Bila nur menonton berita, sejak semalam disiarkan tentang Kursus Perdana Haji yang diadakan di Selangor. Kursus yang diadakan ni memang nampaknya macam betul-betul rehearsal atau raptai bagi bakal jemaah Haji yang akan menunaikan haji nanti. Siap dengan model Kaabahnya, dan peserta yang ramai (khabarnya lebih kurang 4000 orang tu ), memang menaikkan suasana Haji itu sendiri.
Seronok melihat wajah-wajah ceria mereka yang bakal ke sana. Dalam liputan tu juga Tabung Haji menyatakan akan mewujudkan satu talian untuk jemaah haji yang mempunyai persoalan atau keraguan semasa menjalankan ibadah itu nanti.
Bertambah senang dan mudahnya jemaah haji kini ye. Kalau zaman dolu-dolu, moyang kita terpaksa menaiki kapal laut berbulan-bulan lamanya.. Syukurlah..Bila pula turn kita nanti. Doa-doakanlah dapat rezeki menunaikan rukun Islam ke 5 itu nanti.
andai ada rezeki lebih, terus je ke sana.. jangan tunggu umur nak tua baru nak pergi.. masa kudrat tgh kuat ni la kena pergi sana
ReplyDeletebagus ni.. atleast kita dh dapat tahu caranya yg betul sebelum kita merasai keadaanya yg sebenar
ReplyDeleteSemoga kita semua dipermudahkan untuk menuju ke sana..
ReplyDeleteAlangkah indahnya jika kita telah menunaikan haji,
tak dapat dibayangkan ....
kne plan masa muda ni la...
ReplyDeletemasa tgh sihat walafiat patut kerjakan haji, betul tak?
Assalamualaikum Nur
ReplyDeletepertama kali kita rasa tak yakin boleh...tapi sampai disana...Insyaallah...berjalan lancar
dgr2 pon derg yg g haji ni sme hepi2. hrp2 tuhan beri peluang menjejakkn kaki ke sana
ReplyDeleteinsyaallah kalau ada peluang
ReplyDeleteMemang seronok betui nampak muka bakal2 haji tu kan. Sape yg x mao jd tetamu Allah kan..
ReplyDeleteKursus Asas Haji 2011 anjuran Masjid As-Sobirin dengan kerjasama Tabung Haji Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Penceramah ialah Ustaz Drs Sapawi ...
ReplyDeleteAssalamualaikum....
ReplyDeleteIa merupakan pengalaman yang bermakna untuk saya dan isteri kerana telah terpilih untuk menunaikan haji pada tahun ini....
Semoga urusan kami dan semua jemaah haji di seluruh dunia dipermudahkan....