PETALING JAYA: Isteri kepada pelakon popular Zul Huzaimy, 33, Nor Dalilah Muhammad, 29 mengesahkan mereka sudah bercerai talak dua dan didaftarkan pada 1 Julai 2010 di Mahkamah Rendah Syariah Kajang.
Menurut Dalilah sebelum itu, mereka pernah mengalami konflik pada hujung tahun 2009 dan masing-masing telah menetapkan syarat untuk berbaik semula selepas kejadian berkenaan.
"Memang selepas itu Zul banyak berubah dan dia tidak seperti dahulu. Malah selepas penceraian tersebut, Zul berhasrat untuk merujuk semula dan merancang ingin melangsungkan perkahwinan secara rasmi.
"Bagaimanapun, mungkin kami tidak ada jodoh, perancangan itu tidak menjadi dan kami berpisah secara baik. Anak kami, Awal Haziq, 5, pun dah faham dengan keadaan yang berlaku," katanya yang dihubungi mStar Online, Ahad.
Tambah Dalilah, walaupun umum tidak tahu tentang hal penceraian mereka, rakan-rakan terdekat serta keluarganya sudah pun mengetahui hal tersebut.
yang jadi mangse ...anak...kesian
ReplyDeletekesain..igtkan tak kawin lagi :-p
ReplyDeletedah lame juge ye
ReplyDeleteehh ? ingt kan die belomm khwin lgi..hehe... hmmmm , mgkin x ade jodoh tuh ..
ReplyDeleteerm.. bercerai gak la nih.. ingt xjadi.. abis xngaku.. huhuhu.. dah xdak jodoh kan, nak buat camane.. redhakan jer la..
ReplyDeletesedihnya bila perhubungan terputus di tgh jalan..
ReplyDeleteemm dh bcerai ekk.br tau nie..thankz 4 d info..
ReplyDeletetak tau nak kata dah.. sedih.
ReplyDeleteartis.. kawin cerai macam permainan dorang je..
ReplyDelete