Nak Souvenier best?

hujan dan bas BSN

Hujan kini lebih selesa dengan kemudahan baru mereka. Foto ehsan BSN

~wah, bestnya kumpulan hujan ni sebab dapat bas tajaan dari BSN..(bas ni macam yang adibah noor pernah guna and siap masuk Melodi lagi- ala ala artis luarnegara dah sekarang ni) sebab hujan ni jadi duta untuk BSN.. walaupun dah tinggal bertiga sebab ag coco nak tumpukan perhatian pada kumpulannya coco, harapnya hujan tak berkubur la ye.. ramai peminat hujan ni kan.. dan bagi peminat Noh, mesti kecewa sikit sebab jejaka pujaannya dah selamat bertunang dengan Miz Nina.. tengok gambar pertunangan miz nina dan noh hujan ,haritu memang nampak simple dan meriah.. khabarnya miz nina kan kaya...
~kalau dapat bas camni- takyah beli rumah la kan..

Shahz Jaszle- nak tengok asmara ni

jom layan cerita asmara.. rupanya shahz jaszle ni belajar dalam bidang masak memasak ye.. tup tup jadi pelakon.. terbaru lakonan asmara memang menarik perhatian.. popular dia sekarang ni.. pastu ada kontroversi pula dengan pelakon maria farida.. gossip ke apa? tak tahula.. moh kita layan cerita asmara ni..

calon SPM kena ambil semula kertas BM2?

baca kat sini

calon SPM kena ambil semula kertas BM2??saspen juga? rasanya tak pernah lagi dalam sejarah kena ambil semula kertas exam ni kan? atau pernah terjadi ke sebelum ni? itulah nightmare.. sedangkan nak ambil exam tu pun dah tension ni nak kena ulang balik.. lagi tension.. calon2 SPM.. good luck ye.. berjuang habis habisan!!

Daphne Iking dan bekas suaminya.. mahkamah teknologi?

KUALA LUMPUR: Bekas suami kepada Daphne Iking memberitahu Mahkamah Teknologi di sini Isnin, bahawa beliau melihat bahu model dan pengacara terkenal itu dipeluk manakala pipinya dicium oleh seorang ahli perniagaan yang dinamakan sebagai defendan dalam saman peribadinya.
baca lanjut disini
Darren dipercayai merupakan individu pertama yang didakwa mengikut Seksyen 498 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara dua tahun atau denda atau kedua-duanya, jka sabit kesalahan.

~individu pertama tu.. cipta rekod ni..
and mahkamah teknologi?.. first time dengar ni.. mungkin sama dengan mahkamah syariah ke?

NUFFNANG, DIGI , SEARCH $ WIN EH WINGS..


siapa nak gi?
sila CHECK SINI

nuffnang bekerjasama dengan digi untuk promote konsert ni
search n wings..
siapa berminat utk join g kat web nuffnang ye.. komen2 baik punye.. mana tau ada can nak dapat tiket konsert free..
apalagi ..
jom

snow / salji di malaysia

Ketua Pegawai Eksekutif i-Berhad, Eu Hong Chew(kiri) dan Lee Ki-Choon (kanan) melihat pengukir ais dari Harbin, China, melakukan kerja-kerja mengukir sebelum Snow Walk di i-City, Shah Alam dibuka kepada orang ramai awal tahun depan

~wah, tahun depan nak buka snow city/ salji walk pula ye.. best la nanti.. takyah susah2 panjat banjaran titiwangsa untuk main snow(takpernah pun).. bolehla merasa main snow nanti..takperlu g UK ke.. tapi sama ke snow real dgn tiruan?..
~pernah tengok amazing race yang buat kat dubai yang ada snow centre tu..

tergamak melakukan hubungan seks dengan kekasihnya

SHAH ALAM: Pengurus sebuah syarikat katering, Mohafri Mohamed tergamak melakukan hubungan seks dengan kekasihnya di bilik utama yang sama di mana mayat isterinya disumbat ke dalam almari selepas dibunuh.

Teman wanita tertuduh, Nazratul Anis Zainal Abidin, 23, memberitahu Mahkamah Tinggi di sini pada Isnin, selepas masuk dan meletakkan beg pakaian di ruang tamu dia kemudiannya naik ke bilik utama untuk menggunakan tandas. Selepas itu, katanya, Mohafri mengajaknya melakukan hubungan seks.

“Pada mulanya saya tidak mahu, tetapi tertuduh kata sekejap sahaja,” katanya yang mengenali tertuduh sebagai berstatus duda semasa mereka bekerja di Tropicana Medical Centre pada 2009.

Ketika ditanya mengenai kedudukan almari pakaian berkenaan, saksi pendakwaan kelima itu memberitahu, pandangannya tidak jelas kerana tidak memakai cermin mata yang diletakkan di atas kabinet.

lebih lanjut baca kat sini, mstar

~berani ke kalau nak pergi sesuatu tempat tu kalau kita tahu ada mayat mangsa bunuh disitu.. seram kan

tigapuluh november

akhirnya dah tiba hari terakhir bulan sebelas di tahun sepuluh.. esok dah mulakan hari baru di bulan duabelas.. setakat ni azam yang dibuat awal tahun dah tercapai ke?tinggal lagi 31 hari ni.. semoga azam tahun ni tercapai dan dah boleh la nak memikirkan nak pasang azam apa pula tahun depan ye kawan kawan..

BEST BLOG!

HAPPY BIRTHDAY BEN ASHAARI

HAPPY BIRTHDAY TO YOU
BEN ASHAARI

kajian bulan lahir: November

credit to 1001 rahsia diri.. kopipes disitu tentang kajian bulan lahir
~nak percaya atau tidak?.. mungkin yang sama secara kebetulan..

