HARRODS Cafe sememangnya terkenal dengan masakan Barat dan Asia Barat yang menjadi kegemaran ramai. Suntikan dekorasi yang memukau menambahkan lagi nilai eksklusif restoran yang terletak di tingkat satu, pusat beli-belah Suria KLCC itu.
Sama seperti restoran-restoran lain di seluruh negara, pada bulan puasa yang penuh keberkatan, restoran itu turut menghidangkan hidangan istimewa Ramadan untuk para pelanggan mereka.
TELUR dadar dengan isi ayam dan sayuran.
Kali ini, Chef Tony Cham yang bertanggungjawab menyediakan menu juadah yang berbeza setiap hari.
Daripada puluhan menu yang diketengahkan, apakah menu istimewa yang disediakan di kafe mewah itu? Jawapannya ialah kurma goreng.
"Kurma yang disalut tepung, kemudian digoreng sehingga garing merupakan hidangan eksklusif kami di sini. Santapan akan lebih sempurna sekiranya pelanggan memesan teh tarik Harrods. Rasanya sangat berbeza kerana daun teh di kafe ini diimport khas dari Harrods, London," katanya kepada Kosmo! baru-baru ini.
BOLEHLA CUBA NANTI YE...
xpenah dengor & xpenah makan. pelik tp, benor nih!
ReplyDeletetak pernah terlintas di fikiran..
ReplyDeleteOrg UK mmg agak pelik. Semua nak digoreng. Snickers pun nak digoreng celup tepung. Ouh! Niekan lak buah tamar?
ReplyDeletewahh boleh try nieee
ReplyDeletemsti cm rase ayam jugak heheh
sedap ker hah..? cam pelik jer.
ReplyDeletesatu kelainan...nak try tapi macam tak leh nak terima je...
ReplyDeleteWow...sedap x..xde gamba ke
ReplyDelete