Nak Souvenier best?

Pisang Oh Pisang?.

Pisang oh Pisang..

Khasiat
“Tidak ada kesan sampingan pada kesihatan walaupun pisang itu manis kerana kandungan gula dalam pisang adalah semula jadi,” katanya.
Kata beliau lagi, terdapat perbezaan antara pisang yang dimakan begitu sahaja dengan kerepek pisang atau pisang goreng.
Menurut beliau, pisang yang digoreng atau dibuat kerepek mengandungi lemak.
Jadi, adalah selamat jika pengambilan pisang goreng dikurangkan kepada seminggu sekali atau sebulan sekali.
Jika digoreng, kandungan khasiat serta vitamin dan zat-zat lain dalam pisang akan berkurangan sebaliknya kandungan lemak akan bertambah.
Ujar beliau, pisang juga dianggap penting dalam bidang perubatan. Di Thailand, misalnya, wanita hamil digalakkan oleh doktor untuk makan pisang bagi memudahkan proses bersalin. Ia juga membekalkan tenaga bagi melawan dan menyembuhkan penyakit.
Beberapa kajian antarabangsa mendapati hampir 15 jenis masalah kesihatan boleh dikurangkan dengan memakan pisang.
“Antaranya, penyakit anemia iaitu kekurangan hemoglobin dalam darah boleh diatasi dengan memakan pisang kerana ia membantu meningkatkan pembentukan hemoglobin.
“Kandungan potasium tinggi dalam pisang turut menolong merendahkan tekanan darah serta mengurangkan risiko strok,” jelas beliau.
Tambah beliau, selain itu, kandungan fibernya yang tinggi dapat membantu masalah pembuangan air besar secara normal setiap hari.
Ia turut mengurangkan tekanan kerana sejenis protein dikenali sebagai Trytophan yang ada di dalamnya membantu menenangkan fikiran serta otak orang yang berada dalam tekanan.
Katanya lagi, orang yang bergelut dengan penyakit ketakutan, obesiti dan tabiat rokok, digalakkan mengamalkan pemakanan pisang dan mereka dipercayai mampu bebas daripada masalah itu secara beransur-ansur.
Kajian turut membuktikan bahawa seseorang yang berdepan masalah mabuk hamil khususnya wanita yang berasa mual dan muntah pada beberapa bulan pertama kehamilan, boleh mengambil pisang untuk mengelak masalah itu.
Di samping itu, mereka yang menghadapi masalah kegemukan akibat tekanan di tempat kerja boleh diatasi dengan memakan pisang setiap dua jam.
Ia dapat membantu menghilangkan tekanan kerja selain mengawal kandungan gula dalam darah. Bahagian dalam kulit pisang pula membantu memulihkan kegatalan akibat gigitan nyamuk.
“Apa yang penting, kita perlu memberi tumpuan pada kesihatan dengan mengamalkan tabiat makan pisang.
“Bagi anak-anak, kita sangat mudah untuk menyuruh mereka makan pisang kerana ia manis dan lembut. Ia boleh disediakan dalam bentuk kek, mufin dan roti pisang,” katanya.

Itu namanya tidak jujur.

~Nak berkongsi petikan ini sebagai renungan bersama..
Cermin cermin kan diri sendiri.. Tapi berapa peratuskah yang benar benar jujur?.. Fikirkan sendiri..(kolumnis SH)


Apabila membaca status rakan-rakan di Facebook dengan kata-kata begini, apakah reaksi anda? Contohnya |Diam| atau |Pergi facial| atau |Bos tidak ada, tikus jadi raja| atau |Malam tadi mimpi…| Demam| dan pelbagai lagi status lain yang membawa konotasi tidak ada apa-apa yang positif di situ.
Malangnya kebanyakan status itu ditulis tatkala berada di pejabat, pada waktu pejabat, ketika hari bekerja! Apa sudah jadi? Bukankah itu penyalahgunaan masa pejabat? Atau adakah itu dilakukan memang dengan sedar?
Itu namanya tidak jujur. Jika menggunakan talian sosial untuk kerja-kerja pejabat tidak mengapa kerana itu adalah salah satu proses komunikasi zaman kini yang digilai ramai. Namun jika untuk hal peribadi, kita harus bertanya lebih jauh, halalkan gaji kita?
Aplikasi yang dibenarkan ketika sedang menjalankan tugas ini sesungguhnya tidak boleh menipu. Masa dan hari dicatat di situ. Siapa menghantar status pun kita tahu secara terang-terangan! Ya, anda tidak mampu mengubahnya…
Secara peribadi saya tidak akan memberi komen kepada status yang begitu kerana menganggap kita akan sama bersubahat dengan si polan, menyalahgunakan waktu pejabat untuk status-status peribadi. Padahal ada banyak lagi status lain yang lebih positif, status ada ilmu dan komentar-komentar lebih mempertajam minda.
Malah kadang-kadang secara sengaja saya tidak akan datang lagi ke wall rakan-rakan yang selalu berstatus begitu sekiranya hampir setiap hari tiada status mencabar minda di situ. Rugi rasanya masa diabaikan di situ, ya bukankah kita berhak hendak berkawan dengan siapa dan mengapa?
Sebaliknya saya hargai mereka yang guna rangkaian sosial untuk bidang pemasaran bagi penjualan produk, pengurusan kerja, hubungan pelanggan dan berkongsi maklumat.
Itulah yang sepatutnya, aplikasi yang membolehkan pengguna untuk berkata, bersosial dan berkongsi fail, memang patut digunakan di seluruh dunia dengan konsistensi yang luar biasa. Internet merupakan satu penemuan yang membawa perubahan besar kepada kehidupan manusia. Kepelbagaian fungsi internet bukan sahaja membawa kemudahan kepada kehidupan manusia malah merupakan alat yang menghubungkan seluruh dunia tanpa sempadan.



WANITA KORPORAT: DEBAT- lebih berkaliber?

Wanita hiasan dunia.
Seindah hiasan adalah yang.....

Harini rata- rata orang bercakap tentang wanita dan DUNIA KORPORAT.. korporat dengan konglomerat tu sama ke?... Banyak pula yang di war war kan media tentang penglibatan wanita dalam dunia korporat ni. Ada ulasan menyatakan yang wanita ini lebih berdedikasi daripada lelaki jika dibandingkan pada posisi yang sama. Kenapakah begitu? Adakah wanita lebih bijak? Atau lebih rajin?..

Betulke kalau wanita ni jadi bos dia akan lebih berkaliber? Atau adakah emosi menguasai diri pabila berhadapan dengan sesuatu hal?.. Tapi sebenarnya siapa yang bertindak mengundi seseorang wanita itu untuk dijadikan bos? Sudah pasti ada juga sumbangan dari pihak lelaki.. Atau berdasarkan kelayakan pendidikan yang mana lebih ramai wanita berpendidikan lebih tinggi dari lelaki...

