Nak Souvenier best?

Showing posts with label kebersihan. Show all posts
Showing posts with label kebersihan. Show all posts

Banyaknya sampah!


Banyaknya sampah!


Nur rasa kita perlu tanamkan sikap kitar semula dan tingkatkan lagi kempen ni..


Setiap tahun, jumlah sampah yang dikutip di Kuala Lumpur lebih kurang 21,000 tan dan dijangkakan pada tahun 2020 nanti, ia akan meningkat sehingga 30,000 tan.
Orang ramai kerap menyalahkan pihak pengurusan kerana tidak melakukan kaedah pengurusan yang baik dalam memproses sampah.
Lebih daripada itu, jenis sampah yang kebanyakannya terdiri daripada bahan plastik kerap disalahkan kerana ia sukar mereput secara semula jadi.
Sebenarnya, masalah terbesar longgokan sampah sarap berpunca daripada sikap manusia sendiri iaitu gemar membuang sampah merata-rata dan tidak mengamalkan amalan kitar semula.

Kawasan Tercemar kat mana?

~Sayang sekali.. inila padahnya kalau tak jaga alam sekitar.. Apa nasib anak cucu cicit kita pada masa mendatang?


HAMPARAN sawah padi yang menghijau, layang-layang berterbangan di udara dan suara kanak-kanak ketawa keriangan menghiasi suasana kampung Sukamaju yang terletak di bahagian Jawa Barat, Indonesia.
Namun di sebalik suasana indah itu, bau busuk menusuk hidung penduduk di situ. Longgokan sampah dan plastik yang mengalir dalam aliran Sungai Citarum membunuh keindahan kampung tersebut.
Sungai sepanjang 297 kilometer itu dianggap sebagai tong sampah akuatik yang merentasi Kepulauan Jawa dan pusat bandar raya Indonesia iaitu Jakarta.
Dilabel sebagai kawasan yang tercemar di dunia oleh agensi suruhanjaya kerajaan tempatan dan badan bukan kerjaan (NGO) yang terlibat dengan tahap kebersihan, sungai tersebut merupakan satu-satunya sumber air kepada 15 juta rakyat Indonesia walaupun ia berisiko kepada kesihatan dan tanaman penduduk di negara itu.

Jom buang sampah merata rata?

~Pernah ke kawan-kawan buang sampah melalui tingkap kenderaan?..
atau pernah melihat situasi sebegitu? isk.. sungguh tak berdisiplin kan.. 
Haritu ada kempen supaya tak buang sampah merata-rata.. Kalau kat Singapore ke Jepun ke.. takyah der kempen2 macam ni kan..


Sambil berjalan, mereka membawa sepanduk bertulis Hi-Five Me, Don’t be a litterbug. Setiap orang yang lalu-lalang pasti ditegur dengan memberikan tepukan hi-five tanpa malu sebagai tanda terima kasih kerana tidak membuang sampah merata-rata.
Mereka turut membawa beg plastik hitam besar supaya orang ramai yang berada di kawasan-kawasan tumpuan tetapi kurang tong sampah dapat membuang sampah ke dalam beg plastik itu.
Pada masa yang sama, mereka yang sepakat berpakaian warna hijau kekuningan itu juga membawa plastik kecil untuk diberikan kepada orang ramai sebagai bekas untuk membuang sampah.
Walaupun berpanas dan kadangkala tidak mendapat kerjasama pemilik premis kerana tidak dibenarkan melakukan sebarang aktiviti berkumpulan, mereka tetap meneruskan kempen tersebut.
Kempen yang pertama kali diadakan itu bertemakan Hi-5 Mother Earth, Bye-Bye Litterbugs dan merupakan anjuran hasil kerjasama MPF dan MPMA. Ia bertujuan untuk mendidik masyarakat supaya tidak membuang sampah merata-rata dalam persekitaran.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...