Nak Souvenier best?

Showing posts with label internet. Show all posts
Showing posts with label internet. Show all posts

Boleh Buat Aduan!!

Pengarah Eksekutif Forum Pengguna Komunikasi dan Multimedia Malaysia (CFM), Azizan Mohd. Afandi memberitahu, pengguna mempunyai hak untuk mendapat pembelaan sekiranya masih tidak berpuas hati biarpun selepas membuat aduan kepada penyedia perkhidmatan jalur lebar.
"CFM merupakan medium yang jarang digunakan oleh pengguna dengan sewajarnya sedangkan setiap aduan yang diterima akan cuba diselesaikan membabitkan semua pihak yang terbabit.
"Pengguna mestilah mengetahui hak mereka dan yang paling penting, semak setiap bil yang dikenakan supaya mereka tidak teraniaya," katanya ketika ditemui di pejabat CFM di Straits Building, Lebuh Pasar, Kuala Lumpur baru-baru ini.
Menurut Azizan, Malaysia merupakan antara negara yang mempunyai jumlah langganan telefon dan jalur lebar tertinggi di dunia dengan jumlah pelanggan sebanyak 37 juta, melebihi jumlah penduduk negara sendiri yang berjumlah kira-kira 28 juta.

PANAS!! KETAGIH INTERNET!!

LONDON: Penggunaan Internet secara melampau boleh merosakkan otak remaja.

Kajian yang dilakukan saintis menunjukkan tanda-tanda berlakunya kelemahan pada otak di kalangan remaja yang banyak menghabiskan masa melayari Internet.


Ia boleh menjejaskan tumpuan dan ingatan di samping keupayaan untuk membuat keputusan dan merancang.

Ia juga boleh mendorong kepada tingkah laku tidak sesuai.


Penyelidik mengimbas otak 18 pelajar universiti berusia 19 tahun yang menghabiskan masa antara lapan hingga 13 jam sehari di depan Internet selama enam hari seminggu.


Pelajar berkenaan dikategorikan sebagai penagih Internet dan diperlukan menjawab lapan soalan, termasuk sama ada mereka sudah mencuba untuk berhenti menggunakan komputer dan sama ada mereka berbohong kepada anggota keluarga mengenai jumlah masa yang dihabiskan pada Internet.

Keputusan itu kemudian dibandingkan dengan sekumpulan pelajar kedua terdiri daripada 18 orang yang hanya menghabiskan masa dua jam sehari di depan Internet.

WUUHUU dan peluang Berkarya..

~Apalagi kengkawan semua.. moh le kita..

Pegawai Operasi dan Teknikal wuuhuu E-comic, Yoze Harriando Wahyu Sumartha, 24, pula menambah, pengguna mempunyai pilihan untuk memuat turun dalam resolusi besar atau kecil.

“Ia dilakukan adalah untuk memenuhi kehendak pembaca yang ingin membaca menggunakan telefon pintar atau tablet mereka.

“Pengguna yang memuat turun komik berkenaan juga boleh membaca semasa dalam talian atau luar talian dengan lebih mudah,” ujarnya lagi.

Bercerita mengenai perancangan portal berkenaan, Che Onn memberitahu, portal wuuhuu.online.com juga akan menerbitkan beberapa komik dan majalah lain dalam masa terdekat untuk memberi pelbagai pilihan kepada pengguna.

Katanya, antara komik dan majalah lain dalam perancangan penerbitan ialah Yaahoi, Femag, Femom dan Gadget.

“Yaahoi merupakan komik berkisarkan aksi dan dijangka akan berada di pasaran tidak lama lagi. Majalah Gadget pula akan mengenengahkan mengenai gajet-gajet terkini di pasaran.

“Bagi golongan remaja wanita berusia 15 hingga 35 tahun kita akan menerbitkan Femag. Majalah digital Femom pula disasarkan kepada golongan ibu yang memberikan pelbagai tip mengenai ekonomi rumah tangga, penjagaan anak, resipi memasak dan banyak lagi,” katanya.

Che Onn berkata, portal berkenaan juga akan menjadi platform kepada pengkarya-pengkarya berbakat tetapi, tidak mempunyai platform menunjukkan bakat mereka.

“Kita mengalu-alukan mereka yang mempunyai bakat menghantar hasil karya kepada kami. Jika ia menepati kriteria saguhati akan diberikan dan karya mereka akan diterbitkan dalam komik atau majalah yang sesuai,” katanya.


Kisah Kena Potong!

Semalam dah telefon Customer care tu. Nasib baikle yang tukang angkat telefon tu berbudi bahasa. (Kalau dah kerja macam ni kenala cuba tunjukkan dan bagi layanan yang terbaik- walau mood kelaut).

Setelah di potpetkan, (susah juga bayar ikut online- sebab weekend-weekend tak beroperasi)..maka terungkai sudah persoalan. Geram juga la kan sebab bukannye tak bayar. Sistem belum terima. Jadi nak geram kat sapa?. Sistem?..Siapa yang reka sistem tu?..

Ish.. okelah.. Takmau merusakkan mood di pagi yang indah ini. Marilah cheer up. Bokojalah kito sekueknyo.. (ada ke ayat ni?). jadi, apakah tugasan yang nak diselesaikan pada hari ini?.. Kawan-kawan biasanya akan listkan dahulu ke tugasan yang nak dilakukan?.. Bagusla kalau sistematik begitu.

Kadang-kadang listkan juga.. kadang-kadang tak.
Cemana nak bagi konsisten?.. Silakan jawab.

