Nak Souvenier best?

Buku A Doctor In The House: The Memoirs of Tun Dr. Mahathir Mohamad

~Jualan hebat tu.. Ada sesiapa dah beli?.. Dah baca?

KUALA LUMPUR - Buku A Doctor In The House: The Memoirs of Tun Dr. Mahathir Mohamad mendapat sambutan luar biasa dengan mencatat jualan lebih 5,000 naskhah pada hari pelancarannya kelmarin.

Penerbit buku itu, MPH Group Publishing Sdn. Bhd. mendakwa inilah buku pertama di Malaysia yang mencatat jualan sebanyak itu pada hari pelancarannya.

Pengurus Besarnya, Ivy Tan berkata, sasaran awal MPH hanya 1,000 naskhah.

Katanya, setakat ini pihaknya telah menerima lebih 300 tempahan dari luar negara seperti Amerika Syarikat, Brunei, Jerman, Jepun, Indonesia dan Singapura.

"Kami terpaksa menambah bekalan selepas banyak penjual mengadu kehabisan stok," katanya ketika dihubungi di sini semalam.

Buku setebal 843 muka surat dan berharga RM100 senaskhah itu mengambil masa lapan tahun untuk disiapkan.

9 comments:

Anisa Hang Tuah said...

wooahh...amik mase 8 tahun nak siapkan..

Lina said...

klu 8 taun mesti teliti penulisannya...satu buku yg perlu ada dlm koleksi...bila lar nak beli ek

Raden said...

nak sgt buku nie..adoi..nk kumpul duit skola la camni!

hafiz said...

aku nak beli..
8 tahun-800 muka surat..
buat koleksi ok

Sheherazade said...

Dr M ckp kena bace dgn hati terbuka

Proud Mama's Dairy said...

Buku yang sudah pasti saya akan miliki. Dah bg tau hubby yang saya nak satu... bila bole dpt tak tau...hehheheh

♥WEIYDAWEINGWAFFA♥ said...

uiksss...8 tahun utk disiapkan..rugi kalo xmemiliki sebijik nihh...



Kalo free meh ler singgah my blog..--> mummylovers blog

atau berminat nak join GA saya..--> 2ND GIVEAWAY

kay_are said...

5000 naskhah?? memang betul2 best r ni.. waahh

♫::: m[e]n!t! s[e]nja :::♫ said...

xminat langsung...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...