Nak Souvenier best?

Showing posts with label halusinasi. Show all posts
Showing posts with label halusinasi. Show all posts

lagi-lagi kena bunuh!

~pesakit mental/jiwa yang tidak mendapat rawatan boleh membahayakan. masyarakat kita masih stigma kepada penyakit ini dan akhirnya membiarkan sahaja pesakit2 ini tanpa rawatan sepatutnya...akhirnya timbul la perkara2 tak diingini

Skizofrenia: Membantu Yang Kurang Siuman

Oleh Ravichandran D.J Paul

KUALA LUMPUR, 27 Sept (Bernama) -- Rakyat Malaysia masih bingung dengan siri pembunuhan mengejutkan dan tahun 2010 mungkin menyerlah sebagai tahun yang banyak menyaksikan pembunuhan gerun yang dilakukan oleh mereka yang siuman dan yang kurang siuman.


Sementara perhatian seluruh negara kini bertumpu kepada pembunuhan kejam jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga yang lain dengan jenayah itu dirancang, jika ditinjau kembali tahun 2010 juga menyaksikan sebilangan pembunuhan kejam yang dilakukan oleh mereka yang kurang siuman.


Dalam pembunuhan ngeri pertama pada tahun ini, pada 5 Jan lepas seorang lelaki kurang siuman membunuh adik perempuan, bapa, datuk dan nenek di kediaman keluarganya di Kampung Batang Rokan, Gemencheh.


Mangsa-mangsa sama ada dipenggal, ditikam atau anggota mereka putus dalam serangan ganas menggunakan parang.


Mereka yang mengalami skizofrenia mungkin melakukan jenayah di bawah arahan agresif akibat halusinasi tetapi masyarakat terlepas pandang akan nasib mereka. Adakah mungkin bagi segmen masyarakat siuman membantu mereka yang kurang siuman?

Pakar Perunding Psikiatri Dr Abdul Kadir Abu Bakar, yang juga Presiden Persatuan Psikiatri Malaysia (MPA), berpendapat bahawa kesedaran akan penyakit mental seperti skizofrenia dan yang ia boleh dirawati adalah masih rendah. ~sila baca lebih lanjut di SINI

kenapa bapa itu menyembelih anaknya?

saya tertanya tanya bagaimana tergamak hati seorang bapa menyembelih anaknya sendiri.
(berita 24 ogos: bapa menyembelih anak berusia 3 tahun di kota bharu, kelantan)
apalah dosa anak kecil itu kan?
kalau kita berada di tempat ibunya- tak dapat nak gambarkan perasaan yang mungkin tak mampu nak difikirkan.
khabarnya bapa tersebut merupakan pesakit mental yang menjalani rawatan di hospital di negeri itu.. jadi mungkin bukan niatnya untuk membunuh.
pada masa itu mungkin beliau sedang mengalami halusinasi atau delusi...
dalam keadaan yang tidak sedar-

dipeti dari http://www.medterms.com

Hallucination: A profound distortion in a person's perception of reality, typically accompanied by a powerful sense of reality. An hallucination may be a sensory experience in which a person can see, hear, smell, taste, or feel something that is not there.

The types of hallucinations include:

  • An auditory hallucination is an hallucination involving the sense of hearing. Called also paracusia and paracusis.
  • A gustatory hallucination is an hallucination involving the sense of taste.
  • A hypnagogic hallucination is a vivid dreamlike hallucination at the onset of sleep.
  • Hypnopompic hallucination is a vivid dreamlike hallucination on awakening.
  • Kinesthetic hallucination is an hallucination involving the sense of bodily movement.
  • Lilliputian hallucination is an hallucination in which things, people, or animals seem smaller than they would be in reality.
  • Olfactory hallucination is an hallucination involving the sense of smell.
  • Somatic hallucination is an hallucination involving the perception of a physical experience occurring with the body.
  • Tactile hallucination is an hallucination involving the sense of touch.
  • Visual hallucination is an hallucination involving the sense of sight
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...