Di antara alasan orang Islam yang minum arak adalah mereka hanya sekadar merasa atau mengambilnya sedikit sahaja; tidak sampai memabukkan. Ada yang memberi alasan mereka hanya menghidangkan arak, bukan meminumnya. Ada yang memberi alasan mereka sekadar kerja membancuh minuman bercampur arak di kelab, bukan meminumnya. Kita juga berasa sedih melihat orang Islam yang bekerja di kilang-kilang arak.
Tidakkah mereka ini sedar hukum berkenaan arak? Menurut Dr. Wahbah al-Zuhaily pengharaman arak atau seumpamanya bukan sekadar meminumnya atau mengambilnya bahkan termasuk memilikinya atas apa juga alasan, menjual, membeli, menghadiahkan dan sebagainya adalah tertakluk dalam hukum yang sama.
~Pernah tak jumpa/ pengalaman dengan mereka yang meminum benda harem ni? Apa tindakan anda?..
JOM KLIK KLIK SINI: