Nak Souvenier best?

Showing posts with label ajal. Show all posts
Showing posts with label ajal. Show all posts

Menyaksikan Anak Bongsunya Yang Berusia Empat Tahun Menemui Ajal.

JERANTUT - Seorang ibu tergamam dan terkejut apabila menyaksikan anak bongsunya yang berusia empat tahun menemui ajal dalam keadaan tidak diduga selepas kanak-kanak tersebut dihempap sebatang pokok kelapa yang tiba-tiba tumbang di halaman rumahnya di Kampung Lada dekat sini kelmarin.
Kejadian menyayat hati yang berlaku pukul 10.30 pagi itu menyebabkan Nurshuhada Azman (gambar kecil) meninggal dunia ketika mendapatkan rawatan di Hospital Jerantut.
Difahamkan, sebelum kejadian Nurshuhada sedang bermain di halaman rumah. Selain ibunya, turut berada dekat laman tersebut ialah lima adik-beradiknya.
Bapa mangsa, Azman Zainuddin, 41, berkata, dia bergegas ke hospital sebaik dimaklumkan mengenai kejadian itu oleh jirannya. Ketika itu dia berada di Pekan Jerantut Feri kira-kira empat kilometer dari rumahnya.
Mengimbau semula kejadian itu, Azman memberitahu, dia dimaklumkan, sebelum dihempap mangsa duduk di tangga rumah bersama adik-beradik lain sebelum dia turun ke laman untuk bermain-main.
Katanya, ketika itulah, pokok kelapa setinggi 15 meter itu tiba-tiba tumbang lalu menghempap Nurshuhada.

Berita Dr Lo'Lo' Meninggal Dunia. BERNAMA. Alfatihah.

KUALA LUMPUR: Anggota Parlimen Titiwangsa Dr Lo'Lo' Mohd Ghazali dari PAS yang menerima rawatan komplikasi penyakit kanser meninggal dunia pada pukul 10.13 malam Ahad di Hospital Selayang.

Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub mengesahkan perkara itu ketika dihubungi Bernama.

Maklumat itu turut disiarkan melalui laman Twitter Dr Lo'Lo kira-kira 10.30 malam Ahad yang turut memaklumkan bahawa jenazah sedang diusahakan untuk dibawa ke Masjid Al-Akram, Dato Keramat. - BERNAMA


MEREKA JUGA MENITIPKAN AL FATIHAH ( pengunjung BLOG ALL IN ONE)

YUL said...

kinna said...
innalillah..baru tau..

SoLy SoLicious said...
Innalillah~

peah @ peps said...
Innalillah...

ADAB MENZIARAHI JENAZAH / ORANG MATI.

~Sumber dari sini:
http://www.muis.gov.sg/webpub/warita/warita9-96/panduan.html


5 Adab menziarahi orang mati

a) Dilarang orang-orang yang menziarahi keluarga yang baru ditimpa kematian hadir di tempat rumah tersebut dengan bergurau senda dengan teman-teman yang lain. Perkara ini akan menyinggung perasaan keluarga tersebut. Mereka haruslah mengucapkan takziah kepada keluarga tersebut perkataan: "Semoga Allah menambahkan ganjaran pahala kamu, dan memperbaiki kedudukan kamu serta mengampunkan dosa ahli keluarga kamu yang baru meninggal."

b) Disunatkan bagi orang yang menziarahi kematian agar membaca Surah Yasin seperti yang disebutkan di dalam hadis yang bermaksud "Bacalah ke atas mereka yang sedang menghadapi kematian dengan membaca Surah Yasin." (Riwayat Abu Daud)

c) Digalakkan agar dihulurkan bantuan yang berbentuk wang atau makanan kepada keluarga yang ditimpa kematian khususnya bagi keluarga yang miskin.

d) Makruh bagi orang yang menziarahi rumah yang ada kematian, makan/minum di rumah tersebut kerana ianya menyibukkan lagi ahli keluarga tersebut. Melainkan jika makanan atau minuman tersebut disediakan oleh jiran tetangga bagi keluarga yang ditimpa kematian.


Sayangi Jantung Anda?

~Semua sudah tertulis ajalnya..

MARANG - Mayat seorang lelaki sudah berulat ditemui dalam longkang belakang bangunan baru Sekolah Kebangsaan Wakaf Tapai, di sini, 11.50 pagi ini.
Mayat mangsa berusia 39 tahun dan berasal dari Kampung Sungai Serai, di sini dijumpai oleh anak saudara lelakinya.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah ACP K. Manoharan berkata, mangsa difahamkan telah keluar dari rumah pada 1 Mei lalu dan memaklumkan untuk pergi menjerat burung.
"Mangsa dikatakan keluar rumah untuk menjerat burung dan ayam hutan, bagaimanapun sehingga hari ini mangsa tidak pulang ke rumah dan keluarga mangsa juga tidak membuat sebarang laporan polis.
"Bimbang dengan keadaan itu anak saudara mangsa pergi ke tempat yang dimaklumkan mangsa sebelumnya dan terkejut melihat keadaan mayatnya di dalam longkang,” kata Manoharan kepada pemberita di sini, hari ini.
Mayat mangsa dihantar ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) Kuala Terengganu untuk bedah siasat dan polis mengklasifikasikan kes sebagai mati mengejut. - Bernama

AL FATIHAH: SERI BAYU.

~Al Fatihah buat beliau: SERI BAYU

KUALA LUMPUR - Komposer dan penulis lirik, Jamaludin Sulik atau lebih dikenali sebagai Seri Bayu, 44, menghembuskan nafas terakhirnya di Hospital Port Dickson, Negeri Sembilan, malam tadi.

Menurut anak angkat Allahyarham, Sarina Abdul Ghani, 29, Seri Bayu meninggal pada pukul 8.30 malam akibat penyakit saraf motoneuron yang dihidapinya sejak tahun 2004.

"Arwah kritikal sejak tiga hari lalu sebelum dia dimasukkan ke Hospital Port Dickson semalam (kelmarin),'' katanya ketika dihubungi semalam.

Sarina berkata, usaha mereka untuk menghubungi keluarga dan anak Seri Bayu gagal.


Mayat lelaki itu ditemui..

~Kalau dah ajal, nak buat cemana kan.

IPOH 1 April – Seorang lelaki mati lemas, selepas terjun dalam sebuah lombong, semasa cuba menyelamatkan diri daripada dikejar sekumpulan penduduk di sebuah taman perumahan di Bandar Seri Botani, di sini, kerana dipercayai mencuri.

Ketua Polis Daerah Ipoh, ACP Azisman Alias berkata, mayat Mohd Shahril Sufian, 30, dijumpai terapung di lombong berkenaan pada pukul 7.50 pagi tadi oleh pasukan Bomba dan Penyelamat.

Lelaki itu yang juga seorang penganggur dikatakan telah memecah masuk dan mencuri di sebuah rumah di taman berkenaan pada pukul 7 malam semalam.

Selepas menyedari perbuatannya diketahui beberapa jiran, dia telah melarikan diri dan bertindak terjun ke dalam sebuah lombong yang terletak berhampiran taman berkenaan, katanya ketika dihubungi hari ini.

Seorang daripada penduduk berkenaan telah menelefon polis berhubung kejadian itu sebelum operasi mencari dijalankan dengan bantuan pasukan Bomba dan Penyelamat sehingga pukul 10 malam tadi tetapi gagal menemuinya.

Mayat lelaki itu ditemui terapung di lombong itu semasa operasi disambung pagi ini.

Ia dihantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun untuk bedah siasat, katanya. - Bernama


Kalau dah tertulis ajalnya disitu..

~Kalau dah tertulis ajalnya disitu...
Alfatihah.

PASIR MAS - Seorang suami hanya mampu mengalirkan air mata selepas tidak sanggup melihat keadaan jenazah isterinya yang menemui ajal dalam keadaan mengerikan selepas dirempuh sebuah kereta semalam.

Limah Yusof, 74, ditemui mati dengan kedua-dua kaki dan tangannya hancur manakala kepala serta tengkoknya pula parah dalam kejadian pukul 8 pagi di Kampung Gaung, Tendong dekat sini itu.

Kemalangan itu turut mengakibatkan sepupu Limah, Aminah Hassan, 58, cedera parah. Dia kini dirawat di Hospital Raja Perempuan Zainab (HRPZ II) Kota Bharu.

~Teringat pula cerita Final Destination tu kan.. Kawan-kawan pernah tengok tak?.. memang penuh suspen. Dah edisi ke berapa ye.. Empat atau 5? Ada lagi tak sequelnya selepas ni?

AL FATIHAH BUAT ABAH IZZ..



Selepas baca berita dari CITARASA RINDUAN.
Baca pula dari PAK CIK LIE:

Al fatihah buat blogger Abah Izz. Sama-sama doakan beliau..

**Terlambat sikit..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...