Nak Souvenier best?

Showing posts with label Harry Potter. Show all posts
Showing posts with label Harry Potter. Show all posts

Dah tengok HARRY POTTER?

SHARINGINFOZ DA TGK DUA KALI.. SIAPA LAGI YG DAH TENGOK LEBIH DARI SEKALI?CECITER...

LOS ANGELES: Filem terakhir siri Harry Potter mencatatkan rekod box office untuk tayangan hari pertama.

Pengedar, Warner Bros melaporkan, ‘Harry Potter and the Deathly Hallows: Part 2" mencatatkan jualan tiket sebanyak $92.1 juta (RM276.3 juta di Amerika Syarikat pada tayangan pembukaan Jumaat lalu.


Jumlah itu melebihi RM60 juta berbanding pemegang rekod lalu, ‘The Twilight Saga: New Moon.’ - AP

HARRY POTTER.

NEW YORK, Amerika Syarikat (AS) - Aktor Matthew Lewis yang popular menerusi watak seorang pelajar gemuk dalam filem pertama Harry Potter mengejutkan ramai peminatnya apabila menjadi seorang pemuda kacak setelah dewasa, lapor sebuah akhbar semalam. Dalam filem Harry Potter and the Sorcerer's Stone yang ditayangkan pada 2001, Lewis melakonkan watak pelajar sekolah sihir Hogwarts, Neville Longbottom ketika dia berusia 11 tahun.

Perubahan fizikal yang dialami Lewis menyebabkan para peminat filem itu terkejut dengan penampilan aktor tersebut semasa dia menghadiri tayangan perdana filem terakhir Harry Potter: Harry Potter And The Deathly Hallows (Bahagian Kedua) di sini pada minggu lalu. Susuk tubuh dan wajah pelakon tersebut banyak berubah selepas sedekad dia berlakon dalam siri filem berkenaan yang mengisahkan pengembaraan seorang ahli sihir remaja, Harry Potter yang dilakonkan oleh Daniel Radcliffe menentang kuasa jahat Lord Voldemort lakonan Ralph Fiennes.

Semasa melakonkan watak Neville dalam lapan filem Harry Potter, Lewis memakai gigi palsu berwarna kuning, kasut besar dan telinga palsu supaya organ tersebut kelihatan lebih panjang. Dalam satu wawancara baru-baru ini, Lewis secara berjenaka mengaku bahawa wanita lebih menakutkan berbanding ahli sihir jahat Lord Voldermordt yang menjadi musuh ketat Harry Potter. - Agensi

Filem Harry Potter and the Deathly Hallows

ada ke orang yang tak tengok cerita ni or tak baca buku cerita dia?kenapa ye?.. dan apa yang best sangat cerita harry potter ni?anda nilaila sendiri.. sampai box office takkan tak best kan.. haritu ada menonton kat OPrah show, interview dengan JK Rowling tu.. share experience dia dari mula dia menulis yang mana awal awal tu ramai publisher yang tolak cerita ni, last last sekelipan je jadi jutawan.. nama asal dia pun joanne rowling sebab pada awalnya publisher taknak bagitau yang penulis ni sebenarnya perempuan..

dari kosmo
LONDON - Filem Harry Potter and the Deathly Hallows: Part 1, yang merupakan bahagian pertama daripada buku terbaru karya J.K. Rowling mencatatkan kutipan box-office di United Kingdom (UK) pada tayangan hujung minggu dengan perolehan kasar mencecah AS$29.2 juta (RM91.4 juta), menurut kenyataan Screen International.

Filem yang mengisahkan tentang sekumpulan ahli sihir itu turut memecahkan rekod box-office di seluruh dunia dengan memperoleh AS$330 juta (RM1.03 bilion).

Menurut kenyataan pihak Warner Brothers, di Amerika Syarikat (AS), filem itu mendapat kutipan sebanyak AS$125 juta (RM391 juta).

"Ini hanya permulaan bagi filem kedua terakhir francais Harry Potter," kata ketua pengedaran filem itu di AS, Dan Fellman.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...