Nak Souvenier best?

Harga Bagi Ujian Genetik.. RM.. sahaja.

kosmo:


Terdapat tiga kategori utama ujian genetik dan pengesanan awal yang boleh didapati di negara ini iaitu penentuan genotip yang juga dikenali sebagai genotyping.
Kaedah ini cepat mengesan dan mengenal pasti beberapa ‘penanda’ atau ‘bendera merah’ dalam profil genetik yang mendedahkan anda kepada penyakit yang diketahui.
Ujian ini turut mengesan kumpulan variasi atau mutasi tertentu dalam maklumat genetik dan kosnya sekitar RM2,000 sahaja.
Kategori kedua pula membabitkan penggunaan mesin penjujukan untuk menjana bahagian-bahagian profil genetik anda.
Bahagian-bahagian ini merangkumi 1.5 peratus daripada keseluruhan profil genetik yang mewakili gen menentukan fungsi yang berlainan dalam badan anda.
Apabila ia dianalisis, pakar sains boleh mengenal pasti kehadiran variasi secara terperinci. Antara penyakit yang boleh diuji ialah sindrom Miller dan penyakit Alzheimer.
Kategori terakhir membabitkan penggunaan mesin penjujukan yang sama seperti kaedah keduatetapi kali ini untuk menjana seluruh profil genetik.
“Dinamakan ‘penjujukan seluruh genom’, analisis data yang dihasilkan boleh digunakan untuk mendapatkan gambaran lengkap dan menyeluruh tentang profil genetik anda, iaitu maklumat sepenuhnya yang terkandung dalam kesemua kromosom anda,” katanya.

2 comments:

:: My BeAuTiFuL wOrLd :: said...

nak buat ujian mcm nie pun takut :( apatah lagi bayor mahal..

Unknown said...

2000 sahaja???
pengsan..
heheheh

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...