ALL IN ONE

Kematian Syaleza.

~semoga keadilan dapat ditegakkan...


SHAH ALAM: Polis mengambil keterangan 10 individu bagi membantu siasatan kes eksekutif pentadbiran stesen televisyen TV9, Syaleza Jaffar yang ditemui mati di rumahnya di Apartmen Saujana, Damansara Damai, Petaling Jaya, Sabtu lalu.

Timbalan Ketua Polis Selangor, Datuk A Thaiveegan, berkata dua daripada 10 individu itu ialah rakan sekerja allahyarham manakala lapan lagi adalah jiran terdekatnya.
"Polis akan mengumpul kesemua bukti berdasarkan keterangan yang diambil, dan kita berharap kes ini dapat diselesaikan dengan kadar segera dengan adanya keterangan ini," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor, di sini, hari ini.

Beliau berkata, berkemungkinan ada beberapa saksi lagi yang akan dipanggil untuk dirakamkan percakapan mereka berkaitan kes itu. 
Syaleza, 31, ditemui mati oleh suaminya dalam bilik tidur rumah mereka, dan hasil bedah siasat menunjukkan terdapat kesan jerutan di leher wanita itu.

Susulan itu, polis menahan seorang lelaki yang juga anggota keluarga terdekat Syaleza di Segamat, Johor pada jam 10.15 malam pada Ahad lalu bagi membantu siasatan kes itu. 
Thaiveegan berkata, setakat ini tiada tangkapan baru dibuat dan lelaki yang bekerja di bahagian teknologi maklumat di sebuah firma itu direman sehingga 6 Ogos.
Kes itu disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.
- BERNAMA

nur
Share

2 comments:

  1. ieja amiejaAugust 2, 2012 at 3:30 PM

    semoga keadilan dapat ditegakkan..
    bulan2 pose mcm ni pun kes2 bunuh x berkurangan..eloknya yg membunuh tu dihukum bunuh..eh..eh..mmg la kan klu sabit kesalahan..

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  2. JunAina August 2, 2012 at 3:47 PM

    Al-Fatihah...tak mampu berkata2 andainya benar suami dia yg lakukan. Org yang paling dekat dan paling dikasihi...siapa sangka.

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
Add comment
Load more...

‹
›
Home
View web version

About Me

My photo
nur
NUR dari ALL IN ONE
View my complete profile
Powered by Blogger.