Apa pun jika di rumah.. Meski sang wanita itu Perdana Menteri sekalipun.. Di rumah tetap sang lelaki menjadi kepala keluarga..

Pernah Minum BIR!!!

~Bukan BIR halal tau ni..

(petikan SH)

Ini cerita 30 tahun dulu. Saya masih ingat lagi, setiap petang selepas main bola di padang sekolah, saya dan kawan-kawan selalu ke kedai kopi Ah Long di Pekan Mahang untuk beli bir. Harganya cuma 20 sen sebungkus.
Bir yang saya minum, biasanya sudah dicampur air dan sedikit air batu. Sebab itu harganya tidak mahal. Sungguhpun begitu, rasanya masih sedap, manis dan amat menghilangkan dahaga selepas main bola.
Kadang-kadang terlintas juga dalam hati, bagaimana jika emak ayah tahu yang saya minum bir. Apabila teringat hal itu, saya terus sebut “astaghfirullahhalaziim” - bertaubat, tak mahu minum bir lagi.
Tapi esoknya, apabila rasa haus selepas main bola, taubat saya entah ke mana!
Kadang kala bercakap juga dengan kawan-kawan, “ok ke minum bir ni? Setahu aku, bir haram, mana boleh minum!”
Biasanya rasa musykil kami tidak ke mana. Yang pasti, kedai Ah Long tetap jadi tumpuan setiap petang. Bir 20 sen sebungkus itu tetap perlu untuk membasahkan tekak selepas main bola.
Hanya selepas beberapa lama, barulah saya pasti bir yang saya dan kawan-kawan ‘langgah’ setiap petang itu adalah bir halal yang orang kita lebih suka sebut ‘rut bir’!
Itulah minuman yang saya mati-mati sangka sama dengan bir yang saya lihat orang Cina dan India minum berbotol-botol di kedai Ah Long pada waktu petang dan malam.

BOMOH JIN..

Lanjut kat sini.. http://www.sinarharian.com.my/sh/kolumnis/content.asp?ID=269
sedikit yang dicopy.


Semua orang yang waras pasti berasa sedih dengan kematian Faisal Harun. Bukan sahaja sedih, tetapi juga kesal dan sekali gus marah. Kalaulah ada sedikit kewarasan, remaja 26 tahun itu mungkin dapat diselamatkan.
Doktor mengesahkan anak muda dari Kampung Gong Beris, Marang, Terengganu itu mati akibat lemas, setelah dikatakan dipaksa minum air dalam kuantiti banyak termasuk melalui hos getah yang dimasukkan ke mulut mangsa.
Setakat rencana ditulis polis masih memburu seorang bomoh wanita warga Thai berhubung kes ini yang akan disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana kesalahan membunuh.
Faisal mulanya mengalami gangguan fikiran, tetapi bomoh berusia 43 tahun itu memberitahu mangsa terkena buatan orang. Konon mangsa perlu minum banyak air sehingga muntah untuk mengeluarkan jin yang merasuk dalam badan.
Keluarga mangsa yang ada semasa rawatan dilakukan melihat sendiri bomoh memasukkan salur getah ke mulut mangsa. Paip dibuka dan mangsa meronta-ronta sebab terlalu banyak air masuk ke perut.
Menurut laporan media, oleh sebab tidak tergamak melihat cara mangsa dirawat, anggota keluarga beredar dan menunggu di luar rumah. Beberapa ketika kemudian bomoh memberitahu jin sudah dihalau, tetapi mangsa pengsan. Mangsa dikejarkan ke klinik, dan meninggal dunia.

~Betul kata penulis tersebut.. kalau kita sebagai orang biasa yang berfikiran logik pun.. takkan tergamak melihat mangsa dianiaya sebegitu rupa..

TWITTER FASHA SANDHA.. twitter IQRAM ZUBIR? BERITA HARIAN..

Twitter Fasha Sanda yang terkenal dalam mempromosikan Salon CHINTA nya itu telah mempunyai 90 ribu lebih followers.. Wah.. Begitu ramai yang menyokong beliau.. Itula untungnya jadi artis ni. Sekejapan je popular. Kalaule followers blog ALL IN ONE ni seramai FOLLOWERS twitter FASHA SANDa kan ke best..( terperasan diri ni fofuler.. Bak kata BA .. femes emes!!!). Pentingla kan jadi femes sbb boleh sampaikan sesuatu mesej dengan pantas sekali.. Sepantas FERRARI atau.. Sepantas KERETA MYVI yang edisi TERBAHARU tu yer..

Penting atau tidak followers bagi sesuatu twitter tu?.. Tengok tujuan apa la kan sesebuah akaun Twitter. Kalau untuk perniagaan , memang bagusla sebab boleh dekati lebih ramai pelanggan. Macam contohnya.. Twitter Irma Hasmi.. Kebanyakannya dia kerap promosikan jubahnya di twitter. Ada tak antara kawan kawan dah memiliki koleksi jubah Irma Hasmi ni?.. ( promoter tak berbayar ni: harap maklum)...

Tetiba teringat akan bulan Rejab yang dah nak ke penghujung.. Bulan Syabaan dah nak berkunjung.. Ramadhan di anjung.. Amalan dah sedia untuk dikendong? Melalui bulan2 istimewa yang disanjung?(dush.. Keluar topik)

FASHA SANDHA dan IQRAM DINZLY..

Ada apa dengan mereka berdua ni?.. Antara FASHA SANDHA dan IQRAM DINZLY?.. kawan- kawan tau ke tak?.. Siapa yang nak tahu bolehla jengah jengah dunia Twitter. Bagi yang dah memang aktif twitter tu dan dah follow kedua dua selebriti tersebut, pastinya kawan-kawan sudah maklum apa yang sedang hangat di pasaran mengenai mereka berdua tu..
Lupakan kisah tersebut. Tengah frust juga ni sebab tak dapat nak menontonSTANZA CINTA . sebab apa? Sebabnya sekarang disiarkan cerita eh program KONSERT JOMHEBOH. oleh itu tak ada la cerita STANZA CINTA tu ye. Memang meletup- letup la si Aaron Aziz ni ye.. Semenjak dua menjak tiga menjak ni.
Bermula sebagai SETH TAN dalam cerita akasia NORA ELENA, kemudian KLGANGSTER yang pecah panggung tu.. Dan seterusnya STANZA CINTA ni kan.. Ada harapan dapat jadi BINTANG PALING POPULAR BERITA HARIAN tu nanti.. Untuk Tahun Hadapan.. Ganti SAM .. Boleh tak kalau cenggitu?..
Oh ya.. Bagi yang nak follow twitter ALL IN ONE, sila cari dengan emel : nurhafiz2009@yahoo.com.

PS/ kamu sokong siapa?
FASHA SANDHA atau
IQRAM DINZLY?

Talasemia.

~Kalau kita disahkan ada Talasemia seeloknya jangan berkahwin dengan mereka yang juga menghidapi penyakit sama..


