Nak Souvenier best?

Showing posts with label OKU. Show all posts
Showing posts with label OKU. Show all posts

Anak Kelainan Upaya.

ANAK ITU MEMANG ISTIMEWA..


“Berbanding kanak-kanak normal, anak sindrom Down lebih sensitif, emosi mudah terganggu dan mereka cepat marah kerana lebih manja berbanding adik-beradik lain.
“Paling tidak tahan apabila dia mengamuk di depan orang ramai. Saya bimbang orang yang memandang berfikir bahawa anak dia mengamuk kerana saya memukulnya,” jelas pensyarah universiti swasta itu.
Disebabkan itu katanya, dia sekeluarga memberi perhatian lebih kepada Nur Izzaty dan banyak bermuhasabah diri supaya sentiasa bersabar menghadapi kerenahnya.
“Kalau dahulu, apabila tidak dapat pujuk, saya akan dukung dia tetapi kini dia sudah besar dan tidak mampu untuk didukung lagi.
“Jadi, kalau ke mana-mana saya akan pastikan tidak melalui kedai-kedai permainan kerana bimbang dia akan meminta yang bukan-bukan,” katanya.
Rasli memberitahu, Nur Izzaty yang mula berjalan pada usia tiga tahun kini mampu menguruskan dirinya termasuk menggunakan komputer, tetapi kadangkala akan merosakkan barang-barang di rumah apabila dia ‘meragam’.
“Nur Izzati suka membuli ibunya kerana ibunya lembut hati, malah kadangkala dia sengaja merosakkan barang yang diberikan termasuk komputer sebagai tanda protes.
“Tetapi semasa moodnya baik, dia amat mudah bergaul, malah dia amat sayangkan dua orang anak buahnya serta bersikap baik di sekolah,” katanya.

OKU kecacatan pendengaran 5

Pemulihan

Bila untuk mulakan rawatan pemulihan?

  • Intervensi awal perlu bermula sebaik sahaja kanak-kanak mula dikesan mengalami masalah pendengaran seawal usia 6 bulan lagi
  • Beri ibubapa makumat dan pendidikan tentang pendengaran yang normal,pertuturan dan perkembangan bahasa
  • Rujuk untuk program intervensi awal kepada:
    • Pakar Telinga, hidung & tekak, 'speech pathologist, audiologist' di hospital
    • Klinik Kesihatan
    • 'Community Based Rehabilitation Centre'
    • Pertubuhan bukan kerajaan (NGO)
    • 'Integrated School' oleh Kementerian Pendidikan
    • Sekolah pendidikan khas
    • Sekolah cacat pendengaran oleh Kementerian Pendidikan

Di mana untuk mendapatkan alat bantuan pendengaran?

  • Dapatkan nasihat dari Audiologist

Bagaimana untuk mendaftar sebagai orang kurang upaya?

  • Setelah diagnosis disahkan, dapatkan borang pendaftaran dan cadangan penempatan dari klinik kesihatan/Jabatan Kebajikan Masyarakat/Jabatan Pendidikan

Siapa yang akan membantu dalam pendaftaran tersebut?

  • Doktor yang memeriksa anda akan mengisi borang-borang tertentu.
Apakah faedah yang boleh anda dapati melalui pendaftaran tersebut?

Bagaimana untuk mendapatkan penempatan pekerjaan?

  • Kementerian Sumber Manusia
  • NGOs

OKU kecacatan pendengaran 4

Saringan Cacat Pendengaran

Bagaimana mengesan kehilangan pendengaran awal?

  • Adalah tidak mustahil untuk mengetahui pendengaran bayi seawal sebulan selepas dilahirkan.
  • Penilaian pendengaran perlu dibuat apabila punca-punca yang disenaraikan di atas terdapat pada bayi tersebut atau pada bila-bila masa masalah tersebut disyaki berlaku.

Pengurusan dan rawatan

Adalah lebih baik untuk menyenaraikan langkah-langkah pengurusan dan rawatan mengikut jenis-jenis kecacatan pendengaran.

