Nak Souvenier best?

Showing posts with label artis. Show all posts
Showing posts with label artis. Show all posts

Dah ada buku ni?

ORKED banyak mengumpulkan bahan bagi menentukan kandungan buku Yasmin How You Know?.

Hot Guy..

gambar Randy Pangalila

Randy Pangalila sedang mencipta populariti di negara ini.

Lagi gambar Lisa Surihani.

Cantik si Lisa Surihani ni.. setuju?

gambar Lisa Surihani.
Lisa menjelaskan tiada niat untuk menguris perasaan peminat yang ingin mendekati atau bergambar dengannya.

Nabila Huda Yang Seksi. Anugerah Blockbuster.

~Ada komen?.. Ni bukan gambar Nabila Huda ye.. Ni gabar bapak Nabila Huda..

Nabila Huda Yang Seksi. Anugerah Blockbuster.

Amy Search
KUALA LUMPUR: Penyanyi rock Amy (Search) kesal dengan penampilan anaknya, Nabila Huda yang terlalu mendedahkan pada majlis Anugerah Blokbuster 2011 yang berlangsung di Stadium Malawati, Shah Alam, Sabtu lalu.

Pandai Diving tak?..

~TERINGIN NAK PANDAI MENYELAM JUGE..


 Pulau Sipadan di Sabah dan Tioman, Pahang merupakan lokasi yang kerap dipilih untuk aktiviti tersebut selain berpengalaman melakukan selaman di kepulauan Maldives dan Manado, Indonesia serta beberapa tempat lain di luar negara.
Dalam pada itu, Jehan berkata menyelam memerlukan kesabaran dan tumpuan yang secukupnya untuk mengelak perkara yang tidak diingini ketika berada di dasar laut.
Jehan (kiri) bersama rakannya pernah bertembung dengan ikan jerung semasa menyelam.
"Ia memerlukan ketelitian yang sangat tinggi dan jika tersilap langkah, sesuatu yang buruk akan menimpa. Bagaimanapun, apabila dah kerap kali melakukannya, saya sudah rasa biasa.


JODOH BEEGO & LINDA HASHIM.

JODOH BEEGO & LINDA HASHIM.

~Tahniah buat mereka..

Nama sebenar Beego ialah  Md Aszerul Nizam Abdullah dan pernah menjadi anggota kumpulan penyanyi Phyne Ballerz, sementara nama penuh Linda pula ialah Norhazlinda Hashim. 


BEEGO DAH BAWA LINDA JUMPA KELUARGA BEEGO DI BANDAR BARU UDA, JOHOR BAHRU SEBELUM RAMADAN DAN AIDILFITRI LALU"

Seronok sungguh Beego apabila Juwie bersembang rancak dengannya menerusi telefon setelah bertahun-tahun kami tak berjumpa.

Inilah NIKITA..

SUMBER BHONLINE.
Foto
GAMBAR NIKITA
INFO: Nikita Willy 
NAMA PENUH: Nikita Purnama Willy
NAMA KOMERSIL: Nikita Willy.
TARIKH LAHIR: 29 Jun 1994.
TEMPAT LAHIR: Jakarta, Indonesia.
ADIK-BERADIK: Anak pertama daripada dua beradik.
KARIER: Model, pelakon dan penyanyi.
IKLAN: Choki Choki, Bank BNI, Lip Ice, Fruitamin, jam tangan Alba, kosmetik Pigeon.
SINETRON: Bulan Bintang, Roman Picisan, Ratu Malu dan Jendral Kancil, Pengantin Remaja, Si Cecep, Pacar Pilihan, Mak Comblang Jatuh Cinta, Habibi dan Habibah, Nikita, Safa Marwah, Mr Olga, Putri Yang Ditukar. 
FILEM: Married By Accident, Bestfriend dan Tertipu Laris Manis LAGU: Ku Tetap Menanti, Lebih Dari Indah, Tafakur, Maafkan dan Pantas Untukku duet bersama Oskar Mahendra.
PENCAPAIAN: Artis Paling Digemari di Anugerah Panasonic, Global 2010 & 2011, Artis Paling, Digemari Anugerah Nickelodeons, Kids 2010 dan Selebriti Terbaik, Telefon Bimbit Telkomsel 2010


Hijab dan Melissa Saila (gambar).

Alhamdulillah.
gambar melissa saila berhijab

BAHAGIA. Melissa di samping tiga cahaya mata tersayang, (dari kiri), Zahra, Noor dan Zain.

JODOH HAFIZ HAMIDUN.

TAHNIAH YE HAFIZ HAMIDUN.

JODOH HAFIZ HAMIDUN.

mstar:

KUALA LUMPUR: Penyanyi nasyid Hafiz Hamidun mengakui dia telah jatuh cinta dengan seorang wanita Indonesia yang menetap di Mekah selepas pertama kali bertemu ketika menunaikan umrah pada Mac lalu.
Hafiz, 28, berkata, dia tidak sangka doanya yang mahu mendapatkan jodoh termakbul selepas melihat kecantikan anak perempuan kenalan kepada rakan kongsinya yang turut berada di situ.
"Syukur Alhamdulillah, apabila saya berdoa agar dapat bertemu dengan wanita yang sesuai, tidak sangka pada malamnya doa itu termakbul ketika saya mahu berurusan tentang hal perniagaan dengan keluarga wanita itu.
"Semasa perbincangan berlangsung, wanita itu telah menghidangkan air kepada saya, terus hati saya berkata, dia mungkin jodoh saya. Ia seperti sebuah cinta pandang pertama.
"Bagaimanapun, saya harus akur kerana tidak mungkin dapat berjumpa dengannya lebih kerap kerana dia menetap di Mekah dan belajar di sebuah universiti di sana. Sehingga kini baru dua kali kami bertemu, itu pun sekejap," katanya.

Gambar Terkini Lisa Surihani.

Gambar Terkini Lisa Surihani.

gambar terkini Lisa Surihani.

sumber kosmo

Gambar cute Emma Maembong.

Gambar cute Emma Maembong.

~Nur perasan Ema Maembong ni berlakon dalam drama KAU YANG TERINDAH yang ada Neelofa dan Nazim Othman tu kan. Episod Akhir cerita Kau yang Terindah ni ada kontroversi tau.. Sebab kononnya penggambaran kat Mekah, tapi Neelofa dan Nazim macam tidur sebilik dan pegang pegang tangan.. Tapi Erma dah jelaskan dah.. Semua scenes tu dibuat di KL..
gambar emma maembong. -kosmo

FIGURA jelita ini sedang berusaha mencipta nama dalam persada lakonan tempatan.


PSY vs REBECCA BLACK.

PSY vs REBECCA BLACK.


"Video Friday milik Rebecca mendapat lebih 30 juta tontonan di YouTube dalam waktu singkat, dan sewaktu popularitinya memuncak, dia begitu sibuk. Namun kini, selepas fenomena Friday berakhir, dia kini kembali menjalani kehidupan sebagai seorang remaja normal," ujar Pomerantz.
Dia juga menambah bahawa demam klip video tidak selari dengan populariti menjadi bintang pop. "Jauh sekali mampu untuk mengutip pendapatan yang lumayan," ujarnya.
Pomerantz seterusnya berharap, Psy mampu mengekalkan populariti dengan menghasilkan karya yang lebih bagus selepas ini.


Video Youtube Shila Amzah Asian Wave 2012.

Video Youtube Shila Amzah Asian Wave 2012.


    Masih belu puas bila menonton Video Youtube Shila Amzah Asian Wave 2012 yang dia menang baru-baru ni. Kalau kawan-kawan belum saksikan, bolehla google "Video Youtube Shila Amzah Asian Wave 2012" tu. Kalau tengok memang meremang le bulu roma dengan vokalnya yang POWER itu.

     Shila Amzah ni memang pandai berbahasa mandarin ye. Untungnya dia. Nur pun kalau boleh nak sangat belajar bahasa mandarin.. Takpun bahasa Korea- senang le nak layan kimchi drama nanti. hehe. Untung kalau kita ni dapat kuasai pelbagai bahasa.. Nur ni bahasa Inggeris pun masih terkapai-kapai di pelabuhan..

Jom layan dulu.. nak g cari Video Youtube Shila Amzah Asian Wave 2012.


hmetro:  Gadis berusia 22 tahun itu berjaya mendapat perolehan termanis dalam sejarah kerjayanya kerana mampu menjejaki kejayaan artis senior beliau di peringkat antarabangsa seperti Allahyarham Datuk Sudirman Haji Arshad, Ziana Zain, Datuk Siti Nurhaliza, Misha Omar dan Deja Moss.
Nyata sekali kejayaan artis kita dalam mana-mana pertandingan nyanyian di peringkat dunia seharusnya dibanggakan kerana artis kita menjunjung nama Malaysia di mata dunia.


Kalau Perempuan jadi coach bola sepak lelaki?

Kalau Perempuan jadi coach bola sepak lelaki?

