Nak Souvenier best?

Showing posts with label telefon. Show all posts
Showing posts with label telefon. Show all posts

NAK TELEFON SAMSUNG GALAXY MINI...

SAMSUNG GALAXY MINI..

SEMENJAK DUA INI ADA MEMERHATIKAN SAMSUNG GALAXY MINI NI DARI JAUH.
TERINGIN JUGA NAK MENGGUNAKANNYA ATAU LEBIH TEPAT MEMILIKINYA..
NAK JUGA KONGSI BACAAN DARI KOSMO NI..

ANTARA KELEBIHANNYA.

  • rekaan ergonomik dan menggunakan warna cerah pada kerangka badan yang dapat menyerlahkan lagi personaliti pengguna.
  • mudah dipegang dan dikendalikan pengguna apabila berada di mana-mana sahaja apatah lagi, ia hanya seberat 106.6 gram (g).
  •  boleh melayari internet dan melakukan pelbagai tugasan harian dengan dijana sistem operasi (OS) Android 2.2 Froyo.
  • dilengkapi Perkhidmatan Mudah Alih Google yang menawarkan akses ke alam maya dengan mudah.(termasuk Gmail, GTalk, Google Maps dan banyak lagi.)
  •  telefon pintar yang menggunakan OS Android 2.2 itu juga boleh mengakses melebihi ribuan aplikasi melalui Android Market.
  • telefon pintar tersebut dilengkapi Wi-Fi.




Pengguna yang ingin mengetahui lebih lanjut mengenai telefon pintar Samsung Galaxy Mini boleh melayari laman web www.samsung.com/my/.
ADA TAK KAWAN-KAWAN DAH GUNA SAMSUNG GALAXY MINI NI?.. OKEY TAK?


Dia Takde Henset la .. Biar Betikk!!!!

Tak caya ke ada orang yang takde henset.. Biar betikk kan..
Tapi .. Ini la buktinya oke..


lia AKA milo said...
ngeee..kalau Lia pula, x ada handphone pon, kalau nak guna atau nak telephone orang guna phone ofis(bos bukan marah pun),
kalau kat luar,publicphone kan bersepah..

Beli Telefon Baru!!

~Macam ada sorang artis tu kena kan.. Penah tengok kat TV tidak lama dahulu..

PORT DICKSON - Orang ramai diminta berhati-hati apabila membeli telefon bimbit di tapak-tapak karnival menjual peralatan komputer dan elektronik di seluruh negara berikutan ada peniaga dikesan menjual telefon bimbit tiruan.

Ketua Cawangan Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (PPDNKK) Daerah Port Dickson Yusuf Bakar berkata, perbuatan itu dikesan selepas pasukannya merampas 143 unit telefon bimbit tiruan bernilai RM80,000 dalam satu operasi di Dataran Rembau minggu lepas.

Rampasan yang dibuat itu melibatkan 10 tapak gerai di karnival itu, katanya kepada pemberita di pejabatnya di sini, hari ini.

"Mereka akan menayangkan telefon bimbit yang asli di ruang pameran gerai mereka tetapi selepas pembeli bersetuju dengan harga tawaran, mereka akan membuat keadaan seperti kelam kabut sebelum menukarkan telefon asli itu dengan telefon tiruan yang disimpan di bawah kaunter,” katanya.

Modus operandi para peniaga di tapak karnival ini turut dikesan di Senawang sebelum ini dan beliau percaya peniaga terbabit mempunyai rangkaian di seluruh negara. - Bernama


Boleh Update Dari Telefon!

Sempat tulis tajuk je.. Lepas tu dah tak boleh.. Terus masuk draft. Masa tu gune internet daily by Digi tu.. Nak coba la katakan.. Last last, terpaksa diedit melalui komputer juga.. Belum optimum lagi la penggunaannya.. Rasanya Digi offer rm2 per day, tapi bila tengok balance jadi rm5 pula.. ntah la..

Kalau update Facebook memang dah biasa dah buat.. Tapi untuk update blog.. Masih terkial kial lagi.. Disebabkan kurang kemahiran dan kesabaran dan rasanya lagi senang type melalui computer ni, maka guna komputer aje lah ye..

Kawan kawan biasa ke update melalui telefon?.. Oke tak... Haritu terbaca yang D_08 ada update melalui phone dia..

iPhone bikin Huru Hara

Seorang pengguna yang dikenali sebagai Sueannlove melalui laman sosialnya memberitahu: "Penggera jam iPhone saya tidak berfungsi lagi. Perlu mencari jam lama saya."

Masalah itu bukan sahaja menimpa pengguna iPhone tetapi sebahagian pengguna produk Apple lain termasuk pemain muzik iPod yang mengalami masalah sama.

Syarikat Apple berjaya menjual sebanyak 14 juta unit iPhone sehingga 25 September lalu di seluruh dunia dan kini berada pada kedudukan kedua di belakang telefon bimbit Nokia berdasarkan jumlah jualan.

Kelmarin, syarikat itu menyatakan ia mengetahui masalah tersebut tetapi tidak menyatakan punca dan usaha penyelesaiannya. - Agensi

~Bermasalah juga ye telefon yang canggih canggih ni.. Beli mahal mahal tapi takleh guna juga.. Berbaloi tak kalau beli barang bukan main mahal, lepas tu rosak.. Tension lagi ada..

Kasihan pada pengguna yang berkenaan, sampaikan ada terlepas fight, terlepas temujanji kerana harapkan iPhone tu berbunyi, tapi aiseh.. rosak pulak..

Setuju la Nokia tetap no 1 sebab memang sangat friendly user kan telefon ni.. Makcik makcik nenek nenek atok atok yang tak pandai baca pun leh gune ye.. tahniah Nokia.. and produk ni dari mana ye.. Finland ke?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...