Belum lagi menonton cerita ni.. Apa kesudahan?.. Sinopsis dah baca.. Nak tunggu keluar kat Astro la.. Yang Astro terbaru tu.. Apa namanya? PVR?.. Bolehle menonton cerita Khurafat: Perjanjian Syaitan ni ye..
Kawan kawan dah tonton?.. Ambil mesejnya sahaja ye.. jangan diamalkan yang tak elok tu..
Khurafat (Arab: خرافة) ialah kepercayaan karut atau tahyul yang diada-adakan berpandukan kepada perbuatan-perbuatan dan kejadian-kejadian alam yang berlaku.
Contoh amalan khurafat di kalangan masyarakat Melayu:
- Bertawasul kepada si mati dengan harapan niat dan hajat akan dikabulkan melalui si mati terutamanya jika si mati tadi dari kalangan orang-orang soleh.
- Melalui di bawah si mati iaitu si mayat akan diangkat dan semua ahli waris akan lalu di bawah bertujuan supaya ahli waris tidak lagi akan mengingati si mati.