jalan jalan cari makan

SHAH ALAM - Bagi peminat makanan Jepun yang mahukan menunya disediakan oleh usahawan beragama Islam dengan keyakinan bahawa bahan-bahan mentahnya diperoleh daripada sumber yang halal, maka Restoran O-Shima adalah pilihan terbaik.

Restoran itu yang telah membuka sebuah cawangan barunya di medan selera pusat beli-belah Oasis 9 di Seksyen 9 di sini menawarkan 11 menu hidangan istimewa yang pasti membangkitkan selera pengunjung.

Pemilik bersama restoran itu, Asnidar Hanim Yusuf berkata, premis tersebut yang dibuka sejak awal bulan ini dan dinamakan O-Shima Ramen memiliki keunikan tersendiri kerana terdapat 10 menu berasaskan mi Jepun atau ramen yang ditawarkan kepada para pelanggan..lagi..

~jom g try makan kat sini.. or dah ada sapa2 yang dah try makan kat restoren tu.. apa pendapat anda?

7 comments: