Kena Tipu dengan Gay?..

~Berhati-hatilah ye kawan-kawan.. Nak percaya orang 100% ke di alam maya ni?.. 99% je.. lagi satu peratus simpan untuk diri - sendiri..(Pesanan dari seseorang..)

KUALA LUMPUR – Seorang lelaki gay menunjukkan kehebatannya apabila dia yang mempunyai rupa paras kacak dan pandai berkata-kata mampu memikat 100 lelaki untuk dijadikan teman seks sebelum mencuri barang-barang berharga mangsanya.

Sasaran suspek yang masih bebas itu melibatkan remaja lelaki berusia 17 tahun hingga 20-an. Mangsa-mangsa dipikat melalui rangkaian laman sosial Facebook dan sebahagiannya menerusi panggilan telefon.

Semalam, tembelang lelaki berusia 20-an yang menggunakan pelbagai nama samaran seperti Kevin, Alvin, Alex dan Elvis itu terbongkar apabila empat mangsa tampil membuat aduan di Jabatan Perkhidmatan dan Pengaduan MCA, Wisma MCA sini semalam.

Mengikut maklumat dari Facebook, suspek sehingga kini dipercayai telah berjaya memperdaya seramai 193 mangsa dengan mencuri barang berharga mereka manakala 100 daripada mangsa itu pula mengaku mengadakan hubungan seks dengan suspek itu.

Mangsa-mangsa yang melakukan hubungan seks dengan suspek dikhuatiri dijangkiti HIV (Immunodeficiency virus) ekoran pengakuan suspek dia mempunyai HIV.

Seorang mangsa dari Cheras yang mahu dikenali sebagai Tai, 17, mendakwa, dia mengenali suspek yang menggunakan nama Kevin pada bulan Oktober 2010 melalui sebuah majalah mencari kenalan.



10 comments:

  1. wah..macam2..kalau macam tu..100 lagi rakyat malaysia mungkin dijangkiti HIV...dasat ahhh...free2 jer dapat penyakit tu

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum Nur

    macam2 diakhir zaman ni

    minta dijauhi

    Wassalam

    ReplyDelete
  3. macam macam sekarang ni..mintak dijauhkan daripada manusia macam tu..

    entri terbaru : Cara Membuat Tab Menu

    ReplyDelete
  4. minta jauh la dr keturunan kita smua.. amin..

    ReplyDelete
  5. gay pun xleh caye gak ye zaman sekarang ni.. ahakz

    ReplyDelete
  6. ee..tkut nye, kang x pasal2 kena HIV..

    ReplyDelete
  7. Ha ha ha... Dah la kena tipu, duit pulak kena kebas, kena sodok belakang, lepas tu kena HIV pulak tu. Ha ha ha... Guling-guling gelak.

    ReplyDelete