dah haji tak boleh haji lagi

KUALA LUMPUR: Tabung Haji telah menguatkuasakan larangan kepada jemaah haji yang baru balik daripada menunaikan ibadat itu, untuk mendaftar semula, mulai tahun ini, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom.

Bagaimanapun, katanya, mereka yang ingin mendaftar semula boleh berbuat demikian selepas tempoh lima tahun.

"Ini adalah syarat baru yang diperketatkan berbanding syarat sedia ada iaitu tidak boleh tunai haji dalam tempoh lima tahun," katanya sewaktu menggulung perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan 2011 (Bajet 2011) bagi Jabatan Perdana Menteri di Dewan Rakyat di sini Isnin.

Katanya langkah itu juga adalah usaha Tabung Haji bagi memberi peluang kepada umat Islam yang baru kali pertama menunaikan ibadat haji(metro)

~pernah jumpa yang dah 2-3 kali g haji, kesian juga orang-orang tak berpeluang lagi tu.. moga lepas ni tak timbul masalah lagi.. dan doa sama2 dapat tunaikan haji.. teringat .cerita qalesya- sebab dah 3 kali g haji kena panggil dia haji haji haji.. lawak

8 comments:

  1. bagus juga dibuat syarat-syarat tu... sebab ada yang sudah lama menanti masih belum ada rezeki

    ReplyDelete
  2. nur: elok juga tu. blh beri peluang kpd org lain yg belum pnh pegi menunaikan haji....

    ReplyDelete
  3. yerla yg nak g lagik tu g lah sendri.. cari yg swasta tu kan ada kan?? heh

    ReplyDelete
  4. haji 3 kali~~susah nak sebut tue~~hehehe.....

    LAGU TEMA BLOG AKU

    ReplyDelete
  5. Bayu Kenangan - memang patut kan

    ReplyDelete
  6. azzey- a.a giliran kita2 pula la.. hehe

    ReplyDelete
  7. g0m0k9enDek - a a.. guna yang swasta.. takpun g dari negara lain

    ReplyDelete
  8. N@SIQUE - tu kalau 3 kali.. kalau lebih lagi.. lagi susah.. hehe

    ReplyDelete