Nak supper waffle tak kawan- kawan?

~Nak supper waffle tak kawan- kawan?.. Silakan, silakan..Rasanya boleh buat penkek juge ni.. Teringat masa menonoton Nigella Ekspress haritu, dia preparekan adunan tepung siap-siap. Jadi masa nak buat tu cuma tambahkan telur sahaja. Ekspress kan?

Haritu dah buat sekali kat SINI. (sumber)

Bahan-bahan ( 3 set x 5 keping )

  • 2 biji Telur
  • 3/4 cwn Susu segar
  • 2 tbsp Minyak sayur
  • 1 cwn Tepung
  • 1 1/2 tsp Baking powder
  • 1 1/2 tsp Gula
  • 1/2 tsp Garam

Cara-cara

  1. Panaskan electric waffle maker.
  2. Pukul telur sehingga berbuih sedikit. Campurkan susu & kesemua bahan2 lain. Campurkan sehingga sebati.
  3. Dsc02762
    Tuangkan ke dlm waffle maker & tutup sehingga masak (waffle maker ada mcm2 brand, jadi ikut arahan memasak spt tertera dlm manual waffle maker anda). Tips - jgn tuang adunan terlalu sedikit nanti tak nampak pattern ataupun jika terlalu byk adunan, ia akan melempah & bentuk pun kurang menarik.
  4. Hidangkan dgn topping kegemaran anda seperti madu, maple syrup, icrecream atau jem.

8 comments: