Geseran atau kerengsaan
Ia adalah penyebab biasa berlakunya ruam lampin, pada bahagian di mana lampin tersebut bersentuh/bergeser dengan kulit, lampin yang dipakaikan terlalu ketat atau dibiarkan terlalu lama. Ruam kerap terjadi di celah paha atau di bawah bahagian getah lampin.
Biasanya ruam ini mudah sembuh dengan penukaran lampin secara kerap dan mengeringkan kawasan tersebut.
Contact dermatitis
Penyebab
Ruam ini kebanyakannya terjadi pada bahagian yang terdedah seperti bahagian punggung. Ia tidak melibatkan kawasan lipatan anggota atau kedutan kulit.
Ia juga mungkin disebabkan oleh:
- Kulit terdedah air kencing atau najis dalam jangkamasa yang lama.
- Alahan terhadap bahan kimia dan lampin pakai buang.
- Alahan kepada bahan pencuci yang digunakan untuk membasuh lampin kain.
Rawatan
- Rawatan terbaik ialah menukar lampin secara kerap dan juga penggunaan bahan pelindung kulit yang mengandungi zink oksida.
- Gunakan air suam untuk mencuci punggung bayi setiap kali selepas membuang air kecil atau besar.
- Tukar lampin bayi dengan kerap, dan biarkan mereka tanpa lampin apabila perlu untuk menggalakan pengudaraan dan mengeringkan kulit bati.
- Elakkan dari menggunakan tepung jagung kerana ia menggalakan pertumbuhan bakteria dan kulat.
- Elakkan dari menggunakan bedak talkum kerana ia boleh memasuki paru-paru bayi dan boleh menyebabkan masalah pernafasan.
Pencegahan
Perkara utama untuk mencegah dan mengelakkan ruam lampin adalah dengan memastikan kawasan lampin bayi anda sentiasa bersih, nyaman dan kering.
- Periksa lampin bayi anda secara kerap dan tukarkannya sebaik sahaja ia basah atau kotor.
- Berhati-hati membersihkan bahagian punggung bayi anda apabila menukar lampin. Gunakan air suam dengan atau tanpa sabun yang lembut.
- Biarkan kulit bayi anda kering sepenuhnya sebelum memakaikannya semula dengan lampin lain.
- Gunakan ubat sapu yang mengandungi zink oksida untuk melindungi kulit bayi anda.
- Elakkan penggunaan seluar plastik dan kain lampin yang diikuti dengan penggunaan lampin plastik.
- Elakkan penggunaan sapuan lampin (tisu basah) yang mengandungi alkohol.
- Sekiranya ruam berterusan, tukarkan jenis sapuan lampin, lampin dan sabun yang digunakan.