Nak Souvenier best?

Showing posts with label Vacation. Show all posts
Showing posts with label Vacation. Show all posts

Neelofa nafi bercuti dengan Hans Isaac di Koh Samui.

Neelofa nafi bercuti dengan Hans Isaac di Koh Samui.

~Rata-rata berita pasal Neelofa ni keluar kat semua paper. Khabarnya Neelofa dan Hans Isaac pergi brcuti di Koh Samui, Thailand. Rupa-rupanya takla. Masing- masing pergi berasingan. Nur tak pernah pula sampai ke Koh Samui ni. Lepas ni nak google la keindahan Koh Samui ni.

Bercuti bersama secara kebetulan?..

Ala.. biasala kan. Macam kawan-kawan g bercuti kat Cameron Highland ke lepas tu terserempakdengan Nur masa petik strawberi.. Ha, lebih kurang gitu la situasi Neelofa ni kan. Cuma tak terserempak je dengan Hans Isaac.


Kosmo!: Pasti Lofa sendiri sudah tahu tentang gosip yang mendakwa Lofa bercuti bersama Hans Isaac di Koh Samui, Thailand baru-baru ini. Betul atau tidak?
NEELOFA: Jika mahu dikatakan saya bercuti bersama dia (Hans Isaac), dia sebenarnya sudah cuti lama (ke Koh Samui) sejak hari Khamis dan dia juga belum pulang lagi. Sedangkan, saya bersama kawan-kawan saya ingin bercuti selepas tamat penggambaran drama bersiri Kau Yang Terindah. Hans pula pergi ke sana dengan tujuan yang lain tapi apa yang menghairankan, mengapa mereka ini (blog-blog gosip hiburan tempatan) mahu paparkan gambar (yang) saya (rakam) dan jadikan ia isu besar.
Ini kerana memang saya sendiri yang muatnaik gambar (pemandangan di Koh Samui) tersebut. Pelik mengapa mereka paparkan gambar tersebut dan reka cerita lain. Jika Lofa mahu orang tahu bahawa Lofa bercuti bersama Hans, baik Lofa rakam gambar bersama dia sahaja.
Jadi Lofa memang bercuti bersama kawan-kawan Lofa?
Ya, betul.
Lofa ada berjumpa dengan Hans di Koh Samui?
Tidak sama sekali. Kami tidak berada di lokasi yang sama di Thailand, dia telah ke Phuket. (Pelakon) Nazim Othman juga ada bercuti di Phuket. Saya juga tidak jumpa Nazim kerana dia menginap di resort yang lain. Ini kerana percutian Lofa itu hanya selama dua hari sahaja. Lofa pergi hari Ahad dan pulang semalam (Isnin).

Cuti Umum Tambahan..

Ini berita kat mstar..
KUALA LUMPUR: Kerajaan membuat keputusan untuk mengumumkan cuti umum tambahan menjelang hari raya puasa tahun ini kerana ia dijangka jatuh bersamaan dengan sambutan hari kemerdekaan negara iaitu pada 31 Ogos.
Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Sidek Hassan ketika mengumumkan demikian berkata, bagaimanapun, tarikh sebenar cuti umum tambahan itu akan bergantung kepada pengumuman tarikh hari raya yang akan diisytiharkan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Melayu sebagaimana lazimnya. Sekiranya hari raya pertama jatuh pada Selasa 30 Ogos yang juga bermakna hari raya kedua akan bersamaan dengan sambutan hari kemerdekaan negara pada Rabu, 31 Ogos, maka hari Khamis, 1 September akan diisytiharkan sebagai hari cuti umum tambahan, kata Sidek dalam satu kenyataan, Selasa.
Bagaimanapun, sekiranya hari raya pertama jatuh pada Rabu, 31 Ogos yang juga bersamaan dengan cuti umum sambutan ulang tahun kemerdekaan negara, maka hari raya kedua akan jatuh pada 1 September dan ini bermakna 2 September akan diumumkan sebagai hari cuti umum tambahan.

Nak pergi Doha, Qatar

Best ke Doha, Qatar tu?. Sebab apa tiba-tiba rasa nak pergi sana? Siapa ada kat sana? Lydia Miza? MamaNajlaa?.. Ye memang mereka kat sana. Tapi teringin nak pergi bila nama Doha ni termasuk dalam Top Ten Vacation destination for 2011. Wah, sudah makin glamer ye? Dan senang ke nak pergi sana? Dan best sangat ke?

"Doha doesn't attract the hoards of beer-swilling British tourists or the sheer number of hotels that the U.A.E.'s Dubai does, but its beaches are more beautiful and its gourmet restaurants are less crowded. The Al Jazeera news network is what put Doha on the map a decade ago, although a different sort of camera -- the movie kind -- is what's drawing tourists for the Doha-Tribeca Film Festival. Next year marks its third installment. Doha is concentrating on beefing up its presence on the international stage by following up its world-class, I.M. Pei-designed Museum of Islamic Art with a bid for the Olympics in 2016 and the Fifa World Cup in 2022. Plus, the city is hosting professional soccer's Asian Cup in January."

Inila petikan dari Yahoo, suggest Doha sebagai Top Ten Vacation destination for 2011. Ya, sebagai tuanrumah World Cup2022. Bolehla pergi menonton 'live' World Cup 2022 sambil melancong ye. Yang lain lain tu kita tanya kat mereka yang ada kat sana la ye... So, tahun depan kat mana wishlist vacation anda?
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...