Kawasan Tercemar kat mana?

~Sayang sekali.. inila padahnya kalau tak jaga alam sekitar.. Apa nasib anak cucu cicit kita pada masa mendatang?


HAMPARAN sawah padi yang menghijau, layang-layang berterbangan di udara dan suara kanak-kanak ketawa keriangan menghiasi suasana kampung Sukamaju yang terletak di bahagian Jawa Barat, Indonesia.
Namun di sebalik suasana indah itu, bau busuk menusuk hidung penduduk di situ. Longgokan sampah dan plastik yang mengalir dalam aliran Sungai Citarum membunuh keindahan kampung tersebut.
Sungai sepanjang 297 kilometer itu dianggap sebagai tong sampah akuatik yang merentasi Kepulauan Jawa dan pusat bandar raya Indonesia iaitu Jakarta.
Dilabel sebagai kawasan yang tercemar di dunia oleh agensi suruhanjaya kerajaan tempatan dan badan bukan kerjaan (NGO) yang terlibat dengan tahap kebersihan, sungai tersebut merupakan satu-satunya sumber air kepada 15 juta rakyat Indonesia walaupun ia berisiko kepada kesihatan dan tanaman penduduk di negara itu.

6 comments:

  1. salam jumaat
    bagus perkongsian hari ini

    ReplyDelete
  2. cuba bayangkan kalau terjadi di Malaysia? syukur setakat ni pembuangan sampah di sungai-sungai masih terkawal kan?

    bersama2lah menjaga kebersihan.

    blogwalking and following :) thanks for sharing!

    Dyla Qistina

    ReplyDelete
  3. tq share info ini, KA mmg tak tau

    ReplyDelete
  4. setiap org kena la bertangungjawab dlm memelihara alam semula jadi dari tercemar, jangan harap pihak berkuasa je .. :/

    www.anastasyea.com

    ReplyDelete
  5. mekasih share...
    sbnrnnya sbg manusia, kita semua wajib mjga kebersihan.

    ReplyDelete