Nak Souvenier best?

Showing posts with label Tutorial membuat new entry. Show all posts
Showing posts with label Tutorial membuat new entry. Show all posts

Tutorial Autopublish?

Pandai tak nak buat entry Auto Publish ni?.. Ada antara kawan-kawan yang boleh tolong ajarkan?.. Senang ke?.. Macam komplikated aja kan?.. Setuju tak?.

Hasil dari pemerhatian selama berblogging ni, entry AUTOPUBLISH biasanya banyak yang dilakukan oleh para pesera contest-contest atau Giveaways secara online. Sebab apa ye?.. Mungkinkah sebab nak bahagikan pertandingan pada hari berbeza.

Tapi yang menghairankan adalah bagaimana mereka sertakan url sesuatu entry itu walhal entry tu belum disiarkan lagi. Itu yang mushkil.. Kawan-kawan ada yang boleh bagitau ke?..

Minta Tunjuk Ajarku Sifu..

HARI AHAD. BUAT BLOG .

Nak buat apa?
Ada yang santai santai sahaja..
Ada yang plan nak g shopping.. Tapi Hujung bulan ni.. Poket dah masuk ke?..
Ada yang dah start minggu bekerja.. Maka kerjalah seikhlasnya...

Ada yang tak tahu nak buat apa?????
Aduyai..
parah memang parah..

Jom jalan-jalan blog.. BLOGWALKING la tu derr (eh terkena pnangan SHAHEIZY SAM la pulak ye.) Atau ada yang baru start berCUTI?..

Teringin nak buat blog sendiri?..
meh layankan link berikut!!!

TUTORIAL BUAT BLOG:
- Mula mula buka website http://www.blogger.com/
Klik pada Get Started.


- Bila dah masuk page seperti gambar dibawah ni, isikan tempat kosong. Ini semua basic. Tak perlu ada gmail. Dengan email yahoo pun boleh guna kat sini.. oke..


gambar seterusnya ni cuma nak menunjukkan full page yang tadi. Oke, dah siap isi?.. Klik pada continue..

- Next akan keluar page seperti kat bawah ni..Sesi menamakan blog. Now time untuk isi tajuk blog dan alamat blog tu.. Tajuk blog? Nak tulis apa? Ini ikut suke la.. Nak tulis nama sendiri ke.. contoh.. Blog title: sipolan dan blog Address:http://sipolan.blogspot.com.
Bergantung pada kesesuaian.. kalau nak buat blog untuk kedai, bolehla letak nama kedai tu dan sebagainya.. *Tip: Pilih nama yang simple, senang dieja supaya mudah diingati.. orang kata
'keci.'.


- Dah siap, sekarang pilih la template atau design yang disukai. Dikemudian hari pun boleh tukar tukar lagi..


- Bila dah tekan continue.. seterusnya akan keluar page seperti berikut.. Yeay.. dah berjaya ada blog sendiri kan!! Tahniah..


- Next dah boleh start blogging!! Bolehla tulis entry pertama.. Nak tulis apa?.. Sukatila.. Selamat Datang ke.. Tujuan buat blog ke.. Takpun: Terima Kasih kepada Tutorial Buat Blog dari ALL IN ONE:

-Dah siap mengarang?.. Macamana nak post kan entry yang ditulis tu.. Klik aje pada Publish Post. Kemudian akan keluar view blog.. Nah.. sekarang dah ada blog sendiri.. Macamana?.. Happy tak?..

-Oh Ya, Jangan lupa untuk setting masa, sebab kalau biasa standard masa gmt 0, nanti kalau kita post tu, tak keluar masa tu.. akan keluar lambat.. sebabnya masa tak sama dengan masa kita.. Jadi tengok gambar untuk setting masa ikut Zon Masa / Time Zone..


Tutorial: Cara Untuk Membuat New Entry


Khas buat kawan kawan baru yang berjinak jinak membuat blog. Blog dah ada kan? Mungkin ada yang tolong daftarkan.. Lepas tu teringin nak tulis atau buat post sendiri tanpa bantuan orang lain.. Tak pandai nak buat entry, nak tanya orang tu balik segan pula rasanya.. Jadi kat sini terasa berbesar hati nak kongsi tutorial yang asas ni.. Bagi yang dah tahu.. (aik, nak post entry pun tak reti ke?.. -duk dendiam no..).. Khas untuk mereka yang tak tahu je la oke.. Yang lain tutup mata..
Oke teruskan..



Mula mula sekali, anda sign in atau log in menggunakan akaun yang telah anda daftarkan haritu. Website blogger ni:. http://www.blogger.com.

Sila rujuk gambar kat atas tu ye kawan kawan.


Bila dah sign in tadi, anda akan ke halaman seperti gambar di atas iaitu ' dashboard'. Dari sini, klik pada 'New Post'

Seteruskan akan ke page berikut:


Bolehla anda mulakan mengarang apa yang anda nak tulis, tajuk dan isi kandungan. Seterusnya bila dah selesai, sila klik pada 'PUBLISH POST' supaya entry anda berjaya di poskan..

Macamana nak tahu berjaya ke tak post tadi yang anda dah buat tu?.. Setelah klik 'publish post' tadi akan keluar page macam ni..


Oke, bila dah keluar page macam gambar kat atas ni, maksudnya anda dah berjaya buat satu entry baru.. Tahniah.. Nak tengok?.. Klik pada 'View Post' tu.




Akhirnya NADA BERJAYA.. Tahniah ye.. Adakah anda jelas?.. Kalau ada soalan atau tambahan silakan komen..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...