudu dan garfu diantara setiap suapan.
    • Elakkan gula gula getah, gula gula keras dan meminum menggunakan straw. Aktiviti ini boleh menyebabkan anda menelan jumlah air yang banyak.
      Jangan makan ketika merasa bimbang, cemas atau kecewa. Makanlah dalam keadaan tenang dan perlahan lahan. Makan ketika dalam keadaan tertekan akan menyebabkan ketidakhadaman dalam perut.
    • Periksa gigi palsu anda. Kedudukan gigi palsu yang longgar boleh menyebabkan udara berlebihan tertelan semasa makan dan minum.
    • Berhenti merokok. Menghisap rokok boleh menambahkan jumlah udara yang tertelan
    -infosihat

    apa itu 'siti kelembai'? sama ke dengan sang kelembai

    entri sedang menonton slot tv3 'siti kelembai'
    dah 2 hari berlegar2 di tv3 dan tv9 menggantikan ular emas(best jugak ada ular yg boleh jadi sumber harta.. hehe)

    'kelembai'.. macam pernah dengar.. tapi xpasti apa maksudnya.. jadi telah men wiki dan mendapat jawapan nya seperti berikut

    Sang Kelembai merupakan makhluk ghaib yang menghuni hutan tertentu di beberapa tempat di Malaysia. Sesetengah tempat dipanggil Sang Gedembai.

    Sang Kelembai mempunyai kuasa sakti yang boleh menyumpah sesiapa sahaja menjadi batu. Sang Kelembai biasanya berada di dalam hutan dan pantang kepada bunyi bising ketika berada di dalam hutan. Jika Sang Kelembai tertarik dengan bunyi tersebut, Sang Kelembai akan menegur. Manusia atau binatang yang ditegur akan menjadi batu.

    barula teringat yg masa dahulukala pernah baca buku cerita pasal sang kelembai ni..

    dan semasa men google tadi tentang siti kelembai.. ada beberapa blog komen/tulis entry tentang cerita ni..

    antaranya encik ben.. Aku tak pernah tengok drama bersiri Siti Kelembai ni .. Tiba tiba ari ni aku tertengok .. hehe.. Ada sesuatu yang aku tak berkenan.. iaitu HUKUM KARMA.. lanjutnya di sini

    ada juga tentang sinopsis nya di blog http://darkbatman.com/

    pastu entry tentang siti kelembai ni pun ada kat http://shinymeteor.blogspot.com/

    dan baca sinopsis kat sini menarik juga.. sebab lebih banyak gambar dan agak detail.. http://www.kakinakl.com/

    yang ni semua yang ada kat first page en google ye..

    selamat menonton pada yang berminat..

    nuffnang bagi cek?.. wow

    sebelum ni tak pernah tahu pun yang adanya nuffnang..
    lepas tu adala terdengar2 pasal nuffnang ni.. tapi hanya sekadar di pinggiran.
    then dah join blogging ni barula kenal sikit.
    kata bloggers- boleh dapat pendapatan sampingan dengan berblog
    mulanya kurang percaya

    tapi bila dah lama2 ni barula terbukti..
    ramaila otai2 blogger yang membuktikan kejayaan berblog boleh menjana pendapatan

    contohnya maya ni baru je dapat 500.. best kan..
    x percaya? tengokla kat blog dia... cek-ke-2-nuffnang-rm500.

    bila blogwalking di cikgudahlia,
    dapatle tengok dia dapat cek betul2 dari nuffnang.meh tengok kat 2nd-cashout
    1000 tu.. wah2.. bersemangat la kita semua untuk berblog ya

    lagi satu mari intai kisah redmummy ni

    "Ketika mula-mula mendaftar dengan Nuffnang dan membuat editorial untuk iklan pertama, saya hanya memperoleh pendapatan RM90 tetapi jumlah itu meningkat sehingga RM5,000 sehingga RM10,000 sebulan kini. - boleh baca selanjutnya di blog currentlife2u


    prinsip meminjam 4

    Prinsip 4: Elakkan Daripada Menjadi Penjamin

    Seorang penjamin bertanggungjawab menjelaskan pinjaman dalam hal si peminjam mungkir membayar balik pinjaman atas apa saja alasan. Melainkan seorang itu bersedia untuk menunaikan tanggungjawab ini, seorang patut elak daripada menjadi penjamin.

