Nak Souvenier best?

Showing posts with label keretapi. Show all posts
Showing posts with label keretapi. Show all posts

Putus Kepala...

-ISK.. INILAH BAHAYANYA MENCEROBOH KAWASAN LARANGAN.. SALAH SIAPA?

KUALA LUMPUR – Seorang lelaki warga Myanmar maut dengan kepalanya hampir putus akibat dilanggar sebuah tren LRT Laluan Ampang di Stesen Chan Sow Lin di sini, hari ini.

Ketua Polis Daerah Cheras, ACP Mohan Singh Tara Singh berkata, dalam kejadian 6.45 pagi itu, lelaki berusia 26 tahun itu telah menceroboh kawasan stesen itu melalui tempat yang tidak berpagar sebelum dilanggar tren berkenaan dan diseret sejauh 10 meter.

"Mangsa mengalami patah tulang pada keseluruhan anggota badan dan lehernya hampir putus. Polis mengklasifikasikan kes itu sebagai kematian mengejut,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Sementara itu, Pengarah Divisyen Rail RapidKL, Khairani Mohamed berkata, berikutan insiden itu, perkhidmatan tren laluan Ampang diberhentikan selama 31 minit mulai 8.15 pagi bagi membantu siasatan polis.

Perkhidmatan itu disambung semula pada 8.46 pagi, katanya dalam satu kenyataan. – BERNAMA

Keretapi Rempuh Lori tangki di Sabah.

Keretapi Rempuh Lori tangki di Sabah.

Tonton dalam Berita tadi.
Besarnya Letupan yang berlaku.
Kemalangan yang berlaku antara keretapi dan lori tangki.
Dikatakan keretapi tersebut merempuh lori tangki.
Keretapi difahamkan dari Tanjung Aru.

Kejadian tu berlaku berhampiran juga dengan Lapangan Terbang Kota Konabalu, Sabah.

Masih belum diketahui sama ada ada melibatkan kemalangan jiwa.
harapan agar takde la kan.

Cuma agak hairan juga ..
Macamana keretapi dari Tanjung Aru tu boleh merempuh Lori tangki tu?
Adakah lori tu berada di laluan keretapi atau keretapi itu terbabas lalu melanggar lori tangki tersebut?

cube ceriter sket..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...