Nak Souvenier best?

Showing posts with label angkasawan. Show all posts
Showing posts with label angkasawan. Show all posts

Neil Armstrong.

~RIP

Keterangan tentang Neil Armstrong ni dapat dari wikipedia. Kalau dalam English, panjang huraiannya. Kalau dalam Bahasa Melayu, inilah keterangannya. Cuba baca.. Boleh faham tak? Agaknya siapa yang menterjemahkan begitu.


Neil Alden Armstrong (5 Ogos 1930 di Ohio, Amerika Syarikat – 25 Ogos 2012) adalah angkasawan Amerika Syarikat, dan orang pertama yang menjejakkan kaki di Bulan. Pada 20 Julai 1969, Neil Armstrong dan Buzz Aldrin mendarat di Bulan dengan kenderaan udara kecil, yang telah dihantar ke Bulan dengan roket Saturn V dalam misi Apollo 11. Mereka berdua berjalan di Bulan, dan jutaan orang menonton peristiwa ini dari TV.
Ucapannya yang terkenal ialah:
Inilah sebuah langkah kecil bagi [seorang] manusia, satu langkah besar bagi kemanusiaan.
Kalimat tersebut diucapkannya di Bulan. Nyatanya ia cenderung berkata "Inilah sebuah langkah kecil bagi seorang manusia…", namun kerana beberapa alasan kata "seorang" tidak pernah diucapkan. Armstrong berfikir ia telah mengatakannya, namun juga mengakui ia sering lupa akan suku kata saat bercakap. Walaupun begitu ia lebih memilih menulis kutipan termasuk "seorang" dalam tanda kurung.


Malaysia pun ada Angkasawan Negara, Dr SMS.. Negara kecil yang glemer juga peringkat dunia. Marilah sama-sama memelihara dan hayati keamanan negara kita.

China & Bulan.

China berkata ia akan mendaratkan kapal penjelajahan di bulan buat kali pertama tahun depan, sebagai sebahagian program angkasa lepas yang termasuk rancangan jangka panjang meletakkan angkasawannya di bulan. 

Ia akan dilancarkan pada separuh kedua 2013 dan cuba untuk mendarat serta menghantar balik tinjauan di permukaan bulan, lapor televisyen kelmarin. Jika berjaya, pakar berkata ia menjadi kapal pertama mendarat di bulan sebagai sebahagian misi – bertentangan dengan melakukan pendaratan cemas terkawal – sejak dicapai program angkasa lepas Soviet pada tahun 1970-an. AFP

YUNIK KAN?



BUNGA raflesia menjadi ilham kepada reka bentuk imaginasi pusat angkasa lepas.

(Gambar ) Bersalin Dalam Air.

Nak share gambar ni.
Sebab ramai yang nak tahu.
Semenjak kelahiran Anak Angkasawan Negara .
Ibunya melahirkan Anak Angkasawan tu Dalam air..
Ye.. Bersalin dalam Air!!
Masih baru di Malaysia..

Agak agaknya kos berapa ye?
Ada yang NAK CUBA BERSALIN DALAM AIR?
Tengok gambar tu..

Cara Anak Angkasawan Dilahirkan.. Dalam air!!

KUALA LUMPUR - Angkasawan Negara, Datuk Dr. Sheikh Muszaphar Shukor kini bergelar bapa apabila isterinya selamat melahirkan bayi sulung mereka menerusi kaedah bersalin di dalam air. Dr. Halina Mohd. Yunos yang berkahwin dengan Sheikh Muszaphar pada 10 Oktober 2010 selamat melahirkan seorang bayi perempuan pada 21 Julai lalu.
Bayi seberat 3.6 kilogram itu dinamakan Sophea Isabella. Halina mengambil masa 18 jam untuk melahirkan bayi itu di Hospital Pantai Bangsar di sini. Halina kini adalah doktor bius di Hospital Selayang di sini. Ketika dihubungi Kosmo!, Sheikh Muszaphar berkata, dia sangat teruja dengan kehadiran bayi tersebut yang dianggap sebagai anugerah Ilahi paling istimewa. "Isteri saya dimasukkan ke hospital pada pukul 2 pagi Jumaat dan berjaya melahirkan anak pada pukul 9.08 malam.
"Dia memilih kaedah bersalin di dalam air kerana kurang sakit selain lebih semula jadi,'' katanya. Sheikh Muszaphar merupakan rakyat Malaysia pertama berlepas ke Stesen Angkasa Lepas Antarabangsa (ISS) pada 10 Oktober 2007 dan berada di stesen itu selama 10 hari bagi menjalankan pelbagai penyelidikan. Dia kemudian menjadikan tarikh keramat berlepas ke angkasa pada 10 Oktober itu untuk melangsungkan perkahwinan dengan Halina pada tahun lalu.
Sheikh Muszaphar yang kini bertugas sebagai Felo Penyelidik Utama Institut Sains Angkasa berkata, dia sudah bersedia untuk memikul tanggungjawab sebagai bapa. "Kami banyak membaca tentang cara mendidik anak-anak malah mendapat nasihat daripada kedua-dua orang tua kami supaya anak kami kelak berjaya kepada agama, negara dan bangsanya," ujar beliau.Kosmo

CONGRATS BABY GIRL: DR SHEIKH MUSZAPHAR & DR HARLINA .

TERBACA KAT ARDINI HUMAIRA DOT COM: http://www.ardinihumaira.com/2011/07/dr-sheikh-muszaphar-shukor-dr-harlina.html

TAHNIAH DIUCAPKAN PADA PASANGAN ANGKASAWAN NEGARA MALAYSIA:
DR SHEIKH MUSZAPHAR DAN DR HALINA YUNOS YANG DIKURNIAKAN ANAK PEREMPUAN.

BABY GIRL SEBERAT 3.6KG.
<---ini bukan BABY GIRL DR SHEIKH MUSZAPHAR &DR HALINA YE..

GAMBAR ANAK ANGKASAWAN NI BELUM ADA.
SUDAH TENTU SEMUA MENANTIKAN GAMBAR ANAK ANGKASAWAN NEGARA NI KAN. RASANYA UNTUK SEMUA BAYI BARU LAHIR MUKA SURE LEBIH KURANG SAMA AJE KAN.. TEMBAM DAN CUTE.

BILA DAH DUA TIGA MINGGU BARULE NAMPAK BERLAINAN SIKIT KAN.




NI GAMBAR MASA KAHWIN HARITU..

end of october

~october dah nak meninggalkan kita..
banyak suka duka pahit manis bulan oktober ni...
tarikh keramat 10.10.10
perkahwinan kayangan angkasawan.
tragedi oktober..
tragedi bas.. (bas terbakar, tragedi bas di genting highland)
dan suka duka piala malaysia..
esok..
dah november..
nak merenung- renung diri.. azam tahun ni dah capai semuanya?..
atau masih 50%..
atau masih angan- angan mat jenin?..
~selamat bulan november
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...