NOVEMBER
banyak idea dalam perkara, sukar utk dimengertikan atau difahami sikapnya, berfikiran kehadapan, berfikiran unik dan bijak, penuh dgn idea-idea baru yg luarbiasa, pemikiran yg tajam, daya firasat yg sgt halus dan tinggi, bagus utk jadi doktor, cermat dan teliti, personality dinamik, sifat yg berahsia, pandai mencungkil dan mencari rahsia, banyak berfikir, kurang bercakap tetapi mesra, berani, pemurah, setia dan byk kesabaran, terlalu degil dan keras hati, apabila hendak. Diusahakan sehingga berjaya, taksuka marah kecuali digugat, mudah ambil berat terhadap orang lain, pandai muhasabah diri, cara berfikir lain dari org lain, otak yg sangat tajam, pandai mendorong diri sendiri, tidak hargai pujian, kekuatan semangat dan daya juang yg sgt tinggi, dan apabila hendak sesuatu cuba sampai berjaya, badan yg tough, kasih sayang dan emosi yang sangat mendalam, romantik, tidak pasti dgn hubungan kasih sayang, suka duduk dirumah, sangat rajin dan berkemampuan tinggi, amanah, jujur setia dan pandai berahsia, tidak berapa berjaya dalam mengawal emosi, bercita-cita tinggi, perangai tidak dapat diramal dan mudah berubah-ubah

gay,dan filem 3D lucah

dalam Kosmo hari ini ada berita tentang perarakan gay/ homoseksual/lesbian ..dan yang sinonim dengannya.. baru la tahu yang kat India undang-undang nya sudah membenarkan gay.. macamana seseorang tu boleh terjerumus kepada budaya homoseksual ini?.. pasti ramai yang menyalahkan sejarah hitam.. bagi yang mengalami konflik ini boleh mendapatkan bantuan pada agensi-agensi terbabit contohnya kaunselor/ahli psikologi.. dan didikan awal dari rumah mungkin boleh mencegah..
kat Perancis pula dah ada stesen televisyen yang akan menyiarkan filem lucah..dalam bentuk 3D.. sungguh bebas dunia sekarang kan?..siap boleh announce announce macam tu aja..

tertarik: tanggal bulu bahagian sulit

masa membelek2 tadi terjumpa artikel ni.. so nak kongsi kat sini.. siapa siapa berminat boleh baca di SINI or klik gambar ye


Waxing yang perlu mendapat lebih perhatian kerana harus dilakukan dengan teliti ialah Brazilian Waxing. Ini kerana perkhidmatan itu adalah untuk menanggalkan bulu di bahagian sulit golongan lelaki mahupun wanita itu, mempunyai kelebihan tersendiri.

"Menanggalkan bulu secara waxing akan bertahan sehingga tiga bulan berbeza dengan mengamalkan cara biasa seperti cukur. Ini kerana proses waxing akan menarik bulu anda sehingga ke akar umbi.

"Bukan itu sahaja, bulu yang akan tumbuh lebih nipis dan lembut," terangnya lagi.

Selain itu, permukaan kulit pada bahagian yang dibuang bulu tidak akan kelihatan hitam sebaliknya akan melembutkan kulit anda. Selepas melakukan proses tersebut anda boleh menikmati perbezaannya.

Ramai pelanggan Strip terdiri daripada golongan remaja kerana mereka aktif dalam sukan dan ingin mengurangkan bau badan yang kurang menyenangkan.

top list here!!


bila buka blog mamazharfan pagi-pagi ni tengok list ni rasa teruja sebab nama kat atas.. hehehe.. gigih berjalan ke blog dia sebab suka sangat baca tentang kehidupan dia kat UK.. memang ramai blogger2 duk UK nun.. tapi ada 'sesuatu' kot kat blog dia.. apa apa pun, masa nama kat atas sekali ni nak le abadikan sebagai kenangan.. hehehe.. lepas ni pasti bertukar pulak..

Ahmad Durrah- kontroversi

Memanglah konsep dan penceritaannya tentang pencarian hidup dan penerapan nilai-nilai keislaman, tetapi saya agak penat apabila terlalu banyak elemen mengajar dan nilai kerosakan masyarakat yang diperbesarkan dalam cerita berkenaan. Saya bimbang, masyarakat akan terus berpandangan bahawa orang kampung terdiri daripada orang-orang yang busuk hati dan rendah akal.

- SITI ZALIFAH

Mersing, Johor

~dapat dari kosmo. memang cerita Ahmad Durrah- slot zehra ni selalu juga ditonton walau tak sepenuhnya.. tapi betulke dakwaan seperti penonton yang kat atas ni? ayatnya yang dihighlight itu?.. anda tonton dan anda nilai sendiri.. ambil yang keruh dan buang yang jernih..

PKR

bila buka mstar, banyak pula cerita tentang PKR ni..macam macam.. disebabkan blog ni bukan landasan politik jadi taknak la bercerita panjang tentang politik.. lagipun pengetahuan pun tak seberapa dalam arena ni.. silap langkah susah nanti.. jadi lebih baik pangkah saja di penjuru kanan(means close window/tab) ..habis cerita..
kalau nak berpolitik bolehla visit blog blog yang berkenaan ya..

jadi, moh le kita makan sambil nonton buletin utama.. malam ni nak tengok cerita apa?

filem 2 Alam malu untuk mengakui

~semalam ada terbaca review tentang ni dekat 1 blog ni, menarik cara komen penulis tu.. mula-mula dia cerita tentang apa yang best tentang cerita tu dan kemudian ulas apa yang tak best.jadi pendapat=neutral= kena tengok sendiri.. teringin juga nak tengok filem ni sebab target 40juta kan


PETALING JAYA: Empat remaja lelaki yang ditemui selepas selesai menonton filem 2 Alam malu untuk mengakui telah menonton filem yang dikatakan mampu mengutip kutipan RM40 juta.

Menurut mereka, filem terbitan Dr Rozmey Che Din melalui syarikatnya DR Movie Productions itu juga secara tidak langsung telah memberi persepsi buruk kepada filem Melayu lain.

“Kami menonton filem ini kerana ingin mengetahui apa sebenarnya yang orang perkatakan tentang filem ini.

“Namun setelah menonton selama sepuluh minit sahaja kami sudah mengerti apa yang mereka katakan selama ini tentang filem 2 Alam ini.

“Secara jujurnya ia telah memberi tanggapan buruk kepada filem-filem Melayu yang lain,” ujar Azlan, 23, iaitu salah seorang remaja yang enggan nama sebenar mereka didedahkan media.- mstar

yang mana satu?

haritu ada letak link untuk cupcake.. harini pula terbaca kat yahoo tentang pai.. mana lagi sedap? pai atau cupcake?

a pie:is a baked dish which is usually made of a pastry dough casing that covers or completely contains a filling of various sweet or savoury ingredients. Pies can be either "filled", where a dish is covered by pastry and the filling is placed on top of that, "top-crust," where the filling is placed in a dish and covered with a pastry/potato mash top before baking, or "two-crust," with the filling completely enclosed in the pastry shell. Pies can be a variety of sizes, ranging from bite-size to ones designed for multiple servings. dari wiki

kalau cupcake boleh ke buat perisa yang masin masin ke pedas pedas ke.. budak budak mesti suka yang manis manis kan.. (apple pie McD best tak?)

REDAH AKU DAN KAU PUNYA OLEH BEN ASHAARI

Sila redah blog BEN ASHAARI dan cari 5 ENTRI
  1. aku buat kerja giler
  2. soalan untuk aku tapi tips untuk blogger
  3. risiko berblogging
  4. masih tidak cukupkah?
  5. HAPPY BIRTHDAY BEN ASHAARI
entry yg last tu nak imbas ur celebration last year!! happy birthday in advance ben

sila beri 5 entri milik blog korang sendiri
  1. doa
  2. cara mendapatkan beribu ribu traffik
  3. gaji kakitangan awam
  4. received my 1st LD- semua orang ada chance to win
  5. daddy, sex tu apa?
sesiapa yang nak join SEGMEN REDAH ni.. jom ke benashaari


rezeki tak disangka.. yeay!!


My Photo
Imaan09
Bangi/Kajang, Selangor, Malaysia
Ibu kepada Ruhil Imaan.. Isteri kepada Mohd Zarif Zainal..
inilah wajah penaja contest nilai kami yang disertai baru baru ini.. tak sangka jawapan haritu hampir tepat.. sebenarnya dua tiga hari ni cek juga la contest contest yang join, tapi takde rezeki jadi kurang bersemangat nak cek lagi.. alih alih harini IMAAN09 datang bagitau sendiri dah menang.. gembira tak terkata.. baik betul hati tuan penganjur.. harap harap semua penganjur macam ni la kan.. hehe.. terima kasih lagi sekali untuk imaan09.kawan-kawan jom serang blog dia dan tengok apa ada kat sana?.. satu yang menarik perhatian adalah 30days challenge!! best kan?.. jom serang!! Imaan Kami

login facebook dan duit?

baca di sini-kosmo

sekadar nak ingatkan pada anda semua yang menggunakan internet dan online banking, perlu berhati- hati semasa menggunakannya sebab tadi terbaca tentang seorang kanak-kanak yang bermain game secara online di facebook tanpa disedarinya menggunakan akaun paypal ayahnya.. akhirnya bil sebanyak RM 1k++ telah sampai kerumahnya.. disiasat didapati ayahnya terlupa untuk logout akaun terbabit.. kisah ni berlaku kat luarnegara. tapi kat malaysia pun mungkin ada juga kot, cuma mungkin tak keluar paper.. jadi, make sure sebelum anak guna, logout semua berkaitan online banking/payment/paypal.. selamat berhati-hati ye semua..
selamat ber facebooking!

minum kopi cergas otak

~dari kosmo.. menarik artikel ini.. minat kopi ke?.. mulai sekarang bagi yang tak minat mungkin boleh timbangkan tentang kajian yang dijalankan ni...

BARCELONA, Sepanyol - Satu kajian terbaru menunjukkan minum secawan kopi yang bergula boleh meningkatkan kemampuan otak, lapor sebuah akhbar semalam.

Saintis-saintis di Universiti Barcelona di sini mendapati pengambilan kafeina dan gula pada masa yang sama meningkatkan prestasi otak.

Para penyelidik kini percaya kafeina dan gula itu meningkatkan fungsi otak seperti daya ingatan.

Hasil kajian itu diperoleh selepas 40 sukarelawan diuji dengan pengambilan kopi bergula, kopi tanpa gula dan air masak.

Jurnal Human Psychopharmacology: Clinical and Experimental menyiarkan hasil kajian saintis tersebut.

Menurut kajian itu, kopi manis merupakan cara terbaik untuk menyediakan otak bagi menghadapi cabaran pekerjaan. - Agensi

sukan Asia: pungutan pingat

tahniah buat kontijen Malaysia di sukan Asia , China yang berjaya menggondol 9 pingat emas, 18 pingat perak dan 14 pingat gangsa.jumlah pingat yang mengatasi kutipan di sukan Asia sebelumnya. pasti penat lelah sebelum ini terbayar dengan kilauan pingat.. paling bangga selain diri sendiri, negara dan pastinya ibu bapa turut gembira dengan kejayaan anak- anak.. anda sendiri pernahkah membanggakan ibubapa anda?.. tak kiralah dari segi sukan atau pelajaran.. percayalah, walaupun sesuatu kejayaan itu tak seberapa di mata kita, namun tentu menjadi kebanggaan ibubapa kita.. tak percaya?.. pada saat kita mula berjalan, tentu ibubapa kita gembira tak terkata.. betul kan?..
dan
harapnya belum terlewat untuk mengucapkan selamat berjaya kepada calon-calon SPM dan STPM

amah: diseksa dan dirogol

~kasihan mengenangkan nasib dia, nak cari kerja yang baik baik diperkosa pula oleh majikan. akhirnya hilang ingatan.. baca sepenuhnya di Kosmo

KANDARA, Arab Saudi – Seorang pembantu rumah Indonesia hilang ingatan selepas dia berulang kali diseksa dan dirogol dua majikannya di Arab Saudi, lapor sebuah akhbar semalam. Menurut akhbar Jawa Pos, dia ditemui oleh beberapa amah Indonesia lain dalam keadaan menyedihkan di sebuah jambatan di sini, Jeddah.

Nasib malang yang menimpa pembantu rumah itu dikenali sebagai Nina berumur dalam lingkungan 20-an dan berasal dari Karawang, Jawa Barat, diceritakan oleh sekumpulan amah Indonesia yang tinggal di bawah jambatan Kandara kepada seorang wartawan akhbar Jawa Pos

SAYA SUKA BLOG AWAK LA !

image
baru je beberapa jam offline, terus sahaja ada segmen baru oleh BA ni.. kali ni segmen SAYA SUKA BLOG AWAKLA.. mana saya dapat tau? dari NANCY and AZZEY.. jadi, nak join juga la segmen ni.. blog nancy tu memang best and blog azzey santai sebab dia cerita tentang daily life.. selain tu blog yang disukai termasuk
  1. life's tough by http://eyqabliss.blogspot.com - tentang kisah hidup dia yang menarik- a nurse to be..
  2. kelip-kelip kehidupan by http://kelip-kelipkehidupan.blogspot.com/- blog baru yang nice!
  3. pengembaraan menuju abadi by http://nurazzah8.blogspot.com- suka sebab sangat ikhlas dalam menulis blog dan mungkin ada chemistry?..
  4. mia suka berangan by http://gardisareyou.blogspot.com/ sebab very santai dan selamba penulisannya..
  5. THE COTTAGE STORIES by http://faridatulliana.blogspot.com/ sebab she is sweet dan kagum dengan semangatnya.. mother wife yet still gigih sambung belajar

makan carrot bagus


Carrot Cake -
You are a very fun loving person, who likes to laugh. You are fun to be with. People like to hang out with you. You are a very warm hearted person and a little quirky at times. You have many loyal friends.

~carrot:bagus untuk kesihatan especially mata..

makan ice cream

Ice Cream - You like sports, whether it be baseball, football, basketball or soccer. If you could, you would like to participate, but you enjoy watching sports. You don't like to give up the remote control. You tend to be self-centered and high maintenance.

~pernah buat ice cream sendiri?.. ice cream malaysia yang dua puluh sen tu.. pernahla..

Seorang doktor di sebuah klinik...

~kat mana mana pun berlaku kes samun menyamun, ragut meragut ni.. seram kan.. tempat yang rasa selamat pun boleh jadi bahaya.. baca kat kosmo

KUALA LUMPUR – Seorang doktor di sebuah klinik di Danau Kota, Setapak di sini menjadi hero apabila dia berjaya mematahkan cubaan merompak oleh dua lelaki di klinik tempatnya bertugas.

Malah dalam kejadian pada pukul 8.45 malam kelmarin itu, Dr. Mohd. Harriszamani Abu Bakar, 32, juga berjaya merampas beg galas salah seorang penjenayah itu.

Semasa kejadian mencemaskan kira-kira 10 minit itu, kedua-dua suspek tersebut bersenjatakan pisau rambo dan sebilah parang.

Di dalam beg galas tersebut mengandungi kad pengenalan salah seorang suspek itu dan wang tunai sebanyak RM5.

' CERITA KREATIF : Aku nak bagi BEN ASHAARI hadiah .. '

image

sempena birthday ben yang ke... pada 30.11.2010 ni (HAPPY BIRTHDAY BEN), nak bagi ben hadiah kek berupa telefon (gambar hiasan dari google) macam kat bawah.kenapa kek?.. sebab sinonim dengan birthday, kenapa telefon?sebab ben sayang sangat phone htc dia tu, katmana nak dapat ni?blogger2 yang sayang ben boleh sumbangkan duit: seposen sorang pun cukup(kali patribu?), then bagi kat CMG mintak tolong CMG realisasikan kek ni.. amacam? ada setuju?



SIAPA BERMINAT KLIK SINI

Filem Harry Potter and the Deathly Hallows

ada ke orang yang tak tengok cerita ni or tak baca buku cerita dia?kenapa ye?.. dan apa yang best sangat cerita harry potter ni?anda nilaila sendiri.. sampai box office takkan tak best kan.. haritu ada menonton kat OPrah show, interview dengan JK Rowling tu.. share experience dia dari mula dia menulis yang mana awal awal tu ramai publisher yang tolak cerita ni, last last sekelipan je jadi jutawan.. nama asal dia pun joanne rowling sebab pada awalnya publisher taknak bagitau yang penulis ni sebenarnya perempuan..

dari kosmo
LONDON - Filem Harry Potter and the Deathly Hallows: Part 1, yang merupakan bahagian pertama daripada buku terbaru karya J.K. Rowling mencatatkan kutipan box-office di United Kingdom (UK) pada tayangan hujung minggu dengan perolehan kasar mencecah AS$29.2 juta (RM91.4 juta), menurut kenyataan Screen International.

