Anak anak DEMAND. Ibu jadi mangsa..

~BETAPA SEORANG IBU SANGGUP MENCURI DEMI ANAK ANAKNYA.. ISK..

Akibat mahu memenuhi permintaan anak, seorang ibu dijatuhi hukuman penjara tujuh hari dan didenda RM3,500 oleh Mahkamah Majistret di sini semalam atas tuduhan mencuri pakaian dan peralatan bayi bernilai RM1,451.10 di sebuah pusat beli-belah di sini tahun lalu.
Majistret Muhammad Hazri Hanafi menjatuhkan hukuman itu terhadap tertuduh, Aisyah Abd. Wahid, 30, selepas ibu kepada dua orang anak berusia sebulan dan empat tahun itu mengaku salah atas pertuduhan terhadapnya.
Tertuduh didakwa dengan niat curang telah mencuri 30 barangan termasuk pakaian, peralatan bayi dan permainan kanak-kanak di Jaya Jusco Ayer Keroh di sini pada pukul 5.30 petang, 10 November 2011.
Antara 30 barangan yang dicuri ialah empat unit fail Disney Princess, permainan Transformers, enam jenis sarung tangan bayi pelbagai jenama seperti Puppy Wink dan Baby Anakku, empat pasang baju kanak-kanak jenama Miki Kids, enam pasang seluar pendek jenama Miki Kids House yang kesemuanya bernilai RM1,451.10.

18 comments:

  1. Kenapa sanggup mencuri? Erm..kesian..

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum Nur

    begitulah pergorbanan seorang ibu..

    bagaimana kalau mencuri berjuta2 yer...

    ReplyDelete
  3. aduyaiii..

    curi plak kat Jusco tu

    pengorbanan betul...tp salah

    ReplyDelete
  4. Sallam Nur,

    Bagi saya ini bukan pengorbanan untuk anak, tapi memang sengaja perangai dia suka mencuri.

    ReplyDelete
  5. Ini bukan pengorbanan, tengoklah barangan yang dia curi..
    Adeh.. !!! X nak komen lebih2...panjang lak bebelnye nnti.

    ReplyDelete
  6. macammana boleh fikir begitu? kekadang tak faham!

    ReplyDelete
  7. Kalau sayang, kenapa dia ambik risiko begitu, sapa pulak nak jaga anak2 dia masa dia dipenjara tu, dah tu kena keluar duit lebih lagi untuk bayar denda...adoi..

    Semoga dia insaf demi anak2nya..

    Salam perkenalan :)

    ReplyDelete
  8. Ish...sedih sgt! Demi menjaga imej anak utk dilitupi pakaian berjenama. Saya sedih...serius sy sedih sgt!

    ReplyDelete
  9. Huda..
    dah tak terfikir jalan lain kot.

    ReplyDelete
  10. Wkmslm TuanHaji..
    Kalau berjuta-juta dah boleh jadi jutawan.. hehe.. penjara pun sekejap aja.. :)

    ReplyDelete
  11. bukankosong..
    betul tu.. cara mencuri tu sememangnya salah.

    ReplyDelete
  12. LipisLady,
    wkmslm..
    kalau dah tabiat mmg susah nak hilangkan..

    ReplyDelete
  13. kakYa..
    a a kan.. kalau betul terdesak minta tolong aja la..

    ReplyDelete
  14. IM..
    susah juga nak memahami orang ni..

    ReplyDelete
  15. Dinas Aldi..
    salam perkenalan..
    itula kan.. kesian kat anak anak bila maknya kena penjara..

    ReplyDelete
  16. lady..
    hmm.. tak terkomen kan..

    ReplyDelete
  17. Fara..
    kalau tak berjenama tak trendy la.. (boleh ke fikir camtu..)

    ReplyDelete