KANGAR — Sebanyak 107 penduduk Perlis dikesan menghidap Talasemia selepas mereka menjalani ujian saringan darah sepanjang tahun lalu, kata Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Md. Isa Sabu.
Beliau berkata, angka itu adalah 3.3 peratus daripada 3,262 penduduk yang menjalani ujian saringan pada 2010.
"Talasemia adalah sejenis penyakit genetik sel darah merah yang boleh diwarisi daripada ibu bapa, dan penghidapnya menanggung kesakitan untuk menjalani pemindahan darah setiap bulan,” katanya ketika berucap merasmikan kem Klinik Kesihatan Kangar sempena sambutan Hari Talasemia 2011 di Taman Datuk Jaafar di sini hari ini.
Beliau berkata, jika pesakit adalah kanak-kanak, maka ibu bapa terpaksa mengawal emosi dan fizikal mereka selain menanggung beban kewangan untuk merawat penyakit itu.
"Saya berbangga dengan ibu bapa yang sanggup berkorban terhadap anak-anak yang menghidap penyakit ini, dan saya juga berharap orang ramai mengambil sedikit masa untuk menjalani ujian saringan Talasemia, kerana sedikit pergorbanan darah kita akan memelihara masa depan anak-anak kita,” katanya. — Bernama

Bantuan Kecemasan dan Pengasuh.

~Setuju dengan saranan ini..


PUTRAJAYA — Semua pekerja Pusat Asuhan Kanak-Kanak (Taska), Tadika dan pengasuh di rumah wajar memiliki pengetahuan berhubung pencegahan kecederaan serta rawatan kecemasan bagi kanak-kanak, kata Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin.
Beliau berkata, ia bagi memastikan bantuan awal dapat diberikan ketika berdepan situasi mencemaskan sebelum bantuan tiba atau kanak-kanak yang cedera dihantar ke hospital.
"Pengetahuan itu juga membolehkan kita menyediakan persekitaran yang lebih selamat dan sesuai dengan peringkat umur dan perkembangan kanak-kanak, apatah lagi pada masa ini, ramai ibu bapa yang bekerja terpaksa menyerahkan tanggungjawab menjaga anak-anak kepada pihak lain,” katanya kepada pemberita hari ini.
Rosnah berkata, kementerian menyokong penuh jika ada usaha pihak berkaitan untuk mewajibkan pengetahuan seumpama itu kepada pengusaha Taska, Tadika dan pengasuh bagi mengurangkan risiko kematian membabitkan kanak-kanak. — Bernama

UPM bukan UUM.

KONTINJEN Universiti Putra Malaysia (UPM) terus mempamerkan penguasaan pada karnival Sukan Majlis Sukan Universiti Malaysia (Masum) 2011.
Semalam, mereka membawa pulang dua pingat emas bagi acara badminton berpasukan yang berakhir di Pusat Sukan BSC, Serdang Raya.
Kedua-dua pingat itu dimenangi menerusi kategori lelaki dan wanita.
Dalam saingan bagi kategori lelaki, mereka menepis cabaran Universiti Teknologi Mara (UiTM) dengan kemenangan 3-2.
Mata pertama UPM diperoleh menerusi pemain perseorangan pertama, Cheah Leak Hou yang menewaskan pemain UiTM, Nik Ahmad Arsyad Nik Mazlan 21-14, 21-17.
UiTM kembali menyamakan kedudukan 1-1 menerusi kemenangan beregu pertamanya, Halif Asro Ramzi Sulaiman-Mohamed Akif Farhan Abdu Mahat yang menewaskan gandingan UPM, Muhammad Firdaus Ayob-Muhammad Asyraff Mat Sadan 21-15, 21-17.
UPM kembali mendahului dengan kemenangan pemain perseorangan kedua, Loo Yik Xiang yang menewaskan Mohd. Fairuz Mohammad Fauzi 21-14, 22-20.
Saingan bertambah sengit apabila kedudukan terikat 2-2 selepas pasangan beregu kedua UiTM Ahmad Nasa’I Mohd. Nor-Mohd. Zamrishal Mohd. Yusoff menewaskan Tung Jian Kai-Zamri Mohd. Jalil 21-17,17-21, 21-16.
Begitupun, Teh Sheng Lai menjadi penyelamat pasukan tuan rumah apabila dia menghadiahkan mata kemenangan kepada UPM selepas mencatat kemenangan ke atas Nur Akmal Mohamed Rumsani 21-16, 21-18.
Dalam kategori wanita, UPM turut diberi tentangan sengit oleh UM sebelum menang tipis 3-2.
Mata pertama UPM diperoleh menerusi kemenangan pemian perseorangan pertamanya, Yeow Mie Xi yang mudah menewaskan Nadia Mohd. Saruan 21-5, 21-5.
Meneruskan kehebatan Mie Xi ialah Stephanie Shalini yang menewaksan Daphne Ng Chiew Yen 21-11, 21-8.
Mata kemenangan UPM diperoleh menerusi Tiffany Chase-Currier yang menewaskan Nik Noor Nabilah Ibrahim 21-10, 21-11.
Menurut Tiffany, dia hanya memikirkan untuk mencatat kemenangan kerana mata berharga itu terletak di tangannya ketika kedudukan 2-2.
Gangsa acara badminton berpasukan lelaki menjadi milik Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dan UiTM membawa pulang gangsa kategori wanita.

KELAS BAHASA JAWA FREE?..

Kat mana tu?..\
Ada lagi ke zaman kini orang bagi perkhidmatan FREE?..
Jangan tak tahu ya kawan- kawan..
Masih ramai yang berkhidmat secara PERCUMA..

Oh ye..
Sebagai contohnya.. untuk KELAS BAHASA JAWA FREE boleh rujuk pada url berikut:
http://blog-tips-kurus.blogspot.com/


Ok, iki dhino Setu yo bocah-bocah.
Yok belajar perkataan yang bermula dengan huruf U.
Kok lompat-lompat; dulu K sekarang U? Sebab U are beautiful & charming...  sila perasan!! (^.^)

1. Umbel = hingus
2. Untu = gigi
3. Umep = didih
4. Uthel/udel = pusat
5. Utho = bogel
6. Uthan = hujan
7. Usah = jangan



Manakala HEADER FREE boleh mintak dari MOMMYfara YE..

JUARA IMAM MUDA MUSIM KEDUA bakal milik NAZRUL atau HASSAN?



