Nak Souvenier best?

Langkah Penambahbaikan selepas kes Ragut.


KOTA BHARU – Seramai 157 anggota polis wanita beruniform akan ditugaskan di 15 kawasan pusat tumpuan beli-belah di sini, bagi menasihati orang ramai, terutama wanita agar sentiasa berwaspada dengan kejadian ragut.
Ketua Polis Kelantan, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman berkata, anggota polis wanita berkenaan akan ditugaskan selama lapan jam sehari sebagai langkah terbaharu pasukan itu untuk mengekang jenayah ragut di jalanan.
"Kita akan tempatkan anggota polis wanita itu secara berkumpulan, terutama di pusat tumpuan wanita membeli-belah dan anggota tersebut akan menasihati tingkah laku pembeli yang dilihat cuai supaya lebih berhati-hati,” katanya kepada pemberita selepas melawat mangsa ragut, Rohairani Abdullah @ Ibrahim, 36, di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZII) di sini, hari ini.
Dalam kejadian kira-kira 1 tengah hari semalam, Rohairani baru saja keluar dari keretanya dan ingin ke kedai pakaian untuk membeli tudung sebelum ditetak seorang pembonceng motosikal selepas gagal meragut beg tangan mangsa.
Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat turut melawat Rohairani yang ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) HRPZII selepas pembedahan menyambung urat tangannya yang putus itu selesai kira-kira pukul 7 pagi ini. – BERNAMA

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...