    Prinsip 5: Si Peminjam Mempunyai Komitmen Moral dan Mutlak Untuk Membayar Balik

    Pernahkah anda bertemu dengan seseorang yang telah meminjam daripada anda tetapi masih belum membayar balik? Bagaimana anda rasa? Kecewa? Ditipu? Dikhianati? Ya, ia memang bukan satu perasaan yang baik dan anda tidak patut memberi sebarang alasan untuk tidak membayar balik hutang apabila anda telah berjanji untuk melakukannya.

    Jika anda menghadapi kesukaran untuk membayar balik, berbincanglah dengan si pemberi pinjaman agar dapat membuat pelan bayaran balik yang munasabah tetapi jangan sesekali diam atau lari. Jika tidak, jangan pinjam!

    Kesimpulan

    Jika anda perlu pinjam, pinjamlah! Walaubagaimanapun, pastikan anda sudah jelas memahami prinsip-prinsip meminjam sebelum memberi komitmen padanya. Setelah anda meminjam, hakikatnya anda telah membuat komitmen untuk membayar balik dan pastikan diri anda, sebagai seorang yang bertanggungjawab, menunaikan komitmen tersebut pada setiap masa.

    untuk peringatan diri sendiri dan sudi berkongsi- sumber akpk

    akil baligh lelaki dan perempuan 4

    Perempuan - Payudara
    perempuan - payudara

    Perempuan - Bulu kemaluan
    perempuan - bulu kemaluan

    Adakah saya mempunyai masalah tentang akil baligh?

    Akil baligh yang tidak normal

    Dikatakan tidak normal seandainya akil baligh bermula terlalu awal mahupun terlalu lewat jika dibandingkan dengan kanak-kanak lelaki dan perempuan yang lain.


    sumber- info sihat

    khas untuk remaja dan ibu bapa..

    strategi nak tingkatkan traffik?

    penting ke traffik tinggi untuk blog?
    pentingla kan sebab dengan adanya traffic ni akan menambahkan lagi semangat seseorang itu untuk berblog.maknanya ada la bukti orang baca blog kita.
    ada orang yang berblog untuk diri sendiri
    dan ramai yang juga nak menambah pendapatan sampingan.

    setelah berblogwalking selama ini dapatla juga menambah ilmu blogging ni..
    singgah ke blog http://www.munzirshafie.com/ dia post entry tentang tips maintain traffic tu.. seronok. dan tak lokek juga dia sertakan tips blogging kat sini: Korang tawu ke cane nak dapat traffik tinggi?.
    lagi satu kat blog http://sharinginfoz.blogspot.com/banyak juga tips yang dikongsi seperti
    Tips Cara Mudah SEO
    dia pun share kehebatan dia dapat uv 1000 sehari.. lumayan gitu..
    First Time 1,000 UV Sehari Untuk Seminggu: Blogging Tips

    selain tu penting juga untuk submit url ke google,
    dan ping entry2 baru ke web2 tertentu.

    selamat berblogging- mari sama2 belajar

    Cabutan Bertuah By ManjaKuSayang

    Syarat2 nya mudah sahaja : -
    1-Buat satu pos @ entry dalam blog anda tentang CABUTAN BERTUAH ini dan jangan lupa letakkan sekali gambar di atas ke dalam entry anda.
    2-Add blog MANJAKUSAYANG
    3-Mestilah follower kat blog MANJAKUSAYANG
    4-Jangan lupa tinggalkan jejak anda pada entry ini menandakan anda telah join giveaway ini.
    5-Terbuka kepada semua follower MANJAKUSAYANG kat Malaysia SHJ....
    -Selamat mencuba & semoga berjaya
    -Tarikh tutup : 30 september 2010

    kejadian tembakan dalam hospital

    Kira-kira 4 orang terbunuh kejadian tembakan dalam hospital di Jerman.

    20/09/2010 3:10am

    BERLIN 20 Sept. - Satu kejadian tembakan di sebuah hospital di bandar Loerrach, barat daya Jerman semalam telah meragut nyawa dan mencederakan beberapa orang mangsa, kata polis di Freiburg.

    Menurut polis, maklumat yang diterima sehingga kini mendapati seorang wanita yang memulakan tembakan telah mati.


    ~macam2 la sekarang ni.. dekat hospital pun ada tembak2.. sama macam kat malaysia yang kes security guard yang mati ditembak kawan. hospital kan sepatutnya tempat yang selamat..

    hidung berdarah

    Apakah yang dimaksudkan dengan hidung berdarah?

    Hidung berdarah atau (epistaksis) biasa berlaku apabila salur darah kecil kapilari di rongga hidung pecah.

    Apakah punca hidung berdarah?

    • Kecederaan di hidung
    • Udara yang terlampau sejuk atau kering
    • Menghembus hidung dengan kuat
    • Terlalu kerap bersin
    • Ketumbuhan dalam rongga hidung

    Apakah yang perlu dilakukan?

    Jangan panik sekiranya hidung berdarah.

    Rawatan segera:

    • Duduk dan tunduk ke hadapan
    • Bernafas melalui mulut dan picit hidung di bahagian yang keras selama 10 minit
    • Terus picit hidung dan letakkan pek ais di bahagian hidung antara mata
    • Selepas 10 minit, berhenti picit hidung dan periksa sama ada darah telah berhenti
    • Elak dari bersin, menghembus atau mengorek hidung
    • Pergi ke klinik atau hospital yang berdekatan untuk pemeriksaan lanjut oleh doktor
    -infosihat

    akil baligh lelaki dan perempuan 3

    Apakah peringkat akil baligh saya?

    Perkembangan ciri seksual sekunder dibahagikan kepada 5 Peringkat yang dikenali
    sebagai Peringkat Tanner.

    Tahap Tanner :

    • Lelaki - Zakar (penis) dan kerandut buah zakar (skrotum)
    • Lelaki - Bulu kemaluan
    • Perempuan - Payudara
    • Perempuan - Bulu kemaluan

    Lelaki - Zakar (penis) dan kerandut buah zakar (skrotum)
    zakar (penis) dan kerandut buah zakar (skrotum)

    Lelaki - Bulu kemaluan
    male - bulu kemaluan

    prinsip meminjam 3

    Prinsip 2:Meminjam sejumlah duit di dalam kemampuan anda untuk membayar balik.
    Ini mungkin logik tetapi malangnya, ia bukan amalan biasa. Ramai orang terlebih memberi komitmen dalam hutang kerana menyangka bahawa ekonomi akan terus berkembang dan situasi yang baik akan terus kekal. Tidak perlu dikatakan, bila tiba masanya, mereka ini akan menghadapi kesukaran untuk membuat bayaran balik dan perampasan kereta dan harta mula dikuatkuasakan. Sebagai contoh, krisis pinjaman terkini di Amerika Syarikat.
    Adalah disarankan bahawa seseorang patut menghadkan jumlah bayaran balik pinjaman kepada, kurang daripada 1/3 pendapatan kasarnya.

