Nak Souvenier best?

Showing posts with label keputusan bola sepak. Show all posts
Showing posts with label keputusan bola sepak. Show all posts

Selangor (0) vs Kelantan (1). 6.10.2012.

Selangor vs Kelantan. 6.10.2012.

KEPUTUSAN SELANGOR 0 KELANTAN 1.

STADIUM Sultan Muhammad IV di Kota Bahru dianggap gelanggang keramat buat Kelantan.
Ini kerana stadium yang mempunyai kapasiti 30,000 tempat duduk itu sentiasa menjadi igauan kepada pasukan pelawat.
Sebagai rekod, kali terakhir Kelantan tumbang di gelanggang sendiri ialah ketika tewas 1-2 kepada T-Team pada aksi Liga Super, musim lalu.
Malam ini, Kelantan akan melayan kunjungan Selangor bagi menghadapi aksi separuh akhir pertama Piala Malaysia.
Atas kertas, Kelantan masih lagi dilihat memiliki kelebihan berdasarkan kepada rekod cemerlang skuad The Red Warriors itu apabila beraksi di gelanggang sendiri.
Kehadiran ribuan penyokong fanatik Kelantan pastinya menghadirkan rasa gerun buat Sang Gergasi Merah yang berazam mencalarkan reputasi cemerlang The Red Warriors.
Menyedari anak-anak buahnya bakal menghadapi ranjau berliku malam ini, jurulatih Selangor, Irfan Bakti Abu Salim tidak mahu Gergasi Merah beraksi dalam keadaan tertekan sehingga mengundang padah buat mereka.
"Kami mahu bermain secara enjoy. Kita semua sudah tahu bahawa Kelantan cukup kebal beraksi di Stadium Sultan Muhammad IV tetapi kami sudah bersiap sedia menghadapi setiap cabaran yang mendatang.
"Saya tidak mahu mempedulikan apa yang berlaku di luar padang kerana fokus kami adalah 11 pemain sahaja.


Keputusan Liga M.. MU Kalah?

KACIWA?

KUALA LUMPUR: Berikut keputusan perlawanan Liga Super malam ini:

Liga Super:
Lion XII (0) - Terengganu (1)

Sarawak (2) - Negeri Sembilan (2)

Felda United (1) - Perak (2)

T-Team (1) - Selangor (2)

Kelantan (3) - Kuala Lumpur (0)

Kedah (1) - Johor FC (3)

~LIVERPOOL MENANG?..

Final Piala Malaysia 2011. Keputusan: terengganu 1- Negeri Sembilan 2.

Tahniah kepada pasukan bolasepak Negeri Sembilan dan Pasukan bolasepak Terengganu yang telah berjaya melayakkan diri ke Perlawananan akhir PIALA MALAYSIA 2011. Perlawanan Akhir Piala Malaysia ini juga diselitkan dengan beberapa kontroversi dan perasaan tidak puashati. Terutamanya melibatkan harga tiket yang terlalu tinggi. RM 50. Namun, nasib baik pada saat akhir harga Tiket perlawanan akhir PIALA MALAYSIA 2011 kekal RM30.

Keghairahan final piala Malaysia ni dirasai meski cuaca yang tidak menentu. Keadaan padang yang juga menjadi kontroversi tidak mematahkan semangat kedua dua pasukan Hobin Jang Hobin serta Peteh Ganu Peteh ini.

Secara keseluruhannya, sejak menonton SECARA LANGSUNG di rtm1(sebab pengulasnya menarik dan hebat oke..).. Boleh dikatakan PERLAWANAN AKHIR PIALA MALAYSIA 2011 ini sedikit hambar... Perlawanan yang kurang memberangsangkan. Adakah mereka terlalu berhati hati,,? Apapun.. Semoga adala pasukan yang menang nanti.. Kalau menang penalti tak syokk la kan..

Apa kata kawan kawan?