JOM DESIGN HADIAH SENDIRI.

Apa?.. Kena potong?

Dear Customer
Thank you for choosing P1!

We’re sorry but your account has been suspended. To reconnect your service or for further details please call P1 CareLine at 1300-800-888.

For self payment please click here to check out available payment channels.

Best Regards,
Your friends at P1

----------
Hah? Apa? Kene potong?..
Ha , itula.. iklan dia kan guna tagline potong jangan tak potong kan?..dah betul-betul kena potong.
Haruslah digelabahkan.. Mana boleh kalau takde line internet.
Susah-susah. Segala kerja akan tertangguh.
Tapi, elok juga.. boleh buat kerja lain pulak ye..
Kerja apakah itu yang tak menggunakan line internet..?

JOM DESIGN HADIAH SENDIRI.

Gara-gara Takde Line.

Macam Chipsmore pulak ye line ni. Sekejapan ada, sekejapan tak ada. Macamana nak berinternet dengan tenang. Asyik sangkut-sangkut aja. Harapnya masalah ni tak berpanjangan. Mungkinkah disebabkan cuaca yang tak menentu menyebabkan line tak berapa elok?.. Ada sesiapa boleh tolong jawabkan?

Yela.. Macam hidup kita juga kan.. Tak selamanya lancar aja.. pasti ada traffik jam kat mana-mana juga. Cuma kena pandai tackle sendiri la semua cabaran tu. Kalau tak boleh hadapi seorang diri, kongsi bersama yang terdekat..

~Yang kat bawah ni la yang buat tergugat sikit keceriaan di pagi indah ini.

This webpage is not available

The webpage at http://nurhafiz2009.blogspot.com/ might be temporarily down or it may have moved permanently to a new web address.

Here are some suggestions:

· Reload this web page later.

Error 105 (net::ERR_NAME_NOT_RESOLVED): The server could not be found.

ANJUNG STREAMYX.

~Saja nak kongsi karya tentang ANJUNG STREAMYX ni. Join satu kontes, ramai lagi yang hebat-hebat. Rupanya ANJUNG STREAMYX ni adalah kaunter pendaftaran internet secara online. Senang, tak payah beratur.. Contest dah tamat semalam. Entry asal DISINI.

A-NJUNG STREAMYX nama diberi , laman KAUNTER INTERNET ONLINE sebagai PUSAT SEHENTI.
N-ak DAFTAR INTERNET ONLINE PERCUMA khidmat diberi. Tidak perlu beratur, memudahkan diri.
J-angan ragu jangan keliru, hanya KLIK KLIK sahaja pasti menjadi.
U-ntuk anda semuanya diurus disini. Dari mula hingga BROADBAND diberi.
N-yatakan jenis broadband pilihan hati. Pasti ada yang memikat nanti.
G-unakan peluang keemasan ini. ANJUNG STREAMYX memang mudah sekali.

S-treamyx untuk PENGGUNA BIASA serta Streamyx untuk PERNIAGAAN(SOHO) boleh didapati.
T-ermasuk juga UNIFI VIP dan BIZ, juga CELCOM BROADBAND pilihan terkini.
R-ancangan seterusnya untuk tambah khidmat pendaftaran ISP lain seperti YES, P1Wimax,U-Broadband, Maxis Broadband juga pelbagai lagi.
E-loklah 'LIKE' di laman FACEBOOK ANJUNG STREAMYX ini,
A-gar mudah untuk ikuti perkembangan dan informasi.
M-arilah sama rasai kehebatan ANJUNG STREAMYX di alamat:http://www.anjungstreamyx.com ini.
Y-ang pasti menjanjikan kelainan dan keistimewaan yang tersendiri.
X-faktor ANJUNG STREAMYX adalah suatu kelainan yang dicari.

Slow nye.. Macam Kura Kura Ke Siput?..

Alangkah selow melow nye talian internet di kala kesunyian ini. Kenapa agaknye ye.. adakah kerana ramai sangat yang sedang online.. Sungguh tidak bermaya sekali line internet pada hari ini.. Jadi perjalanan tidaklah sejauh mana.. Tidak sampai di Doha.. Cuma ke 3 wilayah persekutuan.. ( Ada 3 Wilayah Persekutuan rupanya sekarang ye.. Adakah baru atau sudah terlupa?)

Dalam TV asyik keluar iklan YES tu kan.. Bukan Year End Sale oke.. Tapi talian internet yang baru tu.. Cuma nak tahu la kan kot kot ada yang dah menggunakan perkhidmatan YES ni.. dari YTL.. Ada ke kawan kawan yang dah guna.. Apa pendapat anda.. Rasa macam mustahil je pada awalnya.. tapi sekarang semua boleh buat kan.. Bukan hanya Malaysia Boleh.. Macam youtube tu dah ada 1tube (khas untuk Malaysia..)

Tadi ada tak kawan kawan yang termenonton rancangan dokumentari masakan?. Kalau tak silap channel Afc kot.. Tentang toad- kodok ke katak ke.. adik beradik la tu.. Eii.. geli sangat tapi nak tengok juge. Rancangan kat Thailand, cara cara menangkap kodok itu, lalu memasaknya.. Erk.. Masih terbayang.. Kense makan tadi.. Tapi rasa lapar pulak lepas tu.. akhirnya makan juga la kan.. Kesian lak nengok sang kodok itu dimasak idop idop..

Dah.. nak sambung jalan jalan cari makan....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...