Nak Souvenier best?

mALAYSIA dAH 54 tAHun..

TANGGAL TIGA PULUH SATU..
BULAN LAPAN..
LIMA PULUH TUJUH..


Malaysia ialah sebuah negara raja berperlembagaan persekutuan di Asia Tenggara yang terdiri daripada tiga belas negeri dan tiga wilayah persekutuan, yang menduduki bumi berkeluasan 329,847 kilometer persegis (127,350 batu²). Malaysia terbahagi kepada dua kawasan yang mengapit Laut China Selatan, iaitu Semenanjung Malaysia dan Borneo Malaysia (juga Malaysia Barat dan Timur). Malaysia berkongsi sempadan darat dengan Thailand, Indonesia, danBrunei dan juga sempadan laut dengan Singapura dan Filipina. Ibu negara Malaysia ialahKuala Lumpur, manakala Putrajaya merupakan pusat kerajaan persekutuan. Pada tahun 2009, Malaysia diduduki 28 juta orang.
Malaysia berakar-umbikan Kerajaan-Kerajaan Melayu yang wujud di wilayahnya dan menjadi taklukan Empayar British sejak abad ke-18. Wilayah British pertama di sini dikenali sebagaiNegeri-Negeri Selat. Semenanjung Malaysia yang ketika itu dikenali sebagai Tanah Melayu atau Malaya, mula-mula disatukan di bawah komanwel pada tahun 1946, sebelum menjadiPersekutuan Tanah Melayu pada tahun 1948. Pada tahun 1963, Tanah Melayu bersatu dengan negeri Sabah, Sarawak, dan Singapura. Pada tahun 1965, Singapore keluar dari persekutuan untuk menjadi negara kota yang bebas. Semenjak itu, Malaysia menikmati antara ekonomi yang terbaik di Asia, dengan purata pertumbuhan KDNK kira-kira 6.5% selama 50 tahun pertama kemerdekaannya.Ekonomi negara yang selama ini dijana oleh sumber alamnya kini juga berkembang dalam sektor-sektor sains, pelancongan, perdagangan dan perubatan.
Ketua negara Malaysia ialah Yang di-Pertuan Agong, iaitu raja elektif yang terpilih dari kalangan sembilan raja negeri Melayu. Ketua kerajaannya pula ialah Perdana Menteri.Sistem kerajaan Malaysia banyak berdasarkan sistem parlimen Westminster, dan sistem perundangannya juga berasaskan undang-undang am Inggeris.

2 comments:

Mohd Zakwan Zain said...

kalau teks di atas disusun dalam perenggan, mungkin lebih mudah dan menarik untuk dibaca :)
Btw, happy Merdeka Raya !! :D

Jangan lepaskan peluang keemasan untuk memenangi Domain dan Hosting secara Percuma!!

♥ Nana BamBam ♥ said...

selamat menyambut hari kemerdekaan yang ke 54 tahun ^^

MERDEKA MERDEKA MERDEKAA!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...