- okela.. Dapat satu goal buat Terengganu ( Ashaari) minit 59.
Goal minit 81- untuk NS.. Kesian lak tengok goalkeeper Terengganu tu..
Oke- lagi satu goal untuk negeri Sembilan.. Minit ke 86..

Komen Sejurus Selepas Perlawanan Malaysia Singapura Semalam..

biasalah. kalau menang disambut bak wira. kalau kalah di kutuk bak katak puru

insan_marhaen said...

biasalah. kalau menang disambut bak wira. kalau kalah di kutuk bak katak puru

*****
BACA KAT KOSMO DULU:

PERJUANG Malaysia pada kempen Kelayakan Piala Dunia 2014 sudah berakhir. Hasrat untuk mara ke pusingan ketiga kelayakan zon Asia sudah berkecai apabila sekadar mencatat keputusan seri 1-1 dengan Singapura pada aksi kedua pusingan kedua di Stadium Nasional, Bukit Jalil malam tadi.
Malaysia yang memerlukan kemenangan dua gol pada perlawanan tersebut terpaksa akur dan membiarkan Singapura mara dengan agregat 6-4.
Pada perlawanan pertama di Stadium Jalan Besar (Sabtu lepas), Singa- pura menang 5-3.
Jaringan Safee Sali pada minit ke-57 pada aksi malam tadi berjaya disama- kan oleh pemain sayap kanan 'import' dari China, Shi Jiayi pada minit ke-71.
Beraksi di hadapan kira-kira 90,000 penyokong sendiri, Malaysia memperoleh peluang awal tetapi percubaan pemain sayap kiri, S. Kunanlan dari dalam kotak penalti berjaya dihadang penjaga gol Singapura, Izwan Mahbud.
Singapura kemudian mula mendapat rentak tetapi dua percubaan menerusi penyerang 'import' dari China, Qiu Li pada minit ke-10 dan ke-15 ber- jaya diselamatkan dengan baik penjaga gol Malaysia, Khairul Fahmi Che Mat.
Pada minit ke-22, pemain pertaha- nan Malaysia, Aidil Zafuan Radzak terpaksa dikeluarkan akibat kecederaan dan digantikan oleh Muslim Ahmad untuk bergandingan dengan Fadhli Shas.
Amirulhadi Zainal yang banyak menggerakkan bahagian sayap kanan Malaysia turut memperoleh peluang tetapi rembatannya dari luar kotak penalti pada minit ke-26 tepat ke daka- pan Izwan.
Khairul Fahmi terus cemerlang dengan melayangkan badan untuk menepis sepakan percuma Shaiful Esah pada minit ke-38 dan menangkis percubaan Mustafic Fahrudin pada masa kecederaan separuh masa pertama.
Bersambung babak kedua, Malaysia akhirnya berjaya memecah kebuntuan pada minit ke-57 apabila Safee merembat kencang dari sudut kanan kotak penalti Singapura setelah menerima lorongan Kunanlan.
Namun kelekaan barisan pertahanan Malaysia sekali lagi dihukum dengan Singapura berjaya menyamakan kedudukan 1-1 pada minit ke-71 mene- rusi penyudah kemas Jiayi.
Usaha Malaysia yang melancarkan serangan bertubi-tubi ke arah pintu gol Singapura bagi mencari tambahan dua gol terus menemui kebuntuan.
Lebih malang, penyerang gantian, Ahmad Fakri Saarani gagal mengawal tekanan apabila dilayangkan kad merah pada masa kecederaan.
Dengan kegagalan itu, Malaysia mengekalkan rekod lampau yang belum pernah berjaya melangkah ke pusingan ketiga sejak percubaan sulung pada Kelayakan Piala Dunia 1974.

Keputusan Pusingan Pertama Bola Sepak : MALAYSIA vs SINGAPURA 2011.

