BESTNYE ..
KUALA LUMPUR - Mahkamah Tinggi di sini memerintahkan syarikat rakaman, Syncrosound Records Label Music Sdn. Bhd. (Syncrosound) membayar royalti sebanyak RM18,859.38 kepada penyanyi, Anuar Zain.
Penolong Kanan Pendaftar Mahkamah Tinggi, Nurul Nadzia Abdul Aziz membuat keputusan itu di dalam kamarnya.
Semalam ditetapkan untuk keputusan taksiran jumlah royalti yang perlu dibayar syarikat rakaman itu kepada penyanyi itu bagi penjualan dua albumnya. Kedua-dua album itu menggunakan namanya sebagai judul.
Peguam yang mewakili Anuar, Aizul Rohan Anuar hadir di mahkamah, namun, penyanyi itu dan wakil daripada Syncrosound tidak hadir.
Dalam penghakimannya, Nurul Nadzia berkata, jumlah royalti sebanyak RM18,859.38 itu dikira daripada jumlah album yang dijual dari unit 15,000 sehingga unit terakhir yang dijual dan bukannya dikira dari unit pertama penjualan album itu.
"Mahkamah mengguna pakai perkiraan royalti yang dibayar kepada plaintif (Anuar) dalam mengira royalti yang perlu dibayar dan setelah meneliti perkiraan itu, mahkamah mendapati bahawa royalti sebanyak 10 peratus hanya akan dibayar bagi unit yang terjual dari 15,000 ke 29,999," katanya.
Selain itu, mahkamah juga mendapati dalam perkiraan royalti itu, tiada apa-apa rujukan dibuat terhadap penolakan kos produksi dan perbelanjaan yang dibuat oleh syarikat rakaman itu.
Nurul Nadzia berkata, dalam memutuskan jumlah royalti itu, mahkamah tidak mengambil kira hujahan defendan bahawa kos produksi dan perbelanjaan adalah lebih tinggi daripada royalti yang telah dibayar kepada Anuar kerana tiada keterangan yang diberikan oleh defendan bagi menyokong kenyataan itu.
Showing posts with label Anuar Zain. Show all posts
Showing posts with label Anuar Zain. Show all posts
Ada Apa Dengan Minggu Setiausaha 2011? Contact..
-Ada Anuar Zain, Datuk Siti Nurhaliza dan All Time Feveret Kak Nita..
- Anuar Zain : 9 April (best tak lagu ost Hikayat Merong Mahawangsa tu?)
PETALING JAYA: Penyanyi Anuar Zain akan mengadakan persembahan sempena Minggu Setiausaha pada 9 April depan di Dewan Seri Negeri, Ayer Keroh, Melaka.
Syarikat korporat dan individu yang berminat untuk menyaksikan persembahan hebat Minggu Setiausaha di luar Kuala Lumpur ini bolehlah menghubungi Pengurus Acara, Permaisuri Hotel & Resort iaitu Desmond Wong di talian 017-3137115 atau e-mel: desmond@permaisuri.com.my
Tiket-tiket dijual dengan harga RM188, RM288 dan RM388 bagi setiap seorang.
- Dato Siti Nurhaliza: 5 April 2011
Minggu setiausaha bersama Dato Siti Nurhaliza akan diadakan di Matrade Exhibition & Convention Centre, Jalan Duta, Kuala Lumpur pada 5 April 2011 berkonsepkan nostalgia. Pengacara majlis, Dee.
Tiket berharga RM 340 sehingga RM 550 telah pun dijual dan tempahan bolehlah dibuat menerusi talian 03-26939233 sambungan 8023 atau 8017.
Sumber: Minggu Setiausaha Nostalgia Dato Siti Nurhaliza,5 April 2011
Sila baca lagi di http://zonfiniti.blogspot.com
- Anita Sarawak & Noryn Aziz :6 April
Selebriti popular, Anita Sarawak buat julung kalinya akan tampil mengadakan persembahan bersama penyanyi jazz terkenal, Noryn Aziz sempena Minggu Setiausaha di Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC) di sini pada 6 April ini
Tiket yang berharga dari RM420 hingga RM550 seorang itu mula dijual hari ini dan mereka yang berminat untuk memilikinya boleh melayari laman web rasmi Tiket Charge di www.ticketcharge.com.my atau menghubungi terus ke talian hotline Ticket Charge bernombor 03-9222 8811.
.....
Siapa Setiausaha?..
Seorang setiausaha merupakan pembantu pentadbiran sama ada dalam pejabat pentadbiran perniagaan, atau dalam kerusi kerajaan, seperti Setiausaha Parlimen atau Setiausaha Negara.
Gelaran di pejabat merujuk pada individu yang melakukan pelbagai pekerjaan pentadbiran. Setiausaha eksekutif bertanggungjawab untuk banyak perkara. Asalnya apabila terdapat hanya mesin taip setiausaha menghabiskan banyak masa menaip tulisan tangan menjadi tulisan bertaip dan menyalinnya. Kini, dengan komputer, jumlah masa yang diambil untuk menaip dikurangkan dengan banyak. Oleh itu, pelbagai tugas lain mula dilakukan setiausaha, seperti mengawal belanjawan dan simpan kira. Mereka juga boleh menjaga butiran pengurusan untuk mengadakan persidangan peringkat tinggi atau mengatur katering untuk majlis makan tengah hariALL IN ONE
KLIK UNTUK HADIAH iPAD PERCUMA!!!
Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!
Subscribe to:
Posts (Atom)