Nak Souvenier best?

Showing posts with label bajet negara malaysia. Show all posts
Showing posts with label bajet negara malaysia. Show all posts

Bajet (Belanjawan 2013) / Isu Gula Sabah Sarawak.

Bajet (Belanjawan 2013) / Isu Gula Sabah Sarawak.


mstar:KUALA LUMPUR: Kelulusan Lesen Pengilang kepada Adamuda Sdn Bhd untuk memproses gula di Sarawak adalah sama dengan proses yang dilalui pengilang lain, kata Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed.
Beliau berkata seperti syarikat pengilang gula lain, kelulusan lesen kepadaAdamuda Sdn Bhd juga melalui permohonan dan tidak dikenakan sebarang bayaran. "Pemohon perlu melengkapkan borang permohonan beserta dokumen sokongan yangdiperlukan untuk pertimbangan jawatankuasa pelaburan peringkat nasional untuk kelulusan berdasarkan kepada dasar semasa," katanya dalam jawapan bertuliskepada soalan Teo Nie Ching (DAP-Serdang) di Dewan Rakyat pada Selasa.
Teo ingin tahu mengapa Admuda Sdn Bhd diberi lesen tunggal untuk memprosesgula di Sarawak dan Sabah, dan sama ada lesen itu diberi melalui tender terbukaatau sebaliknya.
Mustapa berkata bagi menjamin bekalan gula di Sabah dan Sarawak mencukupi serta mengatasi masalah gula bertapis, kerajaan pada 23 Disember 2009 membenarkan kedua-dua negeri memiliki sebuah syarikat memproses gula masing-masing.

Bajet (Belanjawan ) 2013 / Ciri ciri smartphone 3G Rebat 200.

Bajet (Belanjawan ) 2013 / Ciri ciri smartphone 3G Rebat 200.


Ada komen dari Dr Rais Yatim yang ciri ciri smartphone yang layak mendapat rebat 200 ni nanti akan dikeluarkan.. Maka tunggula kita ye.

Nur ada tertanya tanya tentang apa itu smartphone di SINI
Lepas tu ada BLOGGER yang ni tolong jawabkan.. TERIMA KASIH AWAK

Smartphone ialah telefon yg ade operating system spt Android, ios, RIM, Windows Mobile :) iPhone 5 ialah smartphone, guna ios 6 yg byk problem skrg ni. Jgn beli..hehe on Bajet (Belanjawan) 2013 / Nak beli Smartphones dengan rebat 200.

gambar smartphones: bajet 2013
Mengikut kata beliau, iPhone5 ni banyak problem? Betoi ka?.. Nampak gayanya.. harapan bakal tinggal harapan la ye..

Bajet (Belanjawan) 2013 / Untung jadi tentera Malaysia (gambar)

Bajet (Belanjawan) 2013 / Untung jadi tentera Malaysia (gambar)

gambar tentera malaysia
bajet 2013
foto: fotomedia.com.my-google
Untung? Kenapa? Sebab negara kita ni aman damai. Takde perang-perang bagai.. Demonstrasi pun takdela melampau lampau,,

Tambah pulak BAJET 2013 ni bagi perhatian lebih sikiit untuk anggota TENTERA MALAYSIA. Dan terbaru nak join tentera ni paling minimum kelayakan adalah SPM kan? Atau diploma. Tak macam dahulukala.. PMR pun dah boleh join askar biasa.

Apa pun dengan Bajet 2013 Yang Terbaik ni (setiap tahunla terbaik kan), diharap semua orang berpuas hati.. Bak kata orang: Tak semua dapat dipuaskan hatinya.. Maka syukurle daripada takde langsung.

Bajet (Belanjawan ) 2013 / Syarat & download borang BR1M.

Bajet (Belanjawan ) 2013 / Syarat & download borang BR1M.

gambar borang BR1M 
Teruja nak dapat RM500?.. Atau RM250 bagi yang BUJANG 21-30 tahun? Berdasarkan Bajet 2013, itulah yang dijanjikan oleh Perdana Menteri kita yang kita sayangi.(Bodek ke?).. Katanya ini bukan BAJET PILIHANRAYA.. Tapi Bajet Yang terbaik setiap tahun-seperti ulasan oleh blogger Selamat Tinggal Dunia.

Semasa Nur men google untuk cari download borang BR1M ni, ia telah memandu Nur ke link ini. Harus diingatkan ini adalah contoh borang BR1M (seperti printscreen di atas tu ye.)Untuk borang BR1M 2012  Nur rasa mungkin akan dikeluarkan yang baru sebab maybe dikemaskini disebabkan ada kategori baru untuk si BUJANG.

Apa pun tunggu dan lihat la nanti ye..


Bajet (Belanjawan ) 2013 / Harga GULA dijangka Naik.


Berikutan entry INI.. berikut komen yang diterima..


insan marhaen said...
Pada IM, harga gula naik sebenarnya hanya memperkayakan taukeh besar gula (RK) dan menyusahkan rakyat bawahan.

Betulkah dengan menaikkan harga gula akan mengurangkan kes diabetis? Dah berapa kali harga gula dinaikkan adakah peratus pesakit diabetis menurun?

Sama juga kes menaikkan harga rokok, adakah peratus perokok menurun?

Sama juga dengan menaikkan saman trafik, adakah kadar kemalangan menurun?

Kalau benar kerajaan mahu mengawal diabetis kenapa perlu dengan menyusahkan rakyat bawahan dan mengkayakan taukeh gula, taukeh kilang biskut, taukeh nestle dll.

gambar gula / sugar naik harga
google image

ABANG TENTERA....



ZWAN SABRI said...
senyum lebarla abang2 tentera kita.. :)

Kenapa si ZWAN SABRI ni komen cenggitu?.. Inilah jawapannya: 
ABANG TENTERA (kakak tentera pun ada kan?)

Bajet (Belanjawan) 2013 / Nak beli Smartphones dengan rebat 200.

Bajet (Belanjawan) 2013 / Nak beli Smartphones dengan rebat 200.


Perdana menteri kita telah bermurah hati nak bagi REBAT rm200 UNTUK PEMBELIAN smartphones. Terlonjak kegembiraan la sebab akhirnya cita-cita nak membeli SMARTPHONES ni bakal menjadi kenyataan setelah Bajet 2013 dibentangkan semalam..

Apa syaratnya ye untuk mendapat Rebat RM200 Telefon pintar 3G ni?..
umur 21-30 tahun SAHAJA ye.. (sila garu kepala bagi yang tak layak..)

Nur nak tahu.

  • Apakah jenis-jenis SMARTPHONES yang boleh dibeli (ada yang tak kenal smartphones tu phone yang bagaimana.. kena google la ciri-ciri sebuah telefon tu dikatakan layakl mendapat gelaran smartphones. Atau ada kawan-kawan nur yang boleh bantu?
  • Dimanakah lokasi lokasi atau kedai yang boleh digunakan Rebat RM200 Smartphones ni?.. Ceciter..
  • Bilakah Rebat ini boleh didapati dan bagaimana nak daftar untuk buat permohonan?



gambar smartphones: bajet 2013
Gambar kat atas ni antara jenis smartphones yang nur tahu le.. Samsung, Blackberry dan HTC.. iPhone5 tu bukan ke?

Bajet (Belanjawan ) 2013 / Cara nak daftar BR1M 2.0 orang bujang.

Bajet (Belanjawan ) 2013 / Cara nak daftar BR1M 2.0 orang bujang.


     Beruntunglah ye jadi orang bujang ni yang bakal mendapat DURIAN RUNTUH BR1M 2.0. Dalam PEMBENTANGAN BAJET 2013 semalam, perdana menteri telah umumkan pemberian wang sebanyak RM 250 kepada golongan bujang. Syaratnya adalah golongan itu yang berpendapatan kurang dari RM2000. Persoalan Nur adalah, kalau orang bujang tu tak bekerja atau pun masih bergelar student, adakah dia layak untuk mendapat INSENTIF itu? Cer jawab..

Syaratnya untuk dapat BR1M.:

  • orang bujang itu berumur 21 tahun ke atas. (kiranya bujang terlajak pun layak la kan..)
  • pendapatan kurang RM2000.


Bagi bantuan untuk isi rumah BR1M pula, pendapatan isi rumah adalah kurang daripada RM3000 dan akan diberi RM 500. (jadi kalau dalam keluarga tu ada anak bujang seorang yang memnuhi syarat  bolehla dapat RM750 jumlahnya.)

Cara nak memohon BR1M 2.0 (bagi yang pernah dapat tahun lepas takyah daftar)

-pemohon perlu daftar bermula NOVEMBER secara online atau pergi ke Pejabat Pembangunan Negeri, Pejabat Daerah atau Pejabat Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN)
- Bayaran akan dibuat pada Januari.

~Tak sabar.. menumpang gembira.

Bajet (Belanjawan) 2013 / Naik Gaji? Bonus

Bajet ( Belanjawan) 2013 / Naik Gaji? Bonus

~Esok akan ada PEMBENTANGAN BAJET 2013 yang akan bersiaran langsung di kaca-kaca TV sama ada RTM, TV3, ASTRO, TV9 dan TV Al Hijrah. Bagi yang tak dapat menonton SECARA LANGSUNG BAJET 2013 di kaca TV, dalam web pun ada web yang akan siarkan BAJET 2013. Selain itu boleh juga download pembentangan bajet 2013 itu nanti.

     Bagi rakyat biasa seperti nur ini.. apa yang ditunggu adalah pemberian INSENTIF untuk golongan yang memerlukan. Macam BR1M tahun lepas ke.. Dan boleh juga menumpang gembira jika diumumkan KENAIKAN GAJI dalam BAJET 2013 itu nanti. Seperti dalam keratan ini, jangkaan kenaikan gaji atau bonus akan dibentangkan nanti

SH: Presiden Cuepacs Datuk Omar Osman yakin isu kebajikan penjawat awam akan disentuh dalam  pembentangan Bajet 2013, yang dijangka pada 28 Sept ini, selaras dengan usaha menambah baik kualiti perkhidmatan melalui penyampaian berkesan

~Cuma pesan nur, kalau gaji dah naik tu, besar;ah harapan agar kerja yang dilakukan itu adalah berkualiti setaraf gaji tu. Jangan makin naik gaji makin sombong pula.Syukurla kita diberi kerajaan yang baik dan negara 1MALAYSIA yang aman.

Lagi kalau nak tahu pendapat tentang BAJET 2013 boleh la baca kat sini.  http://1malaysia.com.my/my/blog/budget-2013-i-want-your-views/
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...