Macamana la nanti ek.. dahla coach ni bekas model.. Kalau kat Malaysia? Siapa agaknye layak ye jadi coach bola sepak (imejin model perempuan Malaysia).. Soo winci?


VOJAKOVAC, Croatia - Seorang wanita, Tihana Nemcic, mahu dirinya dilayan sama seperti ketua jurulatih yang lain.
Nemcic, 24, yang merupakan bekas pemain bola sepak antarabangsa Croatia dan model sambilan kini mendapat perhatian luar biasa.
Ini kerana dia telah mengambil alih tugas sebagai jurulatih pasukan bola sepak lelaki Croatia bagi pasukan NK Viktorija Vojakovac yang beraksi dalam divisyen kelima.
Nemcic, bekas pemain kelab di Croatia, memperolehi ijazah dari Universiti Sukan negara ini pada Julai lalu.

Lama tak tengok Halim Othman.

sumber kosmo
gambar Halim Othman

GELAGAT tiga deejay Suria FM (dari kiri), Kenchana Dewi, Halim Othman dan Nabil Ahmad berjaya memeriahkan suasana konsert

Gosip Jue Aziz dan Aidil Zafuan.

Gosip Jue Aziz dan Aidil Zafuan.

Bila baca petikan kosmo ni, dah lali pula dengan gosip mereka berdua. Kini masing masing dah available, oke la tu. Kalau betul pun takpe. Lagipun hak penjagaan anak dah dimenangi oleh Rita Rudaini. Biasa la dah jadi selebriti.. macam macam gosip.. Erk.. pasal Ustazah Khasifah tu betul ke?


Gosip tersebut sekali lagi ‘dijulang’ oleh sebuah akhbar yang mendakwa hubungan Jue dan Aidil kini dikatakan semakin serius dan sedang memasuki fasa panggilan sayang-menyayang.
Lebih hebat, apabila gosip tersebut mendakwa Jue mendapat sebuah beg tangan berjenama mewah pemberian Aidil.
Menurut gosip tersebut lagi, beg tangan tersebut dibeli Aidil di pusat beli-belah Pavilion, Kuala Lumpur dengan harga yang agak mahal untuk memujuk Jue yang kononnya dikatakan merajuk. Apa yang menarik, gosip tersebut langsung tidak menampilkan sebarang kenyataan baik daripada pihak Jue mahupun Aidil

Mia Sara - sedap nama, secomel tuannya.

Mia Sara - sedap nama, secomel tuannya.

Siapa la tak kenal Mia Sara Nasuha ni?. Pelakon kanak-kanak yang memang glamor. Ditambah dengan kepandaian dia berlakon dan kecomelan raut wajah dia. Kira cukup la pakej dia ni kan. Nama pun sedap..Mia Sara Nasuha.

Mia Sara Nasuhaberhenti berlakon?.. bukan sebab apa pun.. sebab nak tumpukan pada exam.. Dah 7 tahun rupanya dia ni..



MENJADI pelajar paling popular di sekolah, Mia atau nama sebenarnya  Mia Sara Nasuha Muhammad Ridhuan, 7, tidak pernah melahirkan rasa benci selalu dikelilingi oleh rakan-rakan di sekolahnya.
Malah, barang-barang Mia turut diambil oleh rakan-rakannya kerana terlalu menyukai Pelakon Kanak-Kanak Terbaik Festival Filem Malaysia Ke-24 menerusi filem Sekali Lagi itu.
"Pernah satu tahap dia dikelilingi ramai rakan sekolahnya ketika waktu rehat, tetapi dia tidak kisah dan boleh makan seperti biasa," ujar bapa Mia, Muhammad Ridhuan Muhammad Salleh ketika ditemui pada majlis sambutan hari ulang tahun Mia yang ketujuh di restoran pizza dan pasta Italiannies, pusat beli-belah Paradigm, Kelana Jaya, 

Neelofa nafi bercuti dengan Hans Isaac di Koh Samui.

Neelofa nafi bercuti dengan Hans Isaac di Koh Samui.

~Rata-rata berita pasal Neelofa ni keluar kat semua paper. Khabarnya Neelofa dan Hans Isaac pergi brcuti di Koh Samui, Thailand. Rupa-rupanya takla. Masing- masing pergi berasingan. Nur tak pernah pula sampai ke Koh Samui ni. Lepas ni nak google la keindahan Koh Samui ni.

Bercuti bersama secara kebetulan?..

Ala.. biasala kan. Macam kawan-kawan g bercuti kat Cameron Highland ke lepas tu terserempakdengan Nur masa petik strawberi.. Ha, lebih kurang gitu la situasi Neelofa ni kan. Cuma tak terserempak je dengan Hans Isaac.