KUALA LUMPUR: Dua peserta program Imam Muda musim kedua, Nazrul Izwan Zolkiflee (Nazrul), 26, dan Mohd Hassan Adli Yahaya @ Yahuza (Hassan), 26, berjaya mara ke peringkat akhir program tersebut pada 1 Julai ini.
Imam Muda 2 peringkat akhir akan disiarkan secara langsung dari Dewan Muktamar, Pusat Islam, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan, di sini pukul 9 malam.
Sementara itu, tiga peserta iaitu Mohd Fakhrurrazi Hussin (Fakhrul), 27, Ammar Wan Harun (Amar), 27, dan Mohd Azlan Zulkarnain (Azlan), 25, tersingkir di minggu kesembilan pada Jumaat.
Menurut mudir (pengetua) Datuk Hassan Mahmood Al-Hafiz, pemilihan Nazrul dan Hassan atas kerja keras dan kesungguhan yang ditunjukkan sepanjang program ini berlangsung.
“Mereka mempunyai kelebihan ilmu dan latar belakang agama yang menunjukkan mereka sentiasa berada di kemuncak sepanjang tiga bulan ini.
“Mereka juga mudah menerima arahan tidak mengira waktu dan bersungguh-sungguh melaksanakan tugas serta cabaran yang diberikan,” kata Hassan yang lebih mesra disapa ustaz ini.
Selain itu, kedua-duanya mempunyai kebolehan tambahan seperti pandai berlagu dan penuh irama apabila diuji membacakan ayat-ayat al-Quran dalam peperiksaan yang diberikan.
Pada peringkat akhir ini, mereka akan diberikan tugasan praktikal pulang ke kampung masing-masing dan mengendalikan projek sendiri yang mendatangkan manfaat kepada semua pihak.
Menurut Pengurus Saluran Astro Oasis, Izelan Basar, kedua-dua finalis itu akan melakukan perancangan idea dengan bantuan lapan peserta Imam Muda yang telah tersingkir.



OK.. Ini Berita nya..

MALAYSIA sudah menempah tempat dalam kelompok 12 pasukan terbaik Asia bersama-sama Australia, Jepun, Korea Selatan, Arab Saudi, Bahrain, Emiriyah Arab Bersatu (UAE), Iraq, Oman, Qatar, Syria dan Uzbekistan bagi saingan bola sepak Kelayakan Olimpik 2012.
Tiga daripada pasukan-pasukan ini bakal diundi satu kumpulan dengan Malaysia pada majlis undian di ibu pejabat Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC), Bukit Jalil pada 7 Julai depan.
Tiga juara kumpulan akan layak secara automatik ke Sukan Olimpik 2012 di London manakala tiga naib juara bakal bertemu sesama sendiri pada 25 hingga 29 Mac 2012 untuk dipilih menentang lawan dari Zon Afrika bagi merebut satu slot playoff.
Apa yang pasti, Malaysia membawa status sebagai wakil tunggal Asia Tenggara bagi menghadapi pusingan terakhir kelayakan Zon Asia itu yang dimonopoli negara-negara Timur Tengah.
Terdahulu pada pusingan pertama, Malaysia menyingkirkan Pakistan dengan agregat 2-0 setelah menang 2-0 di Shah Alam dan seri 0-0 di Lahore.
Pada pusingan kedua, Malaysia mengetepikan Lebanon 2-1 menerusi agregat 2-1 setelah seri 0-0 di Beirut pada Ahad lalu dan menang 2-1 di Stadium Nasional, Bukit Jalil malam kelmarin.
Bagi jurulatih skuad Olimpik negara, Ong Kim Swee, kejayaan melangkah ke pusingan terakhir Zon Asia itu berjaya menangkis keraguan sesetengah pihak terhadap kemampuan dirinya dan juga anak-anak buahnya.
Namun Kim Swee, 41, sedar enam perlawanan peringkat kumpulan yang bakal dihadapinya pada 21 September, 23 November, 27 November, 5 Februari 2012, 22 Februari 2012 dan 14 Mac 2012 merupakan cabaran yang cukup sukar.
"Saya rasa kita tiada pilihan untuk memilih pasukan mana yang mahu diundi bersama kita. Saya sedar harapan para peminat bola sepak negara begitu tinggi.
"Tapi kita kena realistik sekiranya ditakdirkan diundi satu kumpulan dengan pasukan-pasukan kuat seperti Jepun, Korea Selatan dan Australia," katanya pada sidang media selepas perlawanan malam kelmarin.
Namun sedikit masalah bakal dihadapi Kim Swee kerana dia dan sebahagian besar skuadnya akan turut bersaing pada Sukan SEA 2011 di Jakarta dari 11 hingga 22 November depan.
"Memang jadual cukup ketat pada November depan. Keutamaan bukan saja pada Kelayakan Olimpik ini tetapi juga untuk kita mempertahankan pingat emas Sukan SEA.
"Mungkin kita akan tulis surat kepada FIFA (Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa) untuk menunda perlawanan kedua pada 23 November itu kerana ia hanya berlangsung sehari selepas Sukan SEA," jelas Kim Swee.

GAMBAR HERO MALAYA/ HARIMAU MALAYA .. AUUMMMM



SKUAD Olimpik negara kini boleh bermegah apabila berada dalam kelompok 12 pasukan terbaik di Asia.

Jodoh Pilihan Sendiri... Bahagia ke?

Kata orang kalau jodoh pilihan sendiri tanpa restu ibu bapa, maka perkahwinan itu tidak akan bahagia. Tambahan pula yang dikhawini sang anak itu merupakan musuh atau tidak seteru.. Maka betulkah perkahwinan yang dilayari tidak akan mengecap kebahagiaan?..

Bagaimana pula jika pasangan terbabit mempunyai anak.. Maksudnya cucu kepada ibu bapa yang dinyatakan tadi. Apakah hati atau naluri keibubapaan tidak akan terusik oleh kehadiran si kecil yang mewarnai dunia?..
Atau
Adakah akan bertambah ketidaksukaan terhadap pasangan terbabit?

Persoalannya..
Wajarkan sang anak yang dulu dilabel derhaka itu mendapat kemaafan?..
Kasihan juga ya jika hidupnya tidak bahagia selamanya..


Juara Johan Maharaja Lawak Final.

Ada lagi yang masih belum tahu akan keputusannya ke?..
Nah.. berikut dikongsi berita dari mstar..


SHAH ALAM: Selepas 13 minggu bertanding, akhirnya gelaran juara Maharaja Lawak berjaya menjadi milik kumpulan Sepah apabila mereka memperoleh markah tertinggi, dalam pertandingan tersebut yang berlangsung di Stadium Malawati, di sini malam Jumaat
Kemenangan Sepah yang terdiri daripada Mamat, Shuib dan Jep melayakkan mereka membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM350,000 dan sebuah trofi sumbangan Astro.
Gelaran naib juara pula dimenangi oleh kumpulan Jozan (Johan dan Zizan)dengan menerima hadiah wang tunai sebanyak RM250,000 berserta sebuah trofi manakala Nabil mendapat tempat ketiga dengan hadiah wang tunai RM150,000 dan sebuah trofi.
Finalis Maharaja Lawak menerima hadiah masing-masing.
Bagaimanapun, kumpulan Jambu yang dianggotai oleh Yus dan Tauke terpaksa akur dengan kedudukan di tangga keempat. Mereka mendapat wang tunai sebanyak RM50,000 berserta trofi.
Kesemua peserta peringkat akhir dikehendaki membuat dua persembahan bertemakan konsep bebas dan komedi muzikal.
Para peserta telah diadili dengan sistem pemarkahan yang masing-masing mewakili 50 peratus undian penonton di rumah dan juga juri yang terdiri daripada Mamat Khalid, Ahmad Idham serta Saiful Apek.
Sementara itu mengulas kemenangan mereka Sepah berkata, mereka turut berhadapan dengan masalah mencari idea setiap kali membuat persembahan.
Bagaimanapun sikap yang sentiasa mahu berbincang bersama-sama adalah antara formula kejayaan kumpulan itu.
“Idea kami tersangkut juga tetapi syukurlah dengan bantuan Dia (Allah), kami dapat mengeluarkan idea yang baik,” kata mereka.
Hadiah kepada pemenang disampaikan oleh Pengurus Saluran Astro Warna & Prima, Nizam Sani.
Pertandingan Maharaja Lawak bersiaran secara langsung setiap Jumaat, pukul 10 malam menerusi saluran Astro Warna (Saluran 132) sejak 1 April lalu.

    JOM JALAN JALAN..

    http://www.benashaari.com/2011/06/segmen-bang-jom-g-jalan-jalan.html


    JALAN JALAN JALAN..

    MARI MENARI BERSAMA .. FOLLOWERS INI...



    BUKIT JALIL: Pasangan Wan yang tersingkir pada minggu pertama program tarian Mari Menari musim kedua (MM2) malam Ahad lalu mengakui berasa puas hati dengan persembahan mereka.
    Pasangan Mohammat Arziwan Amat, 25, (Wan) dan adiknya Azirah Nabihah Amat, 18, menjadi pasangan pertama yang tersingkir daripada kumpulan Belalang selepas mendapat undian terendah iaitu 18.13 peratus.
    Kata Wan, walaupun hanya dapat bertahan selama seminggu dalam pertandingan tersebut, mereka tetap berpuas hati kerana telah mempersembahkan tarian sebaik mungkin dan menganggap rezeki tidak berpihak kepada mereka kerana peratusan undian penonton yang rendah.
    "Perasaan sedih memang ada tapi secara keseluruhannya kami berpuas hati dengan apa yang telah dilakukan untuk minggu ini.
    "Penyingkiran ini sudah kami jangkakan kerana peratusan kami adalah yang paling rendah sebelum pertandingan bermula.
    "Jadi kami menerima ia dengan hati terbuka," katanya yang mengakui persaingan sengit dalam kumpulan Belalang.

    Susulan bomba Wanita diBOTAKkan.. berita selanjutnya.

    Jom Baca sikit..


    ALOR SETAR — Jabatan Bomba dan Penyelamat diarah menjalankan siasatan dalaman berhubung kes beberapa pelatih wanita dibotakkan kepala mereka ketika mendaftar diri untuk menjalani latihan di Akademi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Wakaf Tapai di Marang, Terengganu pada awal bulan lepas.
    Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Chor Chee Heung berkata, jika perlu, tindakan boleh diambil kerana perkara itu (tindakan memotong rambut) berkait dengan peraturan yang bukan hanya dalam Jabatan Bomba dan Penyelamat tetapi turut dilaksanakan pada anggota beruniform yang lain.
    Chee Heung menjelaskan, bagi pelatih wanita Jabatan Bomba dan Penyelamat, rambut mereka akan digunting sehingga enam milimeter panjang kerana sebagai anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat, jika wanita berambut panjang mungkin akan jadi halangan untuk menjalankan tugas yang melibatkan aktiviti fizikal.
    "Ini kes pertama saya terima aduan seperti ini. Ini jelas tunjukkan perkara itu bukan sentiasa berlaku. Mungkin kali pertama dan tidak disengajakan. Saya tak nak cakap siapa betul siapa salah. Saya memang memahami sensitiviti agama bagi seorang wanita,” katanya pada sidang media di pejabat MCA Bahagian Alor Setar di Jalan Pegawai di sini hari ini. — Bernama

    DIA NAK TAMBAH FOLLOWERS.. ANDA?

    ~Ni la si dia yang nak TAMBAH FOLLOWERS tu..
    Tapi, entry ni takde kaitan dengan hasrat dia.. entry ini adalah random pick sahaja atau lebih senang cerita entry terbaru dari blog DIA: http://www.villakesyukuran.blogspot.com/ .
    Bila baca address blog dia ni.. sejuk rasa hati..
    Jomla kita sentiasa menjadi orang yang sering BERSYUKUR..


    “Macamana kalau aku cuba google taman tempat aku tinggal sekarang gunaGoogle Map….ada ke ? Taman aku tu dah lah ‘ciput’, tak popular pulak tu….huh !”…. Hari tu, punyalah kurang asam, member-member dok gelak pasal taman aku tak ‘detect’ dalam GPS diorang… malulah bro… ahh, try jer bro…sajer seronok-seronok !
    So, aku pun cuba google guna keyword ‘TAMAN SELAYANG, PORT DICKSON’, dan hasilnya wow, adalah bro !!! Taklah teruk dan ceruk sangat taman aku ni... he,he…bangga, bangga… So, untuk memperlihatkan kebanggaan aku terhadap taman aku ni, aku upload foto-foto untuk tatapan aku sendiri…hu,hu…

    KILAUAN EMAS. ASTRO PRIMA. SIAPA PILIHAN?



    Menurut Nizam, program tersebut di aspirasikan daripada program realitinyanyian Classic Golden Melodies di saluran Astro Wah La Toi.
    "Selepas menonton program realiti tersebut, saya mula terfikir idea untuk membuat program untuk golongan berusia lebih 45 tahun yang mengikuti bidang nyanyian.
    "Saya yakin program Kilauan Emas ini mampu memberikan impak besar kepada penonton. Jika program ini mendapat sambutan hangat, saya akan meneruskan program ini pada tahun hadapan.
    "Kita juga masih lagi menunggu mana-mana penaja yang mahu menaja hadiah untuk program ini," kata Nizam lagi.
    Para peserta harus menyanyikan salah satu lagu wajib iaitu Kau Kunci Cintaku Di Dalam Hatimu dendangan Ramlah Ram, Di Persimpangan Dilema(Nora), Seri Dewi Malam(Sharifah Aini), Gerhana (Kembara), Ku PendamSebuah Duka (Khadijah Ibrahim).
    Selain itu, lagu Sampaikan Salam Cintaku (Alleycats), Epilog Cinta(Sohaimi Mior Hassan),Akhirnya Kini Pasti (Anita Sarawak), Sejati(Wings) dan Widuri (Broery Marantika).
    Mereka akan diadili oleh juri tetap iaitu penyanyi Sohaimi Mior Hassan dan Nora.
    Program ini akan disiarkan di Astro Prima (saluran 105) bermula 24 Junini secara rakaman.
    Siapa Mohd Nor Amin?..
    oh Seorang Juruhebah radio rupanya..

      Tentang LYNAS.