  1. Jenis 'conductive'
    Kebanyakkan kecacatan jenis ini boleh dirawat menggunakan rawatan ubat dan pembedahan.
    • Tahi telinga/kotoran yang menyumbat - buang kotoran tersebut
    • Jangkitan kuman pada bahagian rongga tengah telinga - ubat dan pembedahan
    • 'Otosclerosis' - pembedahan pada telinga
    • Menggunakan alat bantuan pendengaran jika kaedah ubat dan pembedahan bukan pilihan

  2. Jenis 'sensorineural'
    Kebanyakkan kecacatan jenis ini melibatkan kehilangan pendengaran yang kekal dan tidak dapat dipulihkan dengan menggunakan ubat atau pembedahan. Menguruskan masalah jenis ini adalah seperti berikut:
    • Kaedah menguatkan keupayaan pendengaran
      • Menggunakan alat bantuan pendengaran yang sempurna.
      • 'Cochlear implant' diperlukan terhadap kecacatan pendengaran yang teruk serta masih tidak memberi kesan melalui penggunaan alat bantuan pendengaran.

    • Latihan strategi komunikasi
      • Kemahiran mendengar
      • Kemahiran komunikasi

    • Kanak-kanak yang mengalami masalah kecacatan pendengaran sejak lahir lagi perlu dimasukkan dalam program intervensi awal secepat yang mungkin bagi meransang perkembangan kognitif dan bahasanya. Terdapat pelbagai pilihan komunikasi di negara ini
      • Komunikasi lisan
      • 'Cued speech'
      • Bahasa isyarat

OKU kecacatan pendengaran 3

Apakah tanda dan gejala?

  • Kanak-kanak:
    • Tindakbalas boleh dilihat hanya kepada bunyi bising
    • Lambat atau gagal untuk bertutur

  • Dewasa:
    • Kerap meminta orang mengulangi percakapan
    • Sukar untuk mendengar dalam suasana yang hingar/bising
    • Kerap membesarkan bunyi tv
    • Mengalami kesukaran untuk berkomunikasi dengan keluarga dan rakan-rakan
    • Mendengar bunyi-bunyi dalam telinga (tinitus)
    • Mendengar bunyi telefon hanya bila duduk rapat dengan telefon tersebut

    Komplikasi

    Apakah kesan daripada masalah pendengaran?

    • Masalah komunikasi
    • Masalah pembelajaran/pendidikan
    • Gangguan emosi
    • Sukar menjalinkan perhubungan sosial
    • Harga kendiri yang rendah
    • Perasaan terasing, kecewa dan hilang keyakinan

OKU kecacatan pendengaran 2

Penyebab kecacatan pendengaran

Apakah punca terjadinya pekak/tuli?

  • Sejarah penyakit tersebut dalam keluarga
  • Pengumpulan cecair pada bahagian tengah rongga telinga
  • Bayi yang lahir dengan berat badan kurang dari 1.5 kg
  • Kekurangan bekalan oksigen ke bahagian otak yang teruk semasa proses kelahiran
  • Jangkitan kuman seperti 'congenital rubella' atau 'congenital syphilis'
  • Jangkitan kuman pada lapisan dalam otak (meningitis)
  • Penggunaan ubat-ubat yang ada kesan toksik kepada telinga seperti ubat penyakit barah, ubat untuk penyakit batuk kering(tuberculosis)
  • Selalu terdedah kepada bunyi bising seperti letupan bunga api, konsert rock yang kuat, tukang besi
  • Tahi telinga yang tebal dan mengeras dalam telinga
  • Gegendang telinga telah pecah
  • Jangkitan kuman pada bahagian tengah telinga (otitis media)
  • Penyakit-penyakit metabolisma yang kronik seperti kencing manis dan kandungan kolesterol dalam tubuh yang tinggi
  • Peningkatan umur

Kadar Kejadian

Epidemiologi:

  1. 3-4 dalam 1000 bayi yang lahir mengalami kecacatan pendengaran
  2. 25% daripada orang yang berumur 65 - 75 tahun dan 50% daripada orang yang berumur 75 tahun ke atas juga mengalami kehilangan pendengaran. Hilang pendengaran juga lebih banyak berlaku kepada kaum lelaki berbanding kaum wanita
  3. 50% daripada anggaran 2.5 juta populasi penduduk di Malaysia yang mengalami kecacatan pendengaran boleh dicegah terutamanya pada kanak-kanak

OKU kecacatan pendengaran 1

Pengenalan

Hilang pendengaran adalah perkara biasa kepada manusia. Terdapat 3 jenis utama cacat pendengaran:

  • 'Conductive' (Gangguan aliran bunyi)
    • Disebabkan masalah pada bahagian tengah dan luar telinga.
    • Biasanya memberi kesan yang sama kepada semua gelombang bunyi dan tidak teruk.
  • 'Sensorineural' (saraf deria)
    • Disebabkan masalah pada bahagian dalam telinga atau saraf 'auditory'
    • Bunyi yang diterima menjadi berubah kerana gelombang menjadi tidak sama rata walaupun dengan penggunaan alat bantuan pendengaran
  • 'Mixed' (gabungan)
    • Adalah kombinasi daripada jenis 'conductive' dan 'sensorineural'

Kehilangan pendengaran yang teruk juga dikenali sebagai pekak atau tuli

OKU 4

Langkah pemulihan

Apa yang perlu dibuat bila kurang-upaya atau kecacatan telah dikenal pasti?

Penjaga perlu memastikan kanak-kanak atau orang dewasa yang cacat/kurang upaya:

  1. Berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat.
    • Borang pendaftaran ada disediakan di Jabatan Kebajikan Masyarakat/klinik kesihatan dan hospital-hospital.
    • Borang tersebut mesti disahkan oleh doktor bertauliah
    • Orang kurang upaya tersebut akan menerima kad pengenalan khas yang membolehkan mereka mendapat faedah-faedah di sebabkan oleh kecacatan mereka.

  2. Mendapatkan perkhidmatan pemulihan yang berkaitan dengan kecacatan mereka seperti:
    • Perubatan:
      • Langkah pemulihan dari segi :
        • Pemulihan anggota
        • Pemulihan carakerja
        • Pemulihan pertuturan
        • Kaunseling yang juga terdapat di hospital kerajaan dan swasta dan sesetengah klinik.

    • Pendidikan:.
      • Kanak-kanak kurang upaya perla didaftarkan dengan Jabatan Pendidikan Khas.

    • Sosial:
      • Untuk membolehkan orang kurang upaya belajar bergaul dengan orang lain.
      • Program Intervensi Awal di sesetengah klinik kesihatan.
      • Pusat Pemulihan 'Community Based' yang terdapat di seluruh negeri.

    • Latihan Vokasional.
      • Ada disediakan di sesetengah pusat di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat dan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) yang berkaitan dengan jenis kecacatan tertentu.

OKU 3

Saringan untuk kurang upaya atau kecacatan

Perlukah saringan untuk mengesan kurang upaya dilakukan?

YA

  1. Orang dewasa mungkin boleh memahami dan menerima kehilangan keupayaan deria mereka. Bagaimanapun dalam sesetengah kes, penilaian yang berterusan adalah perlu untuk mengesan awal kecacatan tersebut seperti:
    • Dapatkan ujian pendengaran secara berkala di tempat kerja
    • Melakukan ujian penglihatan secara berkala kepada pesakit-pesakit kronik seperti kencing manis

  2. Kanak-kanak tidak sedar atau tahu apa yang dimaksudkan dengan 'normal', oleh itu ibubapa, penjaga dan guru-guru mesti peka berkenaan perkembangan normal kanak-kanak tersebut. Jika berlaku kelembapan dalam perkembangannya, kanak-kanak tersebut mesti dibawa untuk saringan dan mengenalpasti masalah.

Bagaimana untuk mengesan kurang upaya atau kecacatan di kalangan kanak-kanak?

  • Melakukan pemeriksaan yang berkala dan tetap sepanjang kehamilan.
    • Pemeriksaan fizikal
    • 'ultrasound' kepada wanita hamil risiko tinggi terutama pada peringkat awal kehamilan

  • Ujian cecair 'amniotic' untuk mengesan keganjillan terhadap kromosom(amniocentesis)
  • Membuat penilaian perkembangan kanak-kanak di peringkat klinik-klinik kesihatan dalam perkara-perkara berikut:
    • Pergerakkan kasar
    • Kemahiran halus fungsi tangan
    • Menguruskan kehidupan seharian
    • Komunikasi dan pendengaran
    • Tingkahlaku dan kemahiran sosial

OKU 2

Apakah penyebab kurang upaya/kecacatan?

