warga emas mati dipercayai....

~adakah mangsa ni memang di target untuk dicederakan atau tidak disengajakan.. bahaya jugak ye kawasan2 rumah tinggi ni.. lain kali kena pakai helmet sentiasa..


GEORGE TOWN: Seorang warga emas mati dipercayai akibat terkena lontaran batu di flat Projek Perumahan Rakyat di Sungai Pinang pada Sabtu.

Koi Phen Chan, 64, pemandu kereta 'sapu' (teksi tanpa lesen) dari Jalan Perak mati di tempat kejadian akibat kecederaan di bahagian kepala.

Ketua Polis Daerah Timur Laut ACP Gan Kong Meng berkata siasatan awal polis mendapati mangsa mati akibat pendarahan teruk di bahagian kepala.

Menurutnya polis juga menjumpai seketul batu seberat 200 gram yang dipercayai dilontar oleh suspek dari tingkat atas flat berkenaan

14 comments: