Nak Souvenier best?

Showing posts with label cuti. vacation. Show all posts
Showing posts with label cuti. vacation. Show all posts

Tempat Menarik di Sabah: Desa Dairy Farm.

~Kawan-kawan yang dah pergi ke Sabah ada mencadangkan supaya ke sini. Katanya sebijik macam kat New Zealand.. Ha.. menarik tu. Teringin la nak pergi. Memang banyak lagi tempat-tempat menarik kat Malaysia ni yang belum diterokai.
Kat tempat sendiri pun entah-entah belum juga habis round lagi. Mana tahu kot kot ada air terjun menarik kat dalam hutan belakang rumah?.. Atau ada pantai yang belum diterokai tak jauh dari kediaman? (mimpi la tu..)

OKeyla.. tempat percutian menarik kat Sabah ni boleh masuk diari.. Boleh la kita g untuk tahun depan.. ye tak..
pix_middle

NFO

> Desa Daily Farm dibuka pada tahun 1981 dengan 
keluasan 199 hektar

> Pengeluaran sebanyak 900,000 liter susu disasarkan mensasarkan Desa Cattle (S) Sdn Bhd setahun 

> Dibuka dari 8.00 pagi hingga 5.00 petang

> Bayaran RM3 (dewasa) dan RM2 (kanak-kanak)

Neelofa nafi bercuti dengan Hans Isaac di Koh Samui.

Neelofa nafi bercuti dengan Hans Isaac di Koh Samui.

~Rata-rata berita pasal Neelofa ni keluar kat semua paper. Khabarnya Neelofa dan Hans Isaac pergi brcuti di Koh Samui, Thailand. Rupa-rupanya takla. Masing- masing pergi berasingan. Nur tak pernah pula sampai ke Koh Samui ni. Lepas ni nak google la keindahan Koh Samui ni.

Bercuti bersama secara kebetulan?..

Ala.. biasala kan. Macam kawan-kawan g bercuti kat Cameron Highland ke lepas tu terserempakdengan Nur masa petik strawberi.. Ha, lebih kurang gitu la situasi Neelofa ni kan. Cuma tak terserempak je dengan Hans Isaac.


Kosmo!: Pasti Lofa sendiri sudah tahu tentang gosip yang mendakwa Lofa bercuti bersama Hans Isaac di Koh Samui, Thailand baru-baru ini. Betul atau tidak?
NEELOFA: Jika mahu dikatakan saya bercuti bersama dia (Hans Isaac), dia sebenarnya sudah cuti lama (ke Koh Samui) sejak hari Khamis dan dia juga belum pulang lagi. Sedangkan, saya bersama kawan-kawan saya ingin bercuti selepas tamat penggambaran drama bersiri Kau Yang Terindah. Hans pula pergi ke sana dengan tujuan yang lain tapi apa yang menghairankan, mengapa mereka ini (blog-blog gosip hiburan tempatan) mahu paparkan gambar (yang) saya (rakam) dan jadikan ia isu besar.
Ini kerana memang saya sendiri yang muatnaik gambar (pemandangan di Koh Samui) tersebut. Pelik mengapa mereka paparkan gambar tersebut dan reka cerita lain. Jika Lofa mahu orang tahu bahawa Lofa bercuti bersama Hans, baik Lofa rakam gambar bersama dia sahaja.
Jadi Lofa memang bercuti bersama kawan-kawan Lofa?
Ya, betul.
Lofa ada berjumpa dengan Hans di Koh Samui?
Tidak sama sekali. Kami tidak berada di lokasi yang sama di Thailand, dia telah ke Phuket. (Pelakon) Nazim Othman juga ada bercuti di Phuket. Saya juga tidak jumpa Nazim kerana dia menginap di resort yang lain. Ini kerana percutian Lofa itu hanya selama dua hari sahaja. Lofa pergi hari Ahad dan pulang semalam (Isnin).

Hey, Dah Februari..

Hey, Dah Februari..

Ada apa dengan Februari ini?
Dah sebulan menjengah 2012.
Azam dah tercapai?..
Atau belumpun ada azam lagi?..
Ada yang bercuti ye harini..

untungla kan..
SELAMAT HARI WILAYAH!

Hari terakhir cuti..

Bila dah nak habis cuti ni terasa masa begitu cepat berlalu.
Masih belum dapat menikmati cuti sepenuhnya. Sebenarnya tak pernah puas pun..
Biasalah dah diberi betis nak peha. Sentiasa tak pernah cukup.
Nak nak tang bab cuti kan...

Kemalasan melanda..
Tidak mahu kembali...

Nak G IPOHMALI..

IPOH — Kerajaan negeri Perak mahu menjadikan kawasan Pekan Lama Ipoh yang juga dikenali sebagai “Old Town” sebagai kawasan pelancongan warisan yang dapat menarik pelawat tempatan dan luar negara.

Pengerusi Jawatankuasa Industri dan Pelancongan Datuk Hamidah Osman berkata, kawasan pekan lama mempunyai pelbagai bangunan warisan yang telah digazetkan dan setiap bangunan berkenaan mempunyai daya tarikan tersendiri sama ada keunikan bangunan dan juga sejarahnya.

Bandar raya Ipoh dipisahkan oleh Sungai Kinta yang mengalir di tengah bandar dan memisahkan pekan lama dan pekan baru.

Bercakap kepada pemberita di sini hari ini, Hamidah berkata, antara produk pelancongan yang telah diperkenalkan sebelum ini ialah program “jejak warisan"

yang membolehkan pelawat dibawa melawat bangunan-bangunan warisan di situ oleh jurupandu. - Bernama

CUTI SEM YANG PANJANG NAK BUAT APA?

Aduh.. pusing nak fikirkan nak buat apa la kan masa cuti-cuti semester yang panjang ni. Ada idea tak?.. Jom share kat sini. Kalau dulu-dulu cuti semester takde la panjang dan lama cenggini.. Ini berikutan Kementerian nak selaraskan semester pengajian di Malaysia selaras dengan internasional/ antarabangsa sebagai langkah nak tarik pelajar-pelajar luar sambung pelajaran di negara yang tercinta ni kan.

Jadi, nak buat apa?..

Senang je kalau taknak masa berlalu begitu sahaja.. BUATLA BLOG!! ye.. Salah satu cara nak isi masa lapang. Boleh dapat ramai kawan tau.. Dengan syarat kenala jadi peramah.. Rajin tegur menegur.. Senyum menyenyum..

Atau ada lagi aktiviti lain?.. Boleh juga bekerja di tempat-tempat yang menawarkan kerja kosong tu macam promoter kat pusat beli belah atau pembantu kedai.. Atau.. ada idea lain?..

TERENGGANU CUTI KE?

Daripada malam tadi semua asyik mencari-cari INFO tentang TERENGGANU cuti atau TIDAK. Tengok je la kat blog ni pun ENTRY tentang CUTI UMUM menarik perhatian para pembaca. Mesti ramai ORANG TERENGGANU yang masih mencari sama ada CUTI atau tidak.

Maka kesimpulannya tidak ada pengumuman khusus. Oleh itu TIDAK CUTI la kan. Kerja macam biasa sahaja. Mungkin akan ada GANNJARAN lebih baik untuk PASUKAN BOLA SEPAK TERENGGANU. Selain RM1000 setiap pemain, apa lagi yang bakal diperolehi?. Yang penting GELARAN JUARA yang dimenangi tu memang takboleh ditukarbeli…

Kalau cuti pun, rasanya lagi banyak kerja yang akan tergendala. Kalau Mesyuarat yang sudah dijadualkan hari ini, tiba-tiba diisytihar cuti.. Tak ke naya kat pihak penganjur?.. Tapi, kalau secara realiti, SIAPA YANG TAK SUKA CUTI. Budak sekolah pun suka cuti.. Saat habiskan masa bersama keluarga.. (tapi kalau cuti, makbpaknya tetap kerja: sedih juga kat budak itu..)

KOMEN Yusri TENTANG DAUDSU..

 

Komen ni diambil dari entry INI: CUTI UMUM TERENGGANU sempena PIALA FA.

Bukan Yusry KRU yang couple dengan Lisa Surihani tu ye… Rata-rata penonton komen game yang menarik. Yang ditemuramah kat Telvisyen pun komen benda yang lebih kurang sama.

Bagi Pemain Kelantan itu, pasti terbayang kesilapannya. Tapi, kata YUSRI, bukan silap dia..


yusri said...

bukan tersilap...cuma dia memang tak dapat nak buat apa dah...posisi tak selesa nak keluarkan...lagipun bola laju...tapi aku puas hati...sebab terengganu dah balas kan dendam Selangor....hehehe

Sempat lagi nak membalas dendam bagi pihak ye.. Sekejap je kan aura kemenangan ni.. Bak kata Zainal tadi.. gergasi Pantai Timur.. Macam hidup manusia juga kan.. kejap kat atas kejap kat bawah.. La ni boleh gambarkan la sapa kat bawah ye?..

Oke.. selingan ucapan terima kasih buat..

foll

Cik Ecah..

Cuti Terengganu Piala FA.

Tahniah buat PASUKAN BOLASEPAK TERENGGANU yang berjaya menggondol PIALA FA 2011. Merupakan PIALA terakhir dari 2005 dan akan datang TROFI baru pula akan digunakan.

Bukan nak cerita tentang TROFI. Tapi nak berkongsi kemeriahan KEMENANGAN PERLAWANAN akhir ini. Saat ini masih berlangsung penganugerahan hadiah untuk para pemenang.

Nampaknya dah ramai yang tertanya-tanya tentang CUTI UMUM TERENGGANU sempena PIALA FA ni kan. Sebab kalau KELANTAN, MB nya dah CONFIRM CUTI esok.. (katanya SHAZMIRA). Rasanya, warga TERENGGANU masih tertunggu-tunggu sama ada besok cuti atau tak.

Jadi, mana nak dapat pengesahannya ye?.. Sama-sama la cari.. Yang ada INFO boleh berkongsi.. Tahniah sekali lagi buat pasukan TERENGGANU.

~Kesian pulak pada PEMAIN KELANTAN tu yang tersilap masukkan gol. Mesti rasa bersalah yang amat ye..

CUTI UMUM ESOK.Sempena PIALA FA?

~BETULKE KELANTAN DIBERI CUTI UMUM ESOK WALAUPUN TAK MENANG? TERENGGANU CAMNE PULA?

LAYAN KISAH NORSHAHRUL NI DULU YE..

BUKIT JALIL mungkin sudah terlalu biasa bagi Norshahrul Id- lan Talaha.

Perlawanan melibatkannya di sana acap kali berakhir dengan kegembiraan seperti apa yang berlaku pada final Piala Malaysia dan Piala AFF Suzuki lalu.

Sebagai pemain berpengalaman, pentas perlawanan akhir seharusnya tidak mengundang kebimbangan malah, dia tentunya lebih arif bagaimana untuk memecah gawang Terengganu yang dikemudi Mohamad Sharbinee Allawee yang juga rakan sepela- tihnya bersama skuad kebangsaan.

Dua musim bersama Kelantan, nama Norshahrul tiba-tiba melonjak dan hampir setiap hari meniti di bibir, bukan sahaja penykong Kelantan tetapi pemerhati dan pencinta bola sepak tempatan walaupun dia sebelum itu sudah bersama pasukan kebangsaan ketika mewakili UPB-MyTeam.

Kemahiran dan ketajaman yang dimiliki sebagai seorang penggempur dilihat begitu sempurna, terutamanya ketika menggelecek lawan melalui garisan belakang padang sehingga ada yang menggelarkan Norshahrul sebagai The Linesman dan peluang di- miliki di dalam kotak penalti jarang disia-siakan.

Kelibatnya di padang memberi azimat dan tonik yang cukup berharga buat para peminat sehinggakan tatkala dia terbaring di padang kerana mengalami kecederaan, pasti ramai peminat yang resah dan tidak senang duduk.

Daulat Tuanku.

