maya karin dipecat tv3?

~suka sebenarnya masa maya karin mengacara rancangan nona ni.. harap2 pengacara baru nanti menarik juga

KUALA LUMPUR: Pengacara rancangan Nona, Maya Karin akan digantikan bagi memberi nafas baru untuk program berbentuk majalah tersebut bagi musim terbaru.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Rangkaian Media Prima, Datuk Farid Ridzuan berkata, keputusan diambil setelah dijalankan kajian kumpulan fokus baru-baru ini.

"Sebelum membuat sesuatu keputusan kami akan berbincang melalui kumpulan fokus terlebih dahulu. Jadi keputusan telah diambil untuk menggantikan Maya dengan seorang pengacara barui rancangan itu.

"Lagi pula ketika kami mengambil Maya, dia mempunyai masa dan ruang. Tetapi kini komitmen dia semakin tinggi dan banyak tawaran lain," ujarnya pada sidang media Media Prima Screening 2011, di Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC) di sini, Jumaat.

Dalam pada itu, Farid memberitahu setiap penyampai diberi tempoh percubaan bagi mengendalikan sesebuah rancangan.

"Bukan kita tidak melakukan kumpulan fokus terlebih dahulu sebelum mengambil Maya, tapi kami membuat percubaan," katanya.

Farid berkata, perbincangan masih dilakukan bagi menentukan calon yang sesuai sebagai penyampai Nona musim 2011.

"Setakat ini ada beberapa nama yang tersenarai sebagai penyampai yang baru. Ia tidak semestinya seorang artis tetapi kami berfokus kepada wanita," ujarnya yang tidak menolak nama pelakon Vanida Imran yang turut tersenarai sebagai calon pengacara baru program tersebut

15 comments:

  1. huwaa...xpenah miss tgk nona kalu kat umah...sape la host baru nnti ek..tq nur sharr ek

    ReplyDelete
  2. sesekali cuba bagi chef one plak mangacarakan si nona tu

    ReplyDelete
  3. maknanya bukan pecat la ek tp contract terminate dgn kedua2 pihak menyetujui? @_@

    ReplyDelete
  4. nur: perubahan perlu utk yg lebih menarik lagi....may be....apapun hrp2 maya karin terus success seiring ngan NONA juga!

    ReplyDelete
  5. nona..org laki leh layan x...x sesuai..hehehe..saja nak menyampuk kt cni!!!!
    artis kita minum arak kah?
    Artis Kita Minum Arak?

    ReplyDelete
  6. wahhhh artis la pulak mengacara rancangan ni....

    ReplyDelete
  7. stakat ni sy just minat pngacara nina dlu..nur syuhadan nurjuma je..:)

    ReplyDelete
  8. mia- kadang termiss juga.. tapi memang best kan nona

    ReplyDelete
  9. cemomoi- cadangan yang bagus.. mesti gempak

    ReplyDelete
  10. diana- tak pernah tahu lak yg lisa penah jadi host kat rtm

    ReplyDelete
  11. puteri- a a .. saja wat tajuk gempak

    ReplyDelete
  12. azzey- betul tu.. moga 22 sukses

    ReplyDelete
  13. kemma- normala samsudin tak minat?

    ReplyDelete