      KUALA LUMPUR: Lynas Corporation Ltd, dari Australia, yang kini terjebak di dalam keadaan kontroversi berkaitan cadangan pembinaan kilang nadir bumi di Gebeng, Pahang, menyatakan ia mahu menjadi penyumbang positif kepada komuniti dan bukan dilihat sebagai datang ke negara ini dan merosakkannya.
      Pengerusi Eksekutifnya, Nicholas Curtis, yang tidak menjangka tentangan yang dihadapi lebih besar dari jangkaan, memberitahu Bernama behawa beliau menyambut baik teguran membina oleh pihak yang bimbang mengenai isu itu kerana terdapat terlalu banyak penyebaran maklumat yang salah.
      Adalah dilaporkan bahawa kontroversi mengenai pembinaan kilang oksida nadir bumi bernilai RM700 juta oleh Lynas Malaysia Sdn Bhd di Estet Perindustrian Gebeng, itu telah mencetuskan dakwaan bahawa ia akan mengeluarkan radiasi yang membahayakan kesihatan orang ramai.
      Curtis bersetuju bahawa Lynas gagal menyalurkan maklumat secara aktif kepada komuniti.
      "Saya raya saya juga bertanggung jawab kerana tidak cukup menjelaskan kedudukan kami. Kami ingat kami telah melakukan yang mencukupi untuk meredakan tentangan dengan memberikan penjelasan kepada para pengawal aturan mengenai apa yang perlu kami lakukan bagi mendapatkan kelulusan apabila obligasinya lebih daripada itu terhadap komuniti," katanya.
      Katanya kerajaan telah bertindak secara bertangggung jawab dengan tidak bertolak ansur mengenai isu kesihatan dan keselamatan.
      "Kami tidak mahu menyebabkan kerosakan terhadap komuniti. Kami mahu memastikan industri itu selamat. Kami tidak berkomunikasi secara berkesan di dalam isu itu," katanya.
      Katanya urusan nadir bumi sebenar adalah sangat baik bagi masa depan kerana ia menjuruskan kepada pengeluaran bahan bagi penggunaan sains dan teknologi, yang termasuk teknologi hijau dan adalah industri yang baik bagi Malaysia ke arah mencapai Wawasan 2020.
      Adalah difahamkan bahawa nadir bumi adalah elemen utama di dalam bahan canggih di segi teknologi, di dalam pembuatan kepelbagaian produk yang meluas, yang termasuk pengubah pemangkin, turbin angin, bateri kereta hibrid, pemacu cakera, telefon mudah alih dan paparan skrin rata.
      Sehubungan itu, urusannya yang sebenar mempunyai potensi yang besar untuk menjadi satu wadah bagi mewujudkan rantaian nilai masa depan bagi membina kluster industri bernilai tambah akan datang yang akan dibina di sini.
      "Wujud peluang yang menerujakan bagi membina satu kluster industri berteknologi tinggi seperti automotif, elektronik yang selari dengan pelan 2020," kata Curtis.
      Katanya Malaysia adalah satu tempat yang baik untuk datang melabur dan Gebeng mempunyai infrastruktur yang perlu bagi industri berat. "Kami memilih untuk datang ke Malaysia. Kami telah membuat pilihan untuk mengkaji tapak di Australia dan juga tempat lain seperti China. Oleh kerana kami aktif dalam perniagaan global, kami memilih Malaysia kerana infrastrukturnya telah lengkap dibangunkan dan peraturannya adalah jelas," katanya.
      Curtis berkata standard Malaysia dikenali sebagai paling ketat di dunia yang memerlukan satu lesen bagi sebarang bahan yang mempunyai sebarang paras radiasi.
      Syarikat itu juga memilih untuk datang ke Malaysia walau pun mengetahui reaksi komunitinya terhadap insiden Asian Rare Earth (ARE) Bukit Merah pada awal 1990'an.
      "Kami merasakan persekitaran pengawal atur mengetahui mengenai risiko dan paras profesional di sini adalah tinggi. Jadi, kami boleh menjelaskan secara berkesan dengan para pengawal atur. Kami juga mengetahui bahawa bahan kami secara fundamentalnya berbeza dengan yang di Bukit Merah," katanya.
      Syarikat itu sebelum ini menekankan bahawa bahan mentah itu akan disumberkan dari Mount Weld di Australia tidak sama berbanding yang diproses di Bukit Merah.Amang yang diproses di Bukit Merah mengandungi paras tinggi thorium, yang menjadi sumber radiasi, manakala Lynas menggunakan bahan mentah yang lazimnya mempunyai paras thorium yang rendah, iaitu 50 kali lebih rendah dari amang yang digunakan oleh ARE.
      "Kami tidak mahu merosakkan komuniti. Kami mahu menjadi penyumbang positif kepada komuniti," kata Curtis, sambil memastikan bahawa aspek keselamatan sangat dititikberatkan oleh Lynas.
      Lynas mengumumkan pada April bahawa pembinaan Lynas Advanced Materials Plant (LAMP) telah mencapai peringkat 40 peratus dan berada pada landasan disiapkan menjelang September 2011.
      Bagaimana pun, kebimbangan orang ramai yang meluas mengenai keselamatan projek itu telah mendorong kepada pelantikan panel bebas pakar antarabangsa untuk menyemak semula kesemua aspek kesihatan dan keselamatan projek itu.
      Panel pakar yang dilantik oleh Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) telah membuat lawatan tapak dari 29 Mei hingga 3 Jun dan laporannya akan dikemukakan kepada kerajaan menjelang akhir bulan ini.
      Curtis berkata Lynas akan akur sepenuhnya dengan keputusan IAEA dan syarikat itu akan sentiasa menunjukkan bahawa ia bersikap jujur dengan apa yang telah dinyatakannya.-BERNAMA

        Penyumbang Traffik Sekarang!!!!

        SILAKAN LAWAT MEREKA PULA..



        1. www.lovelyshafa.com
        2. www.ladydyla.com
        3. www.benashaari.com
        4. sharinginfoz.blogspot.com
        5. lianadaysofmylife.blogspot.com



        Ya.. betul tu.. sekarang ni penyumbang traffik adalah dari mereka semua..
        Terima Kasih Daun Keladi..


        (Kenapa daun keladi digunakan dalam pantun ini ye?.. )
        Siapa boleh bagi jawapan akan diberi penghargaan..

        annyonghaseyao...

        Apakah maksudnya?.. Jom sama-sama cari..
        Tadi ada yang menjeritnya di kotak SHOUTBOX tu tadi..
        Makanya terfikirla nak cari maksud nya apa..

        Rupanya.. 'HELLO'..

        Ya .. 'HELLO ' kembali buat pengunjung blog ALL IN ONE ini ye.. Semoga anda bergembira di sini..
        Petang yang indah ini.. apakah aktiviti yang dilakukan?..