Filem yang mengisahkan tentang sekumpulan ahli sihir itu turut memecahkan rekod box-office di seluruh dunia dengan memperoleh AS$330 juta (RM1.03 bilion).

Menurut kenyataan pihak Warner Brothers, di Amerika Syarikat (AS), filem itu mendapat kutipan sebanyak AS$125 juta (RM391 juta).

"Ini hanya permulaan bagi filem kedua terakhir francais Harry Potter," kata ketua pengedaran filem itu di AS, Dan Fellman.

projek baik punyer!!



kali ni giliran DJ pula buat contest.. eh.. sort of contest juga la kan.. memang hampir setiap hari suka lepak-lepak kat blog DJ ni.. sebab ramai sangat visitor dia.. blog dia pun best.. penuh info-info dan DJ ada bagi tips- tips untuk bloggers.. DJ juga banyak juga anjurkan contest.. sempatla join contest dia untuk domain free.. malangnya tak berjaya.. blog DJ ni selalunya kupas isu terkini dengan cara dia sendiri.. maklumla.. DJ kan banyak experience dalam karang mengarang ni.. tak caya.. belek-belek la entry dia..

jadi kalau DJ dapat pilih blog ni dalam projek DJ tu.. best juga.. dapatla merasa tempias2 traffik blog dia yang masyuk tu..





traffik blog ni cinonet je nak dibandingkan dengan traffik kat blog DJ tu.. apa apa pun terpulang pada DJ untuk decidekan..ini dari graf nuffnang ye kawan kawan


blogger2 yang nak join boleh klik sini

perlu kah menjaga mata? 2

Jenis-jenis kanta yang digunakan dalam pembuatan kacamata keselamatan.

Tidak seperti kacamata biasa, kacamata keselamatan terdiri daripada jenis kanta-kanta tertentu bergantung kepada skop kerja dan aktiviti yang dilakukan.

Jenis-jenis kanta dalam pembuatan kacamata keselamatan adalah seperti berikut:

Bahan CR39

  • Secara umumnya dikenali sebagai kanta 'plastik'.
  • Pada asalnya digunakan untuk menampal tangki minyak kapal terbang pengebom B17 yang bocor pada perang dunia ke-II.
  • Digunakan secara meluas dalam pembuatan kacamata biasa.
  • Kualitinya lebih bagus dan menjadi pilihan utama dalam peracikan oftalmik di praktis-praktis optometri.
  • Jenis bahan kanta CR39 lebih mudah dipotong dengan mesin pemotong kanta yang terdapat dalam kebanyakan praktis optometri.
  • Bahannya tidak terlalu kuat dan mudah pecah apabila terkena impak mekanikal yang tinggi.
  • Apabila pecah, serpihannya agak tajam dan boleh menyebabkan kecederaan pada bahagian mata.
  • Hanya digunakan apabila terlibat dalam aktiviti yang tidak terdedah pada impak mekanikal yang tinggi seperti mengelakkan dari terkena percikan cecair berbahaya, habuk dan asap.

Bahan Polikarbonat

  • Digunakan secara meluas dalam pembuatan gelas minuman, pelindung cahaya di tempat awam, dan perlindungan pekerja bank di kaunter dari taburan peluru peledak akibat tembakan senapang.
  • Jenis bahannya lebih kuat dan memerlukan mesin pemotong khas bagi memotong kanta tersebut.
  • Kualiti optikalnya setanding dengan bahan CR39 tetapi polikarbonat lebih ringan.
  • Polikarbonat amat tahan dengan impak mekanikal yang kuat seperti partikel terbang dari besi dalam aktiviti pengimpalan dan hentaman bola skuasy.
  • Impak yang terlalu kuat pada kanta polikarbonat biasanya melibatkan keretakan yang besar secara menyeluruh tetapi jarang menghasilkan serpihan yang tajam seperti pada kanta CR39.
  • Amat sesuai digunakan sebagai kanta dalam kaca mata keselamatan jika terlibat dalam aktiviti sukan dan kerja industri yang terdedah dengan impak mekanikal yang kuat.

Pemilihan kacamata keselamatan yang tepat.

Secara amnya, pemilihan kacamata keselamatan yang tepat bergantung kepada pemilihan jenis kanta yang terlibat dan saiz kanta tersebut.

Jika aktiviti bekerja hanya melibatkan pendedahan kepada habuk, asap dan percikan bahan kimia, kacamata dengan kanta CR39 boleh digunakan.

Jika aktiviti bekerja, berkebun atau bersukan melibatkan pendedahan kepada impak mekanikal yang kuat seperti zarah yang berterbangan dari batu atau hentaman bola tenis, kacamata dengan kanta polikarbonat boleh digunakan.

Saiz kacamata keselamatan yang menutupi sekeliling mata atau keseluruhan wajah yang dipilih bergantung juga kepada aktiviti yang terlibat contohnya ketika bekerja, berkebun atau bersukan.

Saiz kacamata yang betul penting kerana ia boleh melancarkan pergerakan dan meningkatkan keselamatan sewaktu melakukan aktiviti tersebut.

“Stop Child Abuse”

unicef


take 5 to read this entry.. it will make a difference!.. come join me and others to raise your hand and stop child abuse and support this campaign.. spread the campaign all around us.. we have the great community to stop this..

in 2008, there are 7 children been abused everyday and the numbers are increasing.it is our role stop child abuse as they are the next generation for the country..it is OUR problem and we have to solve this.

"every child is entitled to protection and assistance in all circumstances without regard to distinction of any kind, such as race, colour, sex, language, religion, social origin or physical, mental or emotional disabilities or any status."

Getonboard-photo1-abusedgirl-sitting_thumb Getonboard-photo2-closeup-abusedgirl_thumb Getonboard-photo4-hugging-teddybear_thumb Getonboard-photo5-give-your-support_thumb

to do the right thing..

