RAMADHAN BULAN SIBUK- waktu bayar ZAKAT FITRAH.
Waktu yang paling afdhal melunaskan zakat fitrah ialah sebelum berdirinya Solat Sunat Hari Raya. Waktu wajib mebayar pula ialah pabila terbenam matahari akhir 30 ramadhan sehingga terbit matahari 1 Syawal. Waktu sunat pula ialah di sepanjang bulan Ramadhan. Selalunya aku mengambil waktu ini untuk membayar zakat fitrah keluarga supaya tidak lupa kalau berlengah-lengah. Kalau selepas solat sunat hari raya baru nak bayar jatuh makruh pula. Lagi teruk kalau lepas terbenam matahari satu Syawal. Dah jadi haram pula. Aku mula membayar sendiri zakat fitrah diri ketika berumur 22 tahun. Maka di umur anak-anakku sekarang, memang selayaknya mereka memikul sendiri tanggunjawap ini. Biarlah mereka belajar sebagaimana aku dulu diajar oleh abah!
2 comments:
CS @ Mama AA's
August 12, 2011 at 7:21 PM
berlima utk tahun ke 2...
Reply
Delete
Replies
Reply
insan marhaen
August 12, 2011 at 7:22 PM
Tunggu gaji nanti baru nak bayar zakat fitrah.. he..he..
Reply
Delete
Replies
Reply
Add comment
Load more...
‹
›
Home
View web version
berlima utk tahun ke 2...
ReplyDeleteTunggu gaji nanti baru nak bayar zakat fitrah.. he..he..
ReplyDelete