        Menonton cerita Korea kah..
        Atau masih layan cerita Hindustan?.. Selepas menonton cerita DIL TO PAGAL HAI lakonan Datuk Shah Rukh Khan itu tadi?..Menggamit memori kala muda remaja dulu? Kala hingusan lagi sudah menghafal lagu lagu nyanyiannya biarpun bukannya SRK sendiri yang nyanyikan..

        Sekarang revolusi Korea pula yang mengambil alih.. Kalau tak menonton cerita Korea tu.. kira tak rock la kan.. Kalau taktahu lagu NOBODY wondergirls tu.. tak kick la.. Kalau tak minat SuperJunior.. tak masuk geng la..

        Tapi..  Kalau Neutral..macamana?..

        KOMEN TERPILIH ... .nie smpt tak smpt ikut ke kubur

        1 comments:


        Puan Kutu said...
        bab memberi mkn dan minum tu sy pun pelik,ms dok kt jhor dulu ada sedara meninggal.ahli keluarga dok sibuk msk sbb nk jamu org dtg.ptotnya kena la uruskan jenazah dulu..nie smpt tak smpt ikut ke kubur..emm..

        ADAB MENZIARAHI JENAZAH / ORANG MATI.

        ~Sumber dari sini:
        http://www.muis.gov.sg/webpub/warita/warita9-96/panduan.html


        5 Adab menziarahi orang mati

        a) Dilarang orang-orang yang menziarahi keluarga yang baru ditimpa kematian hadir di tempat rumah tersebut dengan bergurau senda dengan teman-teman yang lain. Perkara ini akan menyinggung perasaan keluarga tersebut. Mereka haruslah mengucapkan takziah kepada keluarga tersebut perkataan: "Semoga Allah menambahkan ganjaran pahala kamu, dan memperbaiki kedudukan kamu serta mengampunkan dosa ahli keluarga kamu yang baru meninggal."

        b) Disunatkan bagi orang yang menziarahi kematian agar membaca Surah Yasin seperti yang disebutkan di dalam hadis yang bermaksud "Bacalah ke atas mereka yang sedang menghadapi kematian dengan membaca Surah Yasin." (Riwayat Abu Daud)

        c) Digalakkan agar dihulurkan bantuan yang berbentuk wang atau makanan kepada keluarga yang ditimpa kematian khususnya bagi keluarga yang miskin.

        d) Makruh bagi orang yang menziarahi rumah yang ada kematian, makan/minum di rumah tersebut kerana ianya menyibukkan lagi ahli keluarga tersebut. Melainkan jika makanan atau minuman tersebut disediakan oleh jiran tetangga bagi keluarga yang ditimpa kematian.


        Biodata Sepah Juara Maharaja Lawak – Shuib, Jeff, Mamat | Profil Diri | DaHLia's JouRNaL

        Biodata Sepah Juara Maharaja Lawak – Shuib, Jeff, Mamat | Profil Diri | DaHLia's JouRNaL

        Habis madu.. sepah tak habis- habis..
        Tengah membaca entry dari blog Cikgu Dahlia. Salah seorang Sifu dalam dunia blogging ni..]
        Nampak ayat 'create a link.. ' tangan terus klik kat situ..
        Sebab nak tau apa jadi kalau klik kat situ..
        Hasilnya begini la..
        Sendiri pun kurang tau..
        Tapi cuba jaya je.. apatah yang jayanya pun adalah kabur.
        Janji boleh share link dari blog Sis Dahlia..
        Dia kongsi tentang Profail jejaka termahal kala ini: RM35o ribu tu.. untngnya la kan..
        Shuib tu mungkin rezeki pengantin baru ye?.. Tahniah pada mereka.. Juara sentiasa juara.. JOZAN tu tetap no dua dari dulu lagi kan..

        FOLLOWERS TERKINI.. AARON AZIZ?

        Sudah tentula bukan si AARON AZIZ tu.. Apatah lagi Zul Huzaimy.. Tapi sebenarnya kawan yang bertuah itu adalah.. 
        jeng
        jeng
        jeng..

        Layan ajela..

        BERSIH.

        Semenjak dua menjak tiga menjak ni ashik terlintas perkataan BERSIH ni aja.. Sama ada di media masa mahupun  media cetak.. Apekebenda nya BERSIH ni.. Sebab tak tahu..Maka mencari untuk tambah pengetahuan.. Kalau ada yang tanya pun.. at least ye at least tahula sedikit.. Dari segi makna.. Selain bersih  = clean..


        BERSIH ialah Gabungan Pilihan raya Bersih dan Adil. BERSIH ditubuhkan dengan anggota komitinya dianggotai oleh Suara Rakyat Malaysia (Suaram), Women’s Development Collective (WDC) dan Writers Alliance for Media Independence (WAMI).
        BERSIH dilancarkan secara rasmi pada 23 November 2006 di lobi bangunan Parlimen Malaysia. Ia dihadiri oleh pemimpin parti politik, dan pihak bukan kerajaan, termasuk Dr Wan Azizah Wan Ismail, presiden PKR, Sivarasa Rasiah - timbalan presiden PKR, Setiausaha Am DAP - Lim Guan Eng, Setiausaha Publisiti Kebangsaan DAP dan MP bagi Seputeh Teresa Kok, timbalan presiden PAS Nasharudin Mat Isa, ketua pemuda PAS - Salahudin Ayub, Setiausaha Am PSM S. Arutchelvan, Kongres Persatuan Pekerja Malaysia - Syed Shahir Syed Mohamud, esekutif direktor WDC - Maria Chin Abdullah dan esekutif direktor SUARAM - Yap Swee Seng.
        BERSIH telah menganjurkan perhimpunan 100,000 orang di Dataran Merdeka pada hari Sabtu, 10 Oktober 2007 jam 3.00 petang. 26 badan bukan kerajaan (NGO) dan parti pembangkang turut serta. Pemimpin yang terlibat ialah Lim Kit Siang, Anwar Ibrahim, Dr Wan Azizah Wan Ismail, Abdul Hadi Awang bagi menyerahkan memorandum kepada wakil Istana Negara.
        Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Zulkarnain Abdul Rahman enggan memberi permit perhimpunan ini bagi mengelak kejadian tidak dingini. Tetapi ramai pengulas mendakwa bahawa sebab yang diberi oleh Polis dan Kerajaan ialah alasan sahaja. [perlu rujukan] Mereka mendakwa bahawa sebab benar atas tidak bagi permit merupakan UMNO dan parti komponen Barisan National menakut akan hilang pemegang kuasa sekiranya pilihan raya jadi adil dan bersih dalam masa depan. Pengulas tersebut menegaskan sebagai bukti bahawa kebanyakan kejadian yang kacau rakyat (terutama pengguna jalanraya) pada hari sabtu itu, jadi kerana tindakan Polis, tidak kerana tindakan penyokong Bersih atau penunjuk perasaan yang menyertai perhimpunan.-wikipedia.

        PENYATA GAJI.. CIKGU ZUBIR..

        Bagi orang-orang gomen.. mesti dah dapat gaji itu hari kan.. Dah tau kan nak cek kat link mana kan?.. kat anm.gov.my la kan?.. Bagi yang baru mula kerja eh baru kali pertama dapat gaji.. Maka tahniah sebab dah dapat gaji PERTAMA hasil usaha selama sebulan itu.
        Kalau kerja tu berbaloi dengan gaji yang diterima takpela kan.. Tapi kalau gaji tu tak berbaloi?.. Maksudnya kita kerja berhempas pulas,, tapi akhirnya gaji yang dapat tu tak setaraf dengan usaha.. Macam mana tu?..
        Dan satu lagi situasi, jika kita dan kawan bekerja di tempat yang sama.. Namun kawan kita tu kerja acuh tak acuh sedangkan kkita menyiapkan semua kerja.. Tapi gaji masing-masing diterima pada CUKUP BULAN.. Jadi.. adilkah jika begitu?..
        Kiranya TAK ACI la kan.. Sorang je yang penat.. Lagi sorang goyang kaki.. Pastu macamana kita nak buat jika hadapi situasi sebegitu.. Nak nasihat?.. Dah penat dah berbuih mulut ni.. Nak bermusuh?.. Nanti kerja tak siap.. Bos bising pula.. Lama-kelamaan kita yang teraniaya.Sebetulnya sama-sama kerja, sama-sama dapat ganjaran. bukan begitu?...
        :
        Okela.. Takmo melalut lelebih.. Kalau ada yang tengah FREE boleh join segmen CikGu Zubir kat Sini: http://zubir5588.blogspot.com/2011/06/komen-entry-dan-dapat-ganjaran.html

        Jus Alpokat tu apa ye?

        Rupanya jus AVOKADO ye..
        Tipah tidak ketahuan sehingga la terjumpa resepi JUS ALPOKAT di http://www.food.com/recipe/juice-alpokat-indonesian-avocado-drink-59169..

        Pagi tadi ada terbaca 'tweet' dari  WS.. Dia ada tweet tentang JUS ALPOKAT ni.. Katanya sedap amat. Disebabkan tidak tahu makna ALPOKAT tu.. tercari-cari la setengahari tadi.. makanya terus terjumpa resepi JUS ALPOKAT tersebut.

        Nak tahu tak cara pembuatannya..
        Okela..
        Salin sikit resepinya kat sini..
        Mana tau boleh buat rujukan di BULAN RAMADHAN nanti. 
        Wah.. dah nak RAMADHAN ni.. 
        Teruja?..
        Tapi, bagi yang kena ganti puasa yang lepas adakah sudah diselesaikan?..

        Sila salin ye kawan-kawan..

        5 sb gula.
        5 sb air.
        2 avokado.
        1/2 cawan susu sejuk.
        1 cawan susu coklat.
        1/2 cawan ais dihancurkan.


        Blend kan semuanya.. cuma susu coklat tu dimasukkan sebelum dihidangkan. 

        Yummynya..

        Botak.... Perempuan?

        ALOR SETAR – Seorang gadis lepasan Universiti Teknologi Mara (UiTM) trauma apabila rambutnya dipotong sehingga botak ketika menjalani latihan di Akademi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Wakaf Tapai di Marang, Terengganu bagi jawatan Penolong Penguasa Bomba pada 2 Mei lalu.
        Hizyaty Othman, 28, dari Taman Berjaya, Jalan Pegawai di sini, kini terpaksa melupakan impiannya untuk berkhidmat di JBPM kerana sudah serik untuk menjalani semula latihan di kem tersebut.
        Selain Hizyaty, seramai 18 lagi pelatih wanita yang dibotakkan kepala pada hari mereka mendaftar pada petang 2 Mei lepas.
        Menurutnya, dia dan 18 pelatih wanita lain terkejut apabila rambut mereka dipotong sehingga botak tanpa diberi sebarang penjelasan mengenai tindakan itu.
        “Seorang kakitangan wanita di kem itu memanggil pelatih seorang demi seorang ke dalam sebuah bilik dan rambut kami dipotong menggunakan mesin gunting rambut.
        “Saya terkejut apabila melihat seorang pelatih keluar dengan kepala botak dan ketika itu saya hanya berserah kerana fikir mahu teruskan latihan di kem itu,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Taman Berjaya di sini semalam.
        Hizyaty memberitahu, dia hanya berdiam diri ketika rambutnya dipotong dalam masa kira-kira lima minit kerana menganggap ia satu prosedur biasa sebagai pelatih di situ.

        Bakar Anak Dalam Microwave?..

        Tak tahu le nak klasifikasikan kes tu cemane.. Baru je selesai membaca berita tersebut kat YahooNews. Kes tu berlaku kat US. seorang ibu yang berumur 29 tahun dikatakan membakar anak bongsunya dalam microwve sehingga mati.
        Kejam?..
        Iyelah tu.. Sanggup ke melihat anak tu menggelupur hingga nafas terakhirnya?..
        Memang kejam tahap berapa dah tu..
        MICROWAVE tu gunanya untuk MASAK makanan.. Bukannya untuk memasak budak kecil yang taktahu apa apa. Saat baca berita tu memang terbayang la baby tu cemane.. Bayi berusia 6 minggu, yang sihat walafiat.. Aduhh.. Betul betul kejam tu..
        Dikatakan itu adalah jes yang jetiga melibatkan pembunuhan kanak kanak dengan cara membakar dalam microwave. Siasatannya mengambil masa yang lama sebab kecederaan yang dialami bayi malang tu adalah sangat unik..
        Mungkinkah juga sang ibu mengalami gangguan mental pada waktu kejadian? Itu belum dipastikan.. Semoga kita dijauhkan dari perkara buruk..

        Tahniah SEPAH : JUARA / johan MAHARAJA LAWAK FINAL

        JOHAN jatuh kepada SEPAH dalam FINAL H
        MAHARAJA LAWAK yang baru tamat tadi.. Gaya macam tengok je kan.. Jeles dengan orang yang dapat tengok. Sure ketawa dan terhibur hati..
        Agaknya kenapa tak dapat tengok?.. Sebabnya memang tak melanggan ASTRO WARNA tu. Cuma ambil yang basic aja. Dan rancangan MAHARAJA LAWAK tu cume nengoknya secara online sahaja. Jadi, bila agaknya boleh nonton yang online punye versi FINAL MAHARAJA LAWAK tu.
        Bagi kawan-kawan yang berpeluang nonton pastinye tak kering gusi tergelak ye.. Tak sabar nak nonton kat YOUTUBE ni.. atau kawan kawan ada cadangan nak tonton katne? 
        Sape yang tengok tadi.. Ceciter ceciter.. Cemane gamaknye persembahab finalis tadi.. Oh ye.. Yang JOHAN MAHARAJALAWAK je yang tau.. Lain- lain peciter? Nabil?.. Jambu?.. JOZAN?(kesian derang kalah
        Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...