Keputusan Pusingan Pertama Bola Sepak : MALAYSIA vs SINGAPURA 2011.
Berikut link link sepanjang Perlawanan tadi:
http://nurhafiz2009.blogspot.com/2011/07/keputusan-bola-sepak-malaysia-vs.html
http://nurhafiz2009.blogspot.com/2011/07/kad-merah-untuk-harimau-malaya.html
http://nurhafiz2009.blogspot.com/2011/07/siaran-langsung-malaysia-vs-singapura.html

Maka Tahniah lah buat Pasukan HARIMAU MALAYA yang telah bertungkus lumus merapatkan jurang dari SINGAPURA 4 MALAYSIA 1 kepada Malaysia 3 dan Singapura 5.

Apakah faktor faktor yang menewaskan Malaysia?
Adakah sebab REFEREE yang tidak adil?
Permainan yang kurang bertenaga?
Atau
Nak salahkan KAD MERAH yang dilayangkan oleh Referee itu tadi? (salah player tu juge kan, siapa suh melawan..)

Ataupun..
Sebab rumput tiruan di STADIUM JALAN BESAR Singapura yang menjadikan Pasukan Harimau Malaya kalah TERUK kepada THE LIONS?..

Walhal pasukan Harimau Malaya tu dah lawan 3 GERGASI EROPAH oke.. ARSENAL, LIVERPOOL dan CHELSEA.. Jadi, mungkin kena friendly match dengan PELITA JAYA atau MENCESTER kot..

Keputusan Bola Sepak : MALAYSIA VS SINGAPURA 2011. Kelayakan PIALA DUNIA.

Keputusan Bola Sepak : MALAYSIA VS SINGAPURA 2011. Kelayakan PIALA DUNIA...
Dah separuh masa pertama ni.. Nampaknya HARIMAU MALAYA kurang bermaya. Buat masa ni SINGAPURA atau THE LIONS ni nampaknya menguasai perlawanan. Kenapa berlaku banyak sangat KESILAPAN dari PASUKAN MALAYSIA menentang SINGAPURA ini?.. Mungkinkah MALAYSIA bakal TEWAS kepada pasukan SINGAPURA dalam perlawanan KELAYAKAN PIALA DUNIA ini?.. Wahai HARIMAU MALAYA.. berjuanglah hingga ke NGAUMAN terakhir. Walaupun semakin banyak GOAL yang dihasilkan.. diharapkan PASUKAN MALAYSIA dapat MENGUTIP semula SEMANGAT YANG HILANG.

Semoga selepas ini, di SEPARUH MASA YANG KEDUA, perlawanan SECARA LANGSUNG MALAYSIA vs SINGAPURA ni dapat memberi satu persembahan yang lebih baik dan tidak mengecewakan. At least dapat le merapatkan jurang JARINGAN gol nanti. Apapun, ulasan dari JURUHEBAH menyatakan MALAYSIA HM hilang tumpuan.

GO HARIMAU MALAYA!!
Keputusan Bola Sepak : MALAYSIA VS SINGAPURA 2011. Kelayakan PIALA DUNIA.
TERKINI: SINGAPURA 4 MALAYSIA 1

Siaran Langsung MALAYSIA vs SINGAPURA 2011.

Siaran Langsung MALAYSIA vs SINGAPURA 2011.
Boleh menontonnya SEKARANGG!! kat ASTRO ARENA 801 ye.
Kawan-kawan sokong mana satu? Harimau ke Singa?

Ye adakah THE LIONS atau THE TIGERS akan mengaum dengan hebatnya pada malam ini?.. Mestila sokong TANAH air sendiri kan.. HARIMAU MALAYA pasti dihati. Tak gitu kawan kawan. Menonton tu jangan terlalu ashik ye.. INgat ingatle kewajipan kita..

Sedikit petikan entry petang tadi di SINI:
http://nurhafiz2009.blogspot.com/2011/07/taiwan-sindir-harimau-malaya.html

“Saya tidak perlu untuk memberi motivasi tambahan kepada pemain kerana mereka sudah tahu tugas masing-masing malah semangat juang mereka lebih tinggi apabila menentang Singapura kerana ini pertemuan membabitkan negara jiran berbanding dengan perlawanan menentang negara lain,” katanya kepada pemberita pada sidang media sebelum perlawanan semalam