IF A CHILD CONFIDES IN YOU

The Do’s

• If a child approaches you to confide in you, remain calm and listen.
• Believe the child.
• Talk to the child in a non-leading, non-threatening way.
• Reassure the child that it is not his or her fault.
• Look out for signs or symptoms of abuse.
• Let the child know that telling you about what happened was the right thing to do.
• Reassure the child of your help and support.

The Don’ts

• Do not demonstrate feelings of shock.
• Do not react negatively to what the child has to say.
• Do not confront the abuser.

Seek help by calling 15999

Alternatively, report to the nearest police station or contact the Social Welfare Department directly.

If you believe that the child needs medical assistance, take the child immediately to the ‘Accident and Emergency’ (A&E) Unit of the General Hospital or the nearest hospital in your locality.- from unicef Malaysia

come and join me at http://uniteagainstabuse.my/register
and let's spread the campaign!!

sedapnya kek cokelat


Chocolate Cake/Chocolate Icing-
You love to give as well as receive.
Very creative, adventurous, ambitious, and passionate.
You have a cold exterior but are warm on the inside.
Not afraid to take chances.
Will not settle for anything average in life.
Love to laugh.

BLOGGER IN DA HOUSE : KHAS BUAT BLOGGER BARU

image.. buat blogger baru.. nak tambah ramai kawan?.. klik banner tu and join.. berbaloibaloibaloi...

tip untuk tambah follower


terima kasih buat sekamar rindu yang menjadi follower ke 1010..
terima kasih buat semua yang follow blog cabuk plus cikai ni, tanpa follower yang pertama, kedua ke duaratusdua.. takkan sampai ke 1010 ni.. nombor yang menarik.. penting ke follower ramai ni?. personally penting sebab kita akan bersemangat untuk terus berblog.. macam en ben ashaari cakapla(cepat2 visit blog dia.. ada segmen untuk blogger baru..).. follower die dah patribu lebih dah.. so macammana nak tambah follower?.. senang je.. kita follow la blog orang tu and bila dia tengok follower tu mungkin dia akan follow balik.. bergantungla.. tujuan follow ni senang sebab nanti kat dashboard kita akan tahu update2 terbaru dari blog yang kita follow.. itu kira tips ke?.. pengalaman peribadi cuma..

cupcakes

jom buat cupcakes plak.. resepi di SINI

perlu kah menjaga mata? 1

Apakah yang dimaksudkan dengan kacamata keselamatan ?

Kacamata keselamatan terdiri daripada beberapa jenis kacamata khas yang digunakan bagi tujuan perlindungan mata dan kawasan di sekeliling mata. Perbincangan di sini hanya berkisar pada kacamata keselamatan dalam konteks penggunaannya bagi mengelakkan kecederaan mekanikal sahaja, dan bukannya yang terlibat dalam perlindungan radiasi berbahaya. Bagi tujuan perlindungan sinar radiasi, kanta penapis tertentu digunakan.

Keperluan memakai kacamata keselamatan ?

Aktiviti rutin tertentu seperti pekerjaan, bersukan dan melakukan hobi membuatkan kita terdedah kepada persekitaran berbahaya yang boleh mencederakan mata. Kecederaan mekanikal pada mata dan sekelilingnya boleh berlaku dalam keadaan berikut:

  1. Jenis sukan tertentu:
    1. Skuasy
    2. Kriket.
    3. American football.
    4. Tenis

  2. Industri pengilangan, aktiviti di rumah dan semasa berkebun,untuk perlindungan dari:
    1. zarah yang berterbangan
    2. percikan cecair berbahaya
    3. habuk
    4. asap

Strawberry Short Cake..

Strawberry Short Cake -
Romantic, warm, loving.
You care about other people and can be counted on in a pinch..
You tend to melt.
You can be overly emotional at times.

tempat kerja berisiko? 3

Pencegahan

Aktiviti-aktiviti pencegahan penyakit pekerjaan dan kecederaan yang menyeluruh di tempat kerja memerlukan penglibatan majikan dan pekerja. Majikan dan pekerja perlu melaksanakan tanggung jawab masing-masing secara bersungguh-sungguh.

Undang-Undang dan Peraturan yang berkaitan.

quotes

I used to believe that anything was better than nothing.
Now I know that sometimes nothing is better.
~Glenda Jackson

nak makan vanilla cake

Vanilla Cake/Chocolate Icing -
Fun-loving, sassy, humorous.
Not very grounded in life; very indecisive and lack motivation.
Everyone enjoys being around you, but you are a practical joker.
Others should be cautious in making you mad.
However, you are a friend for life.

tempat kerja berisiko? 2

Kesan-Kesan Kesihatan

Kesan kesihatan yang boleh terjadi kepada pekerja akibat pendedahan kepada hazad bergantung kepada faktor-faktor seperti berikut:

  • Jenis hazad
  • Jangkamasa pendedahan
  • Banyaknya jumlah hazad yang didedahkan.
  • Faktor-faktor sosial demografi pekerja seperti umur, jantina, keturunan dan status kesihatannya.
  • Langkah-langkah kawalan yang sedia ada di tempat kerja seperti pelindung mesin, penyedut udara dan pemakaian alat pelindung diri.

Kesan-kesan kesihatan yang boleh terjadi adalah:

  • Kesan serta-merta seperti terbakar, keracunan dan kecederaan.

Kecederaan mata akibat bahan kimia.

  • Kesan jangkamasa panjang terjadinya penyakit-penyakit pekerjaan seperti, hilang pendengaran akibat bunyi bising, penyakit paru-paru, kegagalan buah pinggang, penyakit saraf, dan kanser.

Asma pekerjaan

wah.. so cantik

thanks ainia coz sudi tag
http://4.bp.blogspot.com/_N4NUkYit54M/TNqqvO0rQdI/AAAAAAAAAP0/HmOHMpOil70/s1600/AWARDD.jpg
berikan nama nickname untuk saya:
ainia si penglipurlara yang comel- sebab dia sukakan cerita

ucapan untuk pemberi award;
thanks ainia.. keep on blogging cutie

6 fav artis:
p ramlee- alwiz evergreen
erra fazira
aaron
kimura
dato' ct
datuk AC( hehe.. saje je)

tag: untuk pengunjung2 blog ni yang sudi.. oke

pai limau? eh lemon

Lemon Meringue Pie
- Smooth, sexy & articulate with your hands, you are an excellent after-dinner speaker and a good teacher. But don't try to walk and chew gum at the same time. A bit of a diva at times, but you have many friends.

~bagi sesiapa yang suka pie lemon ni..

quotes..

Too many people overvalue what they are not
and
undervalue what they are.
~Malcolm S. Forbes

tempat krja berisiko? 1

Risiko Kesihatan Di Tempat Kerja

Pengenalan

Malaysia mempunyai seramai 12 juta tenaga kerja yang bekerja di pelbagai sektor pada tahun 2004.Golongan pekerja mempunyai risiko untuk mendapat kecederaan dan penyakit disebabkan mereka terdedah kepada pelbagai hazad di tempat kerja.

  • Apakah hazad ?
    Hazad adalah keupayaan sesuatu bahan untuk mencederakan kita.
  • Apakah risiko ?
    Risiko adalah merupakan kebarangkalian sesuatu hazad menyebabkan kecederaan kepada kita semasa pengunaannya.

Jenis-Jenis Hazad

Terdapat 5 jenis hazad iaitu:

  • Hazad Kimia contohnya seperti bahan alkali, bahan asid, bahan pelarut organik, wap dan gas beracun.

  • Hazad Fizikal contohnya seperti kebisingan, getaran, radiasi, suhu panas, suhu sejuk,aliran elektrik dan tekanan berlebihan.

  • Hazad biologi contohnya seperti bakteria, virus, serangga dan hama.

Gigitan Nyamuk

  • Hazad Ergonomik contohnya seperti tugas berat yang mengunakan tangan, keadaan badan yang kekok, tugas yang memerlukan pergerakan berulang-ulang yang kerap.

Tugas berat mengunakan tangan.

  • Hazad psikososial contohnya seperti tekanan kerja, beban kerja berlebihan, tiada sokongan rakan kerja, tiada kepelbagaian kerja dan kerja pada waktu malam.

Beban kerja berlebihan.

iklan nuffnang

As part of Bank Islam's continuous effort to improve its range of products, and services, the Bank is introducing an enhanced Mobile Banking service known as TAP (Transact At Palm). This improved service is the expansion/enhancement of the current Short Messaging System (SMS) Banking.

TAP uses innovative smart card technology that displays a similar banking menu to ATM menu on user's mobile phone, A screen that most customers are familiar with, thus take no hassles in remembering to keywords/commands or download applications.

features:
Balance Inquiry
Fund Transfer
Prepaid Top up
Bill Payment

further: here
~nak promote- promote di sini since ini antara iklan yang memunculkan dirinya di blog ini.. thank you nuffnang

suka brownies?


Brownies -
You are adventurous, love new ideas, are a champion of underdogs and a slayer of dragons. When tempers flare up, you whip out your saber. You are always the oddball with a unique sense of humor and direction. You tend to be very loyal.

~betul ke ? ada sesiapa yang suka brownies kat sini?

lelaki pun expire (andropos) 4

Apakah kesan-kesan sampingan terapi gantian hormon?

Lelaki yang mempunyai kanser payudara dan kanser prostate tidak sesuai untuk terapi gantian hormon kerana testosteron akan menyebabkan kanser. Kanser ini membesar dengan cepat.

Kesan-kesan sampingan lain:

  • Bengkak kaki, menerukkan tekanan darah tinggi
  • Masalah hati
  • Masalah kesuburan- pengeluaran sperma berkurangan
  • Masalah tidur seperti pernafasan yang berhenti untuk jangkamasa lama semasa tidur
  • Pembesaran payudara
  • Peningkatan kepekatan sel darah merah
  • Saiz prostat semakin membesar

Bagaimanakah keberkesanan terapi gentian hormon?

Terapi gantian hormon testosteron boleh memperbaiki tisu tulang, tisu otot, kekuatan dan ketegangan zakar pada waktu malam .

Tetapi kesan ke atas fungsi seksual dan perasaan masih tidak jelas dan mungkin berguna untuk sesetengah lelaki.

Apa yang akan dilakukan oleh doktor semasa rawatan susulan?

Anda perlu mengikuti rawatan susulan supaya doktor dapat memantau:

  • Dos tetosteron
  • Kesan sampingan
  • Ujian darah berkala

Di manakah khidmat bantuan boleh didapati?

Sekiranya anda mempunyai tanda-tanda andropos, anda boleh berjumpa anggota kesihatan professional (Klinik Kesihatan, klinik LPPKN, klinik Persatuan Perancang Keluarga) untuk nasihat dan pemeriksaan.

