Nak Souvenier best?

Apa itu pencari suaka?

Apa maksud pencari suaka ye?
Bila bacaartikel ini tertanya tanya juge..


SELEPAS 22 hari meredah lautan dan ditahan lebih lima bulan dalam usaha melarikan diri dari negaranya, Sri Lanka, seorang pencari suaka, Jeevan Nanthakumar kini boleh menarik nafas lega.
'Perjalanan panjang' itu bukan sahaja sudah berakhir malah dia kini selesa menetap bersama keluarga angkat di Australia.
Nanthakumar memberi alasan meninggalkan keluarga dan negaranya pada Januari lalu kerana berhadapan masalah dengan kerajaan di samping keberadaan musuh-musuh di sekelilingnya.
"Saya pergi ke India. Di sana, saya berjaya mendapatkan bot dan meredah lautan selama 22 hari. Ia cukup azab. Saya pernah tidak makan dan minum selama lima hari," dakwanya lelaki berusia 26 tahun itu.
Bot itu kemudian ditahan oleh pihak berkuasa Australia. Dia dan kesemua penumpang telah dihantar ke sebuah wilayah terpencil di Australia di Pulau Krismas selama seminggu sebelum ditempatkan di pusat tahanan di Queensland.
Nanthakumar merupakan salah seorang daripada 7,000 pencari suaka yang tiba di Australia pada tahun ini.
Aliran rekod terbaharu menunjukkan pertambahan pencari suaka di pusat-pusat tahanan selepas dasar menahan dan menempatkan golongan itu di wilayah terpencil di Kepulauan Pasifik dilaksanakan semula.
Canberra berharap langkah itu akan mengurangkan kehadiran pencari suaka di negara itu yang rata-ratanya berasal dari Afghanistan, Sri Lanka, Iran dan Iraq. Mereka itu semua menyeludup masuk dari sekitar Asia Tenggara melalui jalan laut.

Resepi Rendang Daging.

Tiba-tiba teringin nak makan rendang daging. Apa ke halnya mengidam ke?..(perli diri sendiri..) takde mengidam apa sangat pun. Perut ni dah selalu sanagt disumbat dengan fasfu fasfud, jadi moh le kita cari 

-resepi rendang daging..


dapat dari myresepi.com.
-harap-harap menajdikle..

Bahan-bahan ( 5-6 orang )

  • 1kg daging- potong kecik-kecik
  • 2 peket kecik rempah kurma
  • 1/4 cawan kerisik
  • 1 biji kelapa-ambik santannya
  • garam
  • gula melaka / gula
  • sedikit air asam jawa
  • ****BAHAN KISAR**
  • 2 labu bawang besar
  • 5 ulas bawang putih
  • 5 batang serai
  • 1-1/2cm halia
  • 1-1/2cm lengkuas
  • 15-20 biji cili kering
  • ***BAHAN MAYANG ***
  • 3 helai daun limau purut
  • 1 helai daun kunyit

Cara-cara

  1. Tumis bahan yang dikisar sehingga naik bau.
  2. Masukkan rempah kurma. Tumis lagi sehingga berbau.
  3. Masukkan daging, kacau rata. Biarkan 2-3 minit. Kemudian masukkan santan.
  4. Bila agak-agak daging dah lembut, masukkan air asam jawa, garam dan gula.
  5. Bila daging dah betul lembut, masukkan pula kerisik dan gaul rata.
  6. Akhir sekali masukkan daun yang dimayang, biarkan sehingga kuah agak pekat.
  7. PERHATIAN: Masak dengan api perlahan.

RM1.2 juta sebulan?

Pendapatan The Loaf ni puratanya RM1.2 juta sebulan okey.. banyaakkk tu..


HE LOAF, kedai bakeri dan pastri berkonsepkan Jepun terus melebarkan sayapnya di negara ini. Bermula dengan hanya sebuah premis di Marina Telaga Harbour, Langkawi, Kedah pada tahun 2006, The Loaf terus gah melalui pembukaan cawangan yang kesembilan di Paradigm Mall, Kelana Jaya, Petaling Jaya.
Pengarah Urusan M&M Consolidated Resources Sdn. Bhd., Jiro Suzuki berkata, pembukaan cawangan terbaharu itu adalah bagi memenuhi permintaan banyak pihak yang menggemari kualiti roti jenama itu.
“Ketika pembukaan cawangan pertama di Langkawi kira-kira enam tahun lalu, kami menerima sekitar 7,300 pengunjung sahaja.
“Kini dengan sembilan cawangan, kedai kami dikunjungi purata 2,400 pelanggan sehari dengan jualan mencecah RM1.2 juta sebulan,” katanya.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...