Kosmo!: Pasti Lofa sendiri sudah tahu tentang gosip yang mendakwa Lofa bercuti bersama Hans Isaac di Koh Samui, Thailand baru-baru ini. Betul atau tidak?
NEELOFA: Jika mahu dikatakan saya bercuti bersama dia (Hans Isaac), dia sebenarnya sudah cuti lama (ke Koh Samui) sejak hari Khamis dan dia juga belum pulang lagi. Sedangkan, saya bersama kawan-kawan saya ingin bercuti selepas tamat penggambaran drama bersiri Kau Yang Terindah. Hans pula pergi ke sana dengan tujuan yang lain tapi apa yang menghairankan, mengapa mereka ini (blog-blog gosip hiburan tempatan) mahu paparkan gambar (yang) saya (rakam) dan jadikan ia isu besar.
Ini kerana memang saya sendiri yang muatnaik gambar (pemandangan di Koh Samui) tersebut. Pelik mengapa mereka paparkan gambar tersebut dan reka cerita lain. Jika Lofa mahu orang tahu bahawa Lofa bercuti bersama Hans, baik Lofa rakam gambar bersama dia sahaja.
Jadi Lofa memang bercuti bersama kawan-kawan Lofa?
Ya, betul.
Lofa ada berjumpa dengan Hans di Koh Samui?
Tidak sama sekali. Kami tidak berada di lokasi yang sama di Thailand, dia telah ke Phuket. (Pelakon) Nazim Othman juga ada bercuti di Phuket. Saya juga tidak jumpa Nazim kerana dia menginap di resort yang lain. Ini kerana percutian Lofa itu hanya selama dua hari sahaja. Lofa pergi hari Ahad dan pulang semalam (Isnin).

Shila Amzah : Asian Wave.

Shila Amzah : Asian Wave.


Apa yang kecoh sangat dengan Shila Amzah : Asian Wave ni? Buat yang belum tahu, baru-baru ini Shila Amzah telah berjaya menjadi Juara dalam pertandingan nyanyian Asian Wave. Apa yang menariknya sampai meletup-letup nama Shila Amzah ni terutama kat Youtube? 

Sebenarnya nyanyian Shila Amzah tu istimewa sebab beliau berjaya dalam menyampaikan lagu dalam bahasa Cina. Bila menonton Youtube nyanyian Shila Amzah ni, memang nampaknya dia menyanyi dengan bersungguh sungguh dan penuh feel. Walaupun tak faham apa yang dinyanyikan tu, tapi memang rasa best la lagu tu.

Masa dia nyanyi pun para juri terpegun dengan keenakan suara Shila Amzah ni. Jadi dia la yang terpilih menjadi pemenang dan berjaya menewaskan dua lagi pencabarnya dari China. Dan pertandingan tu diadakan di china, penonton nya menyokong Shila Amzah sepenuhnya. kalau nak tahu,kawan-kawan bolehla tonton video Shila Amzah : Asian Wave tu kat Youtube.

Zed Zaidi Hilang Kereta.

Zed Zaidi Hilang Kereta.


kosmo:

PETALING JAYA – Malang menimpa lagi kepada Presiden Persatuan Seniman Malaysia (Seniman), Zed Zaidi (gambar) apabila kereta miliknya dicuri orang awal pagi kelmarin.
Ia merupakan kes kedua yang menimpa beliau atau nama sebenarnya Rozaidi Abdul Jamil, 32, selepas sebuah kereta Toyota miliknya dilaporkan hilang di Nilai, Negeri Sembilan pada tahun 2007 dan sehingga kini ia belum ditemui lagi.
Kali ini, beliau melaporkan kehilangan kereta Perodua Kelisa berwarna perak yang diletakkan di hadapan rumahnya di kondominium Perdana View di Damansara Perdana di sini.
“Pada awal pagi kelmarin saya dimaklumkan oleh isteri dan pembantu peribadi saya bahawa kereta itu yang diletak di hadapan kondominium kami sudah lesap selepas pulang dari membeli-belah.
“Selepas mengesahkan kereta itu tidak digunakan oleh keluarga terdekat, isteri saya membuat laporan polis pada malam kejadian,” ujarnya yang dihubungi Kosmo! di sini semalam.
Tambah Zed Zaidi, kereta yang dibeli lebih dua tahun lalu itu biasanya dipakai oleh ibunya dan diletakkan di hadapan kondominium ekoran ketiadaan ruang tempat letak kereta di dalam kawasan kediamannya.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...