Anda mungkin di rujuk ke klinik Urologi jika memerlukan terapi gentian hormon

dessert: if you love Angel Food Cake

here's the description if you choose
Angel Food Cake
- Sweet, loving, cuddly. You love all warm and fuzzy items. A little nutty at times. Sometimes you need an ice cream cone at the end of the day. Others perceive you as being childlike and immature at times.

proton inspira vs lancer..? toyota altis

tahniah buat proton kerana berjaya melancarkan satu lagi produk terbaru proton inspira.. ala ala lancer mitsubishi.. khabarnya inspira menjadi gorang pisang panas sekarang ni.. dalam mas seminggu dah 1000 orang booking.. nak juga booking.. (kalau duit tu boleh kutip macam daun)..

tapi, hairan juga bilamana member yang kerja dengan industri pembuatan kereta malaysia ni baru- baru ni telah membeli sebuah kereta.. punyala ingatkan dia beli kereta tempatan.. tup tup tengok kereta toyota altis( iklan pernah menempel di blog ni)..

kenapa agaknya.. mungkin member tu boleh jawab nanti.. atau mengkinkah ditakuti keretanya akan terbakar secara sendiri macam kereta liana haritu..?

apapun- taste sendiri.. sendiri pilihla..

~tentang toyota altis: here

~rambut sama hitam

nak kongsi ingatan

Jangan sengaja lewatkan solat. Perbuatan ini Allah tidak suka. Kalau tertidur lain cerita.
Jangan masuk ke bilik air tanpa memakai alas kaki (selipar). Takut kalau-kalau terbawa keluar najis, mengotori seluruh rumah kita.
Jangan makan dan minum dalam bekas yang pecah atau sumbing. Makruh kerana ia membahayakan.
Jangan biarkan pinggan mangkuk yang telah digunakan tidak berbasuh. Makruh dan mewarisi kepapaan.
Jangan tidur selepas solat Subuh, nanti rezeki mahal (kerana berpagi-pagi itu membuka pintu berkat).
Jangan makan tanpa membaca BISMILLAH dan doa makan. Nanti rezeki kita dikongsi syaitan.
Jangan keluar rumah tanpa niat untuk membuat kebaikan. Takut-takut kita mati dalam perjalanan.
Jangan pakai sepatu atau selipar yang berlainan pasangan. Makruh dan mewarisi kepapaan.
Jangan biarkan mata liar di perjalanan. Nanti hati kita gelap diselaputi dosa.
Jangan menangguh taubat b ila berbuat dosa kerana mati boleh datang b ila -bila masa.
Jangan ego untuk meminta maaf pada ibu bapa dan sesama manusia kalau memang kita bersalah.
Jangan mengumpat sesama rakan taulan. Nanti rosak persahabatan kita hilang bahagia.
Jangan lupa bergantung kepada ALLAH dalam setiap kerja kita.
Nanti
kita sombong apabila berjaya. Kalau gagal kecewa pula.
Jangan bakhil untuk bersedekah. Sedekah itu memanjangkan umur dan memurahkan rezeki kita.
Jangan banyak ketawa. Nanti mati jiwa.
Jangan biasakan berbohong, kerana ia adalah ciri-ciri munafik dan mengh ila ngkan kasih orang kepada kita.
Jangan suka menganiaya manusia atau haiwan. Doa makhluk yang teraniaya cepat dimakbulkan ALLAH.
Jangan terlalu susah hati dengan urusan dunia. Akhirat itu lebih utama dan hidup di sana lebih lama dan kekal selamanya.
Jangan mempertikaikan kenapa ISLAM itu berkata JANGAN. Sebab semuanya untuk keselamatan kita.

ALLAH lebih tahu apa yang terbaik untuk hamba ciptaanNya.

lelaki pun expire (andropos) 3

Apakah terapi gantian hormon?

Andropos boleh dirawat dengan hormon testosteron dalam bentuk:

  • Pil
  • Suntikan
  • Pellet jangka tidak panjang dan pengeluaran ubat secara perlahan
  • Tampalan
  • Jeli

Apabila dimulakan, ia perlu diambil seumur hidup.

Apakah penilaian yang perlu dijalankan sebelum memulakan terapi gantian hormon?

Penilaian perlu dilakukan sebelum memulakan terapi gantian hormon:

  • Pemeriksaan asas urology
  • Ujian darah menguji antigen spesifik untuk Prostate (PSA)
  • Ujian lemak
  • Ujian fungsi hati
  • Ujian analisa sel-sel darah/kepekatan darah

Testosteron meransang pembesaran kelenjar prostat dan menerukkan kanser prostat yang telah ada. Oleh itu ujian PSA perlu di lakukan sebelum memulakan terapi gantian hormon dan 6 bulan selepas itu.


kalendar gambar sendiri

sempena dah nak akhir tahun, anda dah ada ke kalendar tahun depan..? tadi terbaca ada contest menawarkan kalendar bergambar sendiri serta kalis air.. menarik tuh.. apa lagi.. jangan lepaskan peluang keemasan.. di samping berblog, join ni mana tau dapat hadiah free.. hehehe.. good luck

'' Saya Nak Jadi Model Kalendar 2011''
klik sini

lelaki pun expire (andropos) 2

Bagaimana saya tahu saya mengalami andropos?

Andropos menghasilkan berbagai-bagai perubahan pada tubuh lelaki termasuk:

  • Masalah ketegangan zakar
  • Nafsu seks rendah
  • Perubahan perasaan menjadi letih, cepat meradang, sedih dan pemarah
  • Masalah tidur
  • Bulu-bulu tubuh berkurang
  • Saiz dan kekuatan otot berkurang
  • Peningkatan lemak tubuh
  • Hilang daya ingatan
  • Osteoporosis (Tulang rapuh dan nipis)
  • Daya tumpuan yang lemah

Tidak semua lelaki mengalami tanda-tanda dan keterukan yang sama, dan setengahnya tidak mempunyai tanda-tanda langsung.

Apakah ujian-ujian yang boleh dilakukan jika saya ingin mengetahui status saya?

  • Ujian hormon tetosteron boleh dilakukan di hospital.
  • Jika paras hormon kurang 200ng/dL lelaki dianggap mempunyai testosteron yang rendah.
  • Jika paras nya melebihi 600ng/Dl, tiada kekurangan hormon testosteron bolehlah dipastikan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...