    Prinsip 3: Elakkan daripada meminjam untuk membiayai aset yang susut nilai

    Ini mungkin akan menyinggung sesetengah orang tetapi ia adalah prinsip yang baik untuk diikuti. Aset yang susut nilai adalah harta yang hilang nilainya mengikut masa, seperti kereta (melainkan anda “melabur” dalam kereta klasik), perabot dan kebanyakan barang dan peralatan rumah. Tidak memerlukan seorang profesor ekonomi untuk memberitahu anda bahawa meminjam dengan bunga yang agak tinggi (mungkin setinggi 20% setahun untuk sesetengah barang!) untuk membeli “aset-aset” ini, tidak ekonomik langsung. Barangan ini akan susut nilai dengan cepat sementara pinjaman anda berkurangan dengan agak lambat. Dalam situasi di mana anda tidak dapat menjelaskan hutang, barangan tersebut akan dirampas dan anda mesti menambah nilai yang kurang kerana aset susut nilai anda tidak cukup untuk menjelaskan baki pinjaman.

    Cuba membeli barang-barang ini secara tunai dari simpanan anda daripada meminjam. Jika tidak, jangan beli (melainkan ia akan menguntungkan perniagaan anda!)

    akil baligh lelaki dan perempuan 2

    Bilakah saya akan mencapai akil baligh?

    Akil baligh bermula antara umur 9 - 16 tahun bagi lelaki dan perempuan.Ada yang mengalaminya lebih awal dan ada juga yang lewat. Kemungkinan sebab-sebab akil baligh awal adalah :

    • Nutrisi yang lebih baik
    • Stres
    • Bahan kimia di dalam makanan

    Adakah akil baligh awal satu kebaikan atau sebaliknya?

    Ia bukanlah buruk mahupun baik. Tiada apa yang perlu dirisaukan. Mereka yang mengalami kematangan seksual yang awal serta bergaul dengan rakan yang lebih matang, mungkin terdedah kepada gejala-gejala sosial seperti merokok, mengandung dan lumba haram.

    lin handmade GA- sept


    9 quilled flower cards for 9 lucky winners

    klik on banner for more

    prinsip meminjam 2

    Apakah Prinsip Asas Meminjam?

    Setelah memahami komponen-komponen pinjaman, kita sekarang sudah bersedia untuk mempelajari beberapa prinsip asas meminjam.
    Prinsip 1: Meminjam untuk sesuatu yang anda perlukan – bukan yang anda mahukan.

    Sebelum ini, kita sudah membincangkan tentang perbezaan antara Keperluan dan Kehendak, malah dalam situasi meminjam, perbezaan ini amatlah penting untuk kita fahami. Anda hanya perlu meminjam untuk suatu yang anda benar-benar perlu tetapi tidak mempunyai duit tunai untuk membayarnya. Sebagai contoh, untuk membeli rumah kita, untuk membiayai pendidikan lanjutan anak-anak kita dan untuk membeli sebuah kereta (kita akan bincangkan hal ini kemudian).

    akil baligh lelaki dan perempuan 1

    sumber- info sihat

    Akil baligh akan dialami bila anda meningkat dewasa. Akil baligh merupakan tanda keupayaan anda untuk mempunyai anak. Dikenali juga sebagai kematangan seksual.

    Definisi

    Akil baligh adalah satu peringkat dalam hidup anda di mana tubuh badan anda berubah dari seorang kanak-kanak ke seorang dewasa. Perubahan-perubahan ini termasuklah ciri-ciri seks 'primer' dan 'sekunder'.Ia disebabkan bahan kimia di dalam badan yang dipanggil hormon.

    Untuk lelaki :

    • Ciri-ciri seks primer yang berubah adalah perubahan zakar (penis) dan buah zakar (testis)
    • Manakala ciri-ciri seks sekunder pula melibatkan pertumbuhan misai dan janggut
      serta suara yang lebih garau
    • Bulu ketiak serta di bahagian kemaluan juga merupakan tanda-tanda akil baligh

    Untuk perempuan :

    • Ciri-ciri seks primer yang berubah adalah perubahan faraj dan ovari
    • Manakala ciri-ciri seks sekunder pula melibatkan perubahan payudara serta
      punggung membesar
    • Bulu dari ketiak dan di bahagian kemaluan juga merupakan tanda-tanda
      akil baligh
    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...