Nak Souvenier best?

Showing posts with label rasuah. Show all posts
Showing posts with label rasuah. Show all posts

Isu Juta Juta ni.. RM200 juta..


KUALA LUMPUR - Kes saman RM200 juta oleh bekas Pengerusi Eksekutif Malaysia Airlines System Bhd. (MAS), Tan Sri Tajudin Ramli terhadap portal berita, The Malaysian Insider kerana memfitnah beliau, berjaya diselesaikan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini.
Hakim Harmindar Singh Dhaliwal dalam penghakiman terakhir sebelum bertukar ke Mahkamah Tinggi Ipoh merekodkan penyelesaian yang dicapai oleh pihak-pihak di kamar beliau hari ini.
Perkara itu dimaklumkan kepada pemberita oleh peguam George Miranda yang mewakili portal berita tersebut bersama dua yang lain dan disahkan oleh Peguam Lim Kian Leong yang mewakili Tajudin selaku plaintif

KENA LA JUJUR...

~Makan rasuah?.. No no no..

PUTRAJAYA – Seramai 62 orang kakitangan termasuk pegawai kanan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (Kastam) setakat ini sudah ditahan dalam operasi sejak Isnin lalu bagi membanteras `tangan-tangan kotor’ yang menjadi punca kerajaan kehilangan hasil kira-kira RM108 bilion setahun akibat rasuah dan pengubahan wang haram.

Mereka yang ditahan membabitkan 53 lelaki dan sembilan wanita berusia 24 hingga 56 tahun dengan 80 peratus berkhidmat di lima pelabuhan utama iaitu Pelabuhan Klang, Pelabuhan Kuantan, Pelabuhan Pulau Pinang, Pelabuhan Pasir Gudang dan Pelabuhan Tanjung Pelepas, Johor.

Gerakan di bawah Ops 3b itu mendapati Pelabuhan Klang menjadi tumpuan utama jenayah apabila 48 suspek ditahan di situ.

Pengarah Siasatan SPRM, Datuk Mustafar Ali pada sidang akhbarnya di sini semalam memberitahu, daripada jumlah itu, sebanyak 17 orang termasuk seorang berpangkat Pengarah dan isterinya juga pegawai kanan Kastam ditahan reman manakala bakinya telah dibebaskan setelah disoal siasat.

“Kami percaya mereka mengambil suapan secara individu dan bukannya didalangi sindiket tertentu.

“Sejak siasatan kami bermula pada 2008, kami menjangkakan lebih RM10 bilion telah diseludup keluar dari negara ini,’’ katanya


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...