Ulangkaji: Ibadah Puasa.

~JANGAN SILAP FAHAM. INI UNTUK DIRI SENDIRI. KENA DIINGATKAN. SAMBIL TU NAK BERKONGSI DENGAN KAWAN-KAWAN.

s:darunuman.com


PENGERTIAN PUASA 
  • Puasa ertinya menahan diri dari makan dan minum dan dari segala perbuatan yang boleh membatalkan puasa, mulai terbit fajar hinggalah terbenam matahari.
PUASA WAJIB
  • Puasa bulan Ramadan, puasa kifarat dan puasa nazar.
PUASA SUNAT 
  • Puasa enam hari pada bulan Syawal
  • Puasa hari Arafah
  • Puasa Hari Asyura pada 10 Muharam
  • Puasa bulan Syaaban
  • Puasa Isnin dan Khamis
  • Puasa tengah bulan iaitu 13,14,15 pada tiap-tiap bulan qamaria (tahun Hijrah)
PUASA MAKRUH
  • Puasa yang terus menerus sepanjang masa
  • Tidak termasuk dua hari raya dan hari tasyriq
PUASA HARAM
  • Puasa pada hari raya pertama Aidil Fitri
  • Puasa pada hari raya pertama Haji
  • Puasa tiga hari sesudah hari raya haji atau hari tasyriq iaitu pada 11,12, dan 13 Zulhijjah.
SYARAT WAJIB PUASA
  • Berakal
  • Akhir Baligh (Cukup umur)
  • Kuat atau mampu mengerjakan puasa
SYARAT SAH PUASA
  • Islam
  • Mumayyiz (dapat membezakan yang baik dan buruk)
  • Suci daripada haid dan nifas
  • Dalam waktu yang dibolehkan berpuasa.
RUKUN PUASA
  • Berniat - Pada malam selama bulan Ramadhan hendaklah berniat di dalam hati bahawa kita akan mengerjakan puasa pada hari esok.
  • Menahan diri daripada segala yang membatalkan semenjak terbit fajar sampai terbenam matahari.
PERKARA YANG MEMBATALKAN PUASA
  • Makan dan minum dengan sengaja.
  • Muntah dengan sengaja.
  • Bersetubuh tanpa keluar mani pada siang hari bulan Ramadhan.
  • Keluar darah haid atau nifas.
  • Gila.
  • Keluar mani akibat bersetubuh dengan perempuan. Tetapi keluar mani kerana bermimpi tidak membatalkan puasa.
ORANG YANG DIIZINKAN BERBUKA ATAU TIDAK BERPUASA
  • Orang yang sakit.
  • Orang yang dalam perjalanan jarak jauh melebihi 52 batu atau 80.64 km.
  • Orang tua yang sudah lemah.
  • Orang yang hamil dan orang yang menyusukan anak.

4 comments:

  1. Sy ambil kesempatan ini utk mengucapkan Salam Ramadhan buat Nur dan keluarga. Semoga Ramadhan kali ini membawa seribu keberkatan dan manfaat.

    ReplyDelete
  2. thanks for sharing this kak..
    salam ramadhan.. :)

    ReplyDelete