Besok Hari Keputeraan Yang Dipertuan Agong Malaysia.
Tahniah.
Apakah yang dimaksudkan dengan HARI KEPUTERAAN.
Adakah hari lahir beliau?
Atau..
Adakah hari beliau ditabalkan menjadi Sultan.?
Kalau kawan- kawan yang tahu..
Silakan berkongsi di sini.

Bagi yang hari lahirnya harini.. Tahniah..
Dan selamat pengantin baru bagi yang berkahwin pada hari ni..

Ohye, sekarang dah masuk bulan Rejab. Lagi beberapa hari nak masuk Ramadhan..

Hari Kelepasan Am Tambahan. Raya dan Merdeka.

Tadi dah buat entri telahan sendiri tentang hari Kelepasan Am Tambahan sempena RayaMerdeka nanti. Masa tulis tadi tu hanya berdasarkan pemikiran sendiri setelah dengar kat siaran radio tadi.

Setelah baca kat bernama online tadi, maka terang dan bersuluhla.
Beginilah kisahnya..

Jika hari raya jatuh pada 30 ogos, maka hari raya kedua jatuh pada hari kemerdekaan , oleh itu 1 september akan dijadikan hari cuti tambahan.

Begitu juga jika hari raya pertama jatuh pada 31 hb ogos, dan hari raya kedua jatuh pada 1 september, maka 2 september akan menjadi hari Kelepasan Am. Harap dapat gambaran pada kawan-kawan tentang cuti tambahan ini..

Cuti Kelepasan Merdeka dan Raya?

Tadi terdengar kat siaran dan baca juga kat online news tentang cerita ni. Namun tidak mengikutinya dengan teliti . Persoalan nya sekarang apakah maksudnya dengan hari kelepasan yang tersebut?

Kalau ada sesiapa yang boleh jelaskan, terima kasihla diucapkan.

Mengikut pemahaman sendiri, memandangkan pada tahun ini, hari raya dan kemerdekaan negara mungkin jatuh pada hari yang sama (eh betul ke)?. Jadi akan diperuntukkan satu hari lagi sebagai hari kelepasan . Maka seronoklah ye kita dapat extra cuti.

Kalau yang sekolah dapatla bercuti sekolah..
Bagi yang bekerja pun pasti happy diberi cuti ni.
Khabarnya bukan senang sesuatu cuti tu boleh diluluskan. Yang ni pun berdasarkan akta akta tertentu negara.

Selamat Bercuti ye..

Cuti-cuti Pulau Malaysia.

Kawan-kawan yang dikasihi,
Teringin rasanya nak menyendiri,
Mengambil kesempatan nak pergi bercuti,

Jadi, nakle bertanya kawan- kawan tentang destinasi:

Mana yang best agaknya?

Pulau Langkawi?
Pulau Pangkor?
Pulau redang?
Pulau Perhentian?
Pulau Tioman?

Ada cadangan atau nak bagitau mama yang best?
Silakan beri pendant kawan-kawan.

Hotel Yang Best?

Apakah kriteria sesebuah HOTEL itu best?.. Adakah bilangan BINTANGnya?.. Namanya yang GAH?. Atau servisnya?.. Kena pergi dan menginap dulu la kan, barulah boleh rasa sendiri. Macamana kawan-kawan pilih tempat penginapan?.. SEARCH sendiri kat internet atau TANYA member-member yang ada pengalaman dengan penginapan itu.

Setakat ini, hotel mana yang kawan-kawan pernah menginap dan rasa SANGAT BEST? Boleh kongsi tak?..
Yang pasti, hidangan yang disediakan juga menjadi TARIKAN UTAMA..

HOTEL Ritz-Carlton Hong Kong menawarkan penginapan mewah kepada pengunjungnya.


HONG KONG - Hotel Ritz-Carlton Hong Kong menjadi hotel paling tinggi dan bangunan keempat tertinggi di dunia selepas dibuka kepada orang awam kelmarin, lapor sebuah akhbar semalam.

Hotel yang berada di tingkat 102 ke-118 di Pusat Perdagangan Antarabangsa (ICC) itu mempunyai 312 buah bilik. Ia menawarkan pemandangan bandar dan pelabuhan, selain menyediakan kemudahan seperti pusat beli-belah seluas 93,000 meter persegi, enam buah restoran, spa dan kolam renang.

Menurut Presiden rangkaian hotel mewah itu, Herve Humler, Hotel Ritz-Carlton Hong Kong menjadi sebuah mercu tanda kepada kemuncak kejayaan selepas kerja keras selama bertahun-tahun.

"Kami mampu merealisasi sebuah hotel yang betul-betul hebat. Jadi kami mengalu-alukan tetamu bukan sahaja ke hotel yang tertinggi di dunia, malah hotel yang terbaik," katanya.

Selain itu, Ritz-Carlton telah meletakkan rasa mewah ke tahap yang baru dalam semua aspek. Menara hotel itu juga kelihatan jauh lebih tinggi daripada bangunan sekelilingnya. - Agensi



Pengakuan ikhlas saya..

Teringin nak menjelajah Malaysia.. Masih banyak tempat yang boleh diterokai, boleh dilawati. Selain destinasi seperti Pulau Langkawi dan Melaka, mana lagi tempat yang best untuk ber CUTI-CUTI MALAYSIA?

Last Friday, family kecil saya ke Semporna.. Tiket flight booked 2 bulan lepas sudah.. Masa nak pegi sana tu cam fikir-fikir juga.. Especially bab fulus ni la kan.. Tekadkan semangat,bukak website, booked dan bayar.. Hahahah..

Pengakuan ikhlas saya adalah ini 1st time saya naik Air Asia,1st flight for Redza selepas pindah dari Sabah ke Perak dan of course 1st trip for Raif.. Semua pun FIRST kan so banyak juga yang saya risau.. Very the nervous tak tentu pasal..

Tak sabar menanti sambungan.. Tempat ni ala-ala cerita DUYUNG lakonan SAIFUL APEK dan YASMIN HANI tu kan dan ofkos MAYA KARIN.

Cadangan Aktiviti Cuti Sekolah / Result SPM.

Apa aktiviti musim cuti sekolah ni?.. Bagi yang dah merancang aktiviti mereka, pastilah tak buntu sebab semua dah terjadual rapi. Tapi, ada juga yang tak merancang apa- apa kan. Jadi apa agaknya aktiviti yang boleh dibuat masa cuti ni ye?.. Ada cadangan?..

  • Melancong
Yang ni bagi yang mampu pastinya boleh ke luar negara.. (Tapi, jangan pergi Jepun sebab baru lepas gempa bumi..hehe..)
Kalau yang tak berkemampuan, bolehla melancong kat dalam negara je. Kalau rasa nak naik 'belon', boleh g Sabah atau Sarawak kan. Banyak lagi tempat yang menarik kat dalam negara kita ni.. (macam promoter tourism Malaysia pula)

~Pernah terbaca, lebih baik spend duit lebih kat tempat yang lebih dekat dan nikmati keselesaan berbanding g jauh2(banyak duit dah habis untuk tambang sahaja- akhirnya nak shopping pun takleh..)

  • Berkelah
Berkelah di pantai yang indah?.. Kalau kat KL, g Sunway Lagoon je la nampaknye ye.. Kalau ke hutan Lipur Janda Baik pun oke juga.. Bukanlah jauh sangat. Yang penting, untuk bersama keluarga.

  • Melayari internet.
Hehe.. kalau memang dah bosan, takde idea- pastinya melayari internet pun menjadi satu agenda masa cuti sekolah. Ye la, ibu bapa kerja.. Duduk rumah sorang-sorang, takde aktiviti.. Maka, internetla yang menjadi mangsa.. Apa nak buat?.. Facebook, Chat dan Blog..

  • Menghadiri Tuisyen..
erk.. ni masuk dalam cadangan jugak ke?..

Result SPM?.. Dengar khabarnya... dot dot dot.. Lainkali la cerita..

ALL IN ONE

KLIK UNTUK HADIAH iPAD PERCUMA!!!

Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!

Hadiah Playstation 3 (Sony)


~Ini adalah senarai hadiah hadiah yang menjadi pilihan pada tahun tahun tersebut.. Ada tak dalam koleksi kawan kawan semua? Hadiah untuk Tahun 2010 apa dia agaknya?...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...