Nak Souvenier best?

Showing posts with label Universiti Canterbury. Show all posts
Showing posts with label Universiti Canterbury. Show all posts

Selepas Gempa Bumi?..

~Begitulah risiko selepas bencana.. semoga tidak berlanjutan..

KUALA LUMPUR - Pelajar Malaysia kini terdedah kepada wabak penyakit bawaan air berikutan bencana gempa bumi yang melanda Christchurch, New Zealand kelmarin.

Risiko itu amat tinggi sekiranya mereka meminum air yang dibekalkan oleh pihak berkuasa tanpa memasaknya terlebih dahulu.

Berikutan itu, arahan telah dikeluarkan oleh pihak berkuasa supaya memasak terlebih dahulu air yang hendak diminum kerana ia dibimbangi sudah tercemar.

Pelajar Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Mekanikal, Universiti Canterbury, Muhammad Shahrul Samad, 22, berkata, arahan catuan air juga telah dikeluarkan kerana dikhuatiri bekalan air sedia ada tidak mampu menampung kegunaan harian penduduk.

Gempa Bumi Di Christchurch, New Zealand / Cerita Cinderella.

~Takziah kepada mangsa dan keluarga. Ada ke Rakyat Malaysia yang terkorban?.. Sungguh teruk tengok dalam AP online malam tadi.. Tragis dan penuh huru hara... Kalau sebut bandar Christchurch , New Zealand ni mesti teringat cerita Cindarella yang buat penggambaran kat situ.. Teringin juge melawat New Zealand yang terkenal dengan lembu dan susu kan?..

KUALA LUMPUR – Seperti zon perang. Itulah gambaran yang diberi pelajar Malaysia di Christchurch, New Zealand selepas gempa bumi dengan kekuatan 6.3 pada skala Richter melanda wilayah itu pukul 12.51 tengah hari waktu tempatan kelmarin (waktu Malaysia pukul 8.19 pagi semalam).

“Keadaan seperti kena bom dan seolah-olah di zon perang. Saya tercampak beberapa meter dari tempat bekerja hingga menyebabkan kaki saya lebam teruk serta kasut koyak,’’ kata Abdullah Mohd. Nawi ketika dihubungi Bernama.

Pelajar ijazah Doktor Falsafah (Ph.D) Universiti Canterbury itu sempat berlindung di bawah meja bagi mengelakkan dihempap oleh benda yang jatuh.

“Sebaik keluar dari bangunan itu, saya agak hilang arah, rasa takut jangan cakaplah apatah lagi apabila melihat keadaan sekeliling orang berlari-lari untuk selamatkan diri serta bunyi siren bomba, polis dan ambulans,” katanya.

Beliau berkata, orang ramai melarikan diri ke kawasan lapang bagi mengelakkan diri daripada ditimpa runtuhan.

Abdullah bagaimanapun tetap bersyukur isteri serta dua anaknya yang berada di kediaman mereka juga terselamat.

Kejadian gempa yang melanda itu menyebabkan sekurang-kurangnya 65 terbunuh serta ramai lagi terperangkap di celah-celah runtuhan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...