OH.. KEMPUNAN RUPANYA..
JAGUH negara, Datuk Lee Chong Wei terus kempunan untuk merangkul kejuaraan dunia. Biarpun tampil selaku pemain No. 1 dunia, Chong Wei sekali lagi dibayangi kehandalan seteru utamanya dari China, Lin Dan.
Pada aksi final Kejohanan Badminton Dunia di Arena Tertutup Wembley, London semalam, Chong Wei tumbang dalam pertarungan tiga set.
Meskipun berjaya mencatatkan kemenangan 22-20 pada set pertama, Chong Wei terpaksa akur dengan kehebatan Lin Dan yang tampil dengan aksi penuh bertenaga untuk menang dua set berikutnya 21-14, 23-21.
Kejuaraan dunia yang dirangkul oleh Lin Dan itu merupakan yang keempat sepanjang kariernya.
Jaguh China berusia 28 tahun itu pernah bergelar juara dunia sebanyak tiga kali iaitu pada edisi 2006, 2007 dan 2009.
Sebaliknya, Chong Wei yang telah mencecah usia 29 tahun sekali lagi terpaksa melupakan hasrat muncul juara dunia selepas membuat penampilan sulung di Anaheim, Amerika Syarikat pada 2005.
Pencapaian terbaik Chong Wei sekadar mara ke peringkat separuh akhir kejuaraan dunia edisi 2005.
Sementara itu, pasangan China, Yu Yang/Wang Xiaoli muncul juara beregu wanita selepas menewaskan rakan senegara mereka iaitu Tian Qing/Zhao Yunlei 22-20, 21-11.
Showing posts with label Keputusan perlawanan badminton antara Taufik Hidayat dan Lee Chong Wei. Show all posts
Showing posts with label Keputusan perlawanan badminton antara Taufik Hidayat dan Lee Chong Wei. Show all posts
Perlawanan Akhir Badminton: Lee Chong Wei & Taufik Hidayat
Sekarang ni berlangsungnya perlawanan antara Lee Chong Wei dan Taufik Hidayat. Ada kelebihan sebab perlawanan ni dilangsungkan di Tanah Air kan.. Ada tak yang tak suke tengok badminton.. Kalau sebut tentang badminton ni pasti selain Datuk Lee Chong Wei.. nama keluarga Sidek takkan dilupakan. Antara nama yang gah dalam arena sukan badminton negara kan.. Misbun Sidek dan Rashid Sidek tu nama yang melakar sejarah negara..
Kalau tengok perlawanan badminton Taufik Hidayat dan Lee Chong Wei ni kan, berdebar debar rasanya.. Mana taknya, setiap pukulan tu mestila mengharapkan mata untuk Lee Chong Wei.. Lepas tu, kalau silap.. mesti rasa kecewa.. Tak payah tonton, cukup dengan hebahan pengulas dan teriakan penyokong, dah boleh membayangkan debaran setiap pukulan tu..
Tadi kalau tak silap terdengar suara perempuan yang ulas perlawanan badminton tu. Pada perlawanan sebelum ni. Rasa janggal pula ye.. Biasanya suara Datuk Hasbullah Awang ke, Datuk Rahim Razali ke.. Mungkin satu pembaharuan ye.. Biasala kalau pembaharuan ni susah sikit nak terima ye.. Lama lama oke la tu..
Oke la.. Jom layan badminton akhir antara Lee Chong Wei dan Taufik Hidayat ni.. 'Permainan Tenang".. Zass.. Nanti keputusan camne ye.. Predict..

Subscribe to:
Posts (Atom)