Nak Souvenier best?

Maaf, Saya Terpeluk..

KEBIASAANNYA artis yang menutup aurat jarang dilihat tampil di dalam kaca televisyen melakukan adegan berpelukan mahupun berpegangan tangan. Namun, bagi pendatang baru industri lakonan, Fida atau nama sebenarnya Rafidah Ibrahim dilihat telah memecah norma sopan yang telah dibentuk sejak awal dia memasuki industri ini beberapa tahun lalu.

Fida telah melakukan babak berpelukan bersama aktor Iqram Dinzly di dalam drama bersiri Kasih Alia yang sedang ditayangkan di saluran TV3.

Melihatkan babak tersebut, ramai yang berpendapat mungkin tidak manis bagi seorang wanita muslimah bertudung litup bersetuju untuk melakukan adegan itu. Namun, bagi gadis berumur 27 tahun ini, dia ada alasan tersendiri terhadap persoalan mengapa babak tersebut terjadi.

"Pertama sekali, Fida ingin meminta maaf jika ada peminat yang terasa dengan apa yang berlaku. Sebenarnya, perkara itu terjadi secara spontan. Ketika itu babak kami dihalau dari wad dan ia babak yang sangat sedih.

"Mungkin kerana terlalu menjiwai, Iqram secara tidak sengaja tertarik Fida dan jika dilihat dari mata kasar memang nampak seperti kami berpelukan, namun pada hakikatnya tidak. Tapi bila perkara-perkara sebegini berlaku, Fida sebagai pelakon perlu bersedia menghadapi semua ini," jelas anak kelahiran Kuala Lumpuri itu yang mengatakan semua ini dipelajari dari kesilapan lalu.

Tambah Fida, pengalaman sebelum ini telah memberi kesedaran buat dia untuk menghormati dan mendengar arahan 'cut' dari pengarah. Katanya, sebagai orang baharu yang hanya berbekalkan pengalaman dua tahun dalam industri lakonan, siapalah dirinya untuk mendahului pengarah.

10 comments:

Run Away said...

terpeluk lak...;d

Kakzakie Purvit said...

Tapi kakak suka dgn Fida ni. Lembut dan ayu wajahnya... Kalau dah nama pelakon macam-macam ceritalah....

Sofya said...

stop bila pengarah kata cut ja?!

whitecappuccino said...

Errr..entahla

CIK PARO! said...

Kadang2 kamera boleh menipu..
Sebenarnya tak peluk pun..

Unknown said...

kamera skrg dh canggih! boleh edit balik.

ZWAN SABRI said...

skang ni budaya pelok memelok ni dah jd macam budaya pulak..
btw, nampak sangat Iqram macam nk try Fida jer.. HAHA


MySuaraBlog: Hidupkan Kad Raya

biela bell said...

taw xpe..itulah.terkejut jugak bila nmpak fida peluk iqram.huhu..

My Name is Mar said...

Errrr... Ada eh?
Episod mana?
Ho-ho-ho..

Musicbrilliant.com

♥ Nana BamBam ♥ said...

ala, dia tak sengaja, x mengapa, dan dia dah minta maaf pon kan...hehehe..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...