  • Sebab utama di kalangan bayi:

    • Genetik contohnya 'Downs Syndrome, Muscular Dystrophy'
    • Stress/tekanan kepada kandungan ibu terutamanya dalam 3 bulan kehamilan;
      • Penyakit semasa kehamilan seperti kencing manis, darah tinggi
      • Penyalahgunaan ubat seperti akohol, ubat-ubat tidak mematuhi preskripsi, merokok
      • Jangkitan kuman akibat 'rubela, syphilis'
    • Kekurangan zat makanan semasa hamil seperti kurang 'folic acid' boleh menyebabkan keadaan tertentu contohnya 'spina bifida, microcephaly, anencephaly
    • Kecederaan semasa hamil atau semasa proses melahirkan bayi yang menyebabkan kandungan lemas yang boleh menyebabkan kerosakkan kepada otak seperti 'Cerebral palsy'
    • Bayi mengalami penyakit kuning yang teruk (Kenicterus)

  • Sebab utama dikalangan kanak-kanak dan orang dewasa:

    • Jangkitan kuman seperti 'Heamophilus Influenza B' yang menyebabkan jangkitan pada selaput otak (meningitis) atau 'encephalitis' yang disebabkan oleh 'measles'
    • Kemalangan atau kecederaan seperti kecederaan fizikal, akibat bahan kimia, akibat terbakar kepada tubuh
    • Kekurangan zat makanan yang teruk seperti kekurangan vitamin A boleh menyebabkan rabun/buta
    • Kekurangan 'iodine' dalam badan yang menyebabkan keadaan 'Congenital Hypothyroidism' (terencat akal & susuk badan pendek)
    • Komplikasi dari penyakit-penyakit tertentu seperti kencing manis, angin ahmar (stroke)

Bolehkah kurang upaya/kecacatan ini dicegah?

Langkah-langkah yang boleh diambil untuk mengurangkan kemungkinan mendapat kecacatan:

  1. Amalkan cara hidup yang sihat. Elakkan mengambil dadah, alkohol atau merokok.
  2. Elakkan dari terlibat dalam kemalangan atau kecederaan
  3. Dapatkan suntikan perlalian:
    • Setiap wanita perlu mendapatkan suntikan 'rubella' dan vaksin 'tetanus'
    • Setiap kanak-kanak perlu mendapatkan suntikan mengikut jadual perlalian yang terkini
  4. Rancang kehamilan anda. Dapatkan nasihat dari doktor/petugas penjagaan kesihatan berkenaan menjarakkan kehamilan, pembekalan 'folic acid' dan diet yang seimbang
  5. Memastikan sentiasa hadir pada setiap temujanji di klinik semasa proses kehamilan

OKU 1

~adakah anda tahu apakah maksud OKU?.. sekarang sudah diperbaharui namanya iaitu- orang kelainan upaya. ingin berkongsi artikel yang diambil dari myhealth ni untuk peribadi kerana ada kaitan dengan orang disekeliling saya

Pengenalan

Orang yang kurang upaya (OKU) adalah :

"Seseorang yang tidak dapat menguruskan kehidupan sehariannya dengan sempurna akibat daripada masalah mental atau fizikal"

Lebih kurang 10% dari populasi penduduk mengalami pelbagai peringkat kurang keupayaan. Daripada jumlah tersebut, 6% boleh menyesuaikan diri dengan kekurangan mereka, 4% memerlukan rawatan pemulihan dan hanya 1% mengalami kurang upaya yang teruk.

Orang yang kurang upaya/cacat biasanya mempunyai kelebihan lain. Sebagai contoh, orang cacat penglihatan tidak mampu melihat, tetapi mempunyai deria lain yang lebih baik dari orang yang normal.

Walau bagaimanapun, perkara terpenting adalah belajar untuk menggunakan sepenuhnya kemampuan yang sedia ada.

Apakah jenis-jenis kurang upaya/ kecacatan?

  • Kecacatan penglihatan/buta
  • Kecacatan pendengaran/pekak
  • Kecacatan fizikal
    • contohnya 'Cerebral palsy, Stroke, Muscular Dystrophy, kecederaan tulang belakang, pemotongan anggota (Limb amputation)
  • Gangguan intelektual dan masalah dalam pembelajaran seperti terencat akal, 'dyslexia'
  • Masalah tingkahlaku seperti 'Autism, Attention Deficit Hyperactive Disorder (ADHD)'
  • Masalah komunikasi

Walaupun kurang upaya/kecacatan telah diklasifikasikan namun seseorang itu mungkin boleh mendapat lebih dari satu jenis ketidakupayaan/kecacatan. Ia mampu menjejaskan seseorang pada masa-masa tertentu dalam hidupnya.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...