~Dibaca dikosmo tadi.. kat sini . Tak sangka rupanya cerita betul. Bukan main main.. Bila menonton cerita Ustaz Amirul tu.. baru teringat yang dia bawa watak ustaz juga dalam cerita Niyang Rapik,.. Penghijrahan yang baik.. Teringat: Azmil, Bob Lokman..
JIKA dahulu dia hanya melakonkan watak ustaz penghalau hantu dalam drama bersiri Puaka Niyang Rapik, Ashraf Muslim, 29, kini bertugas sepenuh masa sebagai pengamal perubatan Islam.
Ashraf mengubat pelbagai jenis penyakit sama ada berbentuk fizikal seperti sakit jantung mahupun penyakit spiritual yang melibatkan gangguan makhluk halus.
Kru Jurnal berpeluang melihat sendiri Ashraf mengubat pesakit di Pusat Perubatan Syifa’ Al-Hidayah yang terletak di Kampung Sungai Pusu, Gombak, Selangor baru-baru ini.
Menyaksikan sendiri jumlah pesakit yang datang, ternyata Ashraf tidak main-main.
Pengunjung terdiri daripada semua peringkat usia. Mereka datang dari seluruh negara termasuk Perak, Negeri Sembilan dan Kelantan.
Ada juga yang sanggup bermalam di ibu negara sama ada di hotel mahupun rumah saudara-mara asalkan mendapat rawatan di situ.
Difahamkan, proses rawatan itu bermula selepas Isyak sehingga pukul 3 pagi.
Mengimbas kembali transformasi dirinya daripada seorang pelakon kepada pengamal perubatan Islam, Ashraf mengakui proses itu bukanlah sesuatu yang mudah.
wahhhh,,,ni yg makin suka kt asyraf muslim ni ^^
ReplyDeletesejukkk hati dgr..hihi
haish..dh la ensem kan..hihi
ReplyDeletesemuanya dtg dr ALLAH...
ReplyDeletemmg kn la ngan dia
ReplyDeletemenantu idaman makcik-makcik
ReplyDeletealhamdulillah la camtu...
ReplyDeleteoooo... teruja baca...
ReplyDeletehihi . tuulah . terkejut jugak baca tadi ;)
ReplyDeletemcm ni baru x timbul spekulasi...name bersesuaian dgn watak sbgai seorg muslim.......mudah2an artis rebecca nur islam pon dapat hidayah yg same....menunjukan ciri2 islam...
ReplyDeletesuke asyraf..ensemm..bgos la die neh
ReplyDeletemak ak suke gle kot ngn ashraf muslim ni..asal die nmpak ashraf kt tv jek..stat la puji2...-_-'
ReplyDeletesuka die nieh...
ReplyDeletesesuai dah dengan namanya tu..ada tak lagi artis lain nak ikut jejak dia...
ReplyDelete