Buku A Doctor In The House: The Memoirs of Tun Dr. Mahathir Mohamad

~Jualan hebat tu.. Ada sesiapa dah beli?.. Dah baca?

KUALA LUMPUR - Buku A Doctor In The House: The Memoirs of Tun Dr. Mahathir Mohamad mendapat sambutan luar biasa dengan mencatat jualan lebih 5,000 naskhah pada hari pelancarannya kelmarin.

Penerbit buku itu, MPH Group Publishing Sdn. Bhd. mendakwa inilah buku pertama di Malaysia yang mencatat jualan sebanyak itu pada hari pelancarannya.

Pengurus Besarnya, Ivy Tan berkata, sasaran awal MPH hanya 1,000 naskhah.

Katanya, setakat ini pihaknya telah menerima lebih 300 tempahan dari luar negara seperti Amerika Syarikat, Brunei, Jerman, Jepun, Indonesia dan Singapura.

"Kami terpaksa menambah bekalan selepas banyak penjual mengadu kehabisan stok," katanya ketika dihubungi di sini semalam.

Buku setebal 843 muka surat dan berharga RM100 senaskhah itu mengambil masa lapan tahun untuk disiapkan.

9 comments:

  1. wooahh...amik mase 8 tahun nak siapkan..

    ReplyDelete
  2. klu 8 taun mesti teliti penulisannya...satu buku yg perlu ada dlm koleksi...bila lar nak beli ek

    ReplyDelete
  3. nak sgt buku nie..adoi..nk kumpul duit skola la camni!

    ReplyDelete
  4. aku nak beli..
    8 tahun-800 muka surat..
    buat koleksi ok

    ReplyDelete
  5. Dr M ckp kena bace dgn hati terbuka

    ReplyDelete
  6. Buku yang sudah pasti saya akan miliki. Dah bg tau hubby yang saya nak satu... bila bole dpt tak tau...hehheheh

    ReplyDelete
  7. 5000 naskhah?? memang betul2 best r ni.. waahh

    ReplyDelete