KEMATIAN mengejut wartawan penyiaran NBC News, Tim Russert, 58, dan Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Razali Ismail, 59, pada tahun 2008 memeranjatkan ramai orang.
Tidak terkecuali Ahli Parlimen Bukit Gantang, Roslan Shaharom, 50, dan penyanyi kumpulan nasyid Rabbani, Mohamad Asri Ibrahim, 40, pada tahun 2009.
Kesemua mereka meninggal dunia selepas mengalami serangan jantung.
Biarpun begitu, petanda awal kepada serangan jantung itu sudah diduga kerana masing-masing merupakan penghidap diabetes.
Perkara tersebut diakui oleh Ketua Endikronologi, Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM), Dr. Nor Azmi Kamaruddin.
Jelas Nor Azmi, selain daripada kesan fizikal seperti gangren iaitu anggota tubuh mati atau membusuk akibat diabetes, penyakit itu juga menjadi pencetus kepada pelbagai penyakit kronik yang lain.
“Ramai orang yang hanya mengaitkan diabetes dengan kesan buruk yang berakhir dengan kaki pesakit terpaksa dipotong. Namun, hakikatnya ia boleh menyumbang kepada masalah kesihatan seperti kegagalan fungsi buah pinggang, katarak mata, sakit jantung dan serangan angin ahmar,” kata Nor Azmi.
Menurut kajian di Amerika Syarikat, sakit jantung yang berpunca daripada diabetes merupakan sebab utama kematian di negara itu iaitu sebanyak 55 peratus. Sebanyak 10 peratus pula kematian disebabkan angin ahmar yang berpunca daripada diabetes.
~JAGA MAKAN,, AMALKAN GAYA HIDUP SIHAT..
Salam pagi jumaat NUR,
ReplyDeleteBahaya sakit diabets nih...kalau ade keturunan yang ada sakit ni, as a young generation kite perlu amalkan gaya hidup yg sehat...
diabetes ~ boleh berkait2 dgn penyakit lain -__- bad ! bad !
ReplyDeletekira pakej la tu..
ReplyDeleteKakak baru ambil yearly medical check-up kakak malam tadi. Semua alhamdulillah tapi ada satu yg kurang baik - kolestrol - So kakak disarankan melakukan lebih senaman. Takut juga nie..
ReplyDeleteelak kan
ReplyDeletekurangkan manis..
ReplyDeletesayangnya ramai yang tak faham.. diabetes bukan sebab manis gula semata mata..punca utamanya adalah karbohidrat.. refine carb..
ReplyDeletetq berkongsi ye!
ReplyDeleterisau plak kat ayah bila baca nie..=.='
ReplyDeleteyep betul. penyakit ni bukan boleh dibawa main2x. thanks bagi info yang berguna :D
ReplyDeleteMohon kite dijauhkan.. Jaga kesihatan...
ReplyDeletesalam kenal nur ... tq share info .. diabetes .. atau segala penyakit .. jauhi dan amalkn gaya pemakanan dan hidup yg sihat..:)
ReplyDeletenice...thanks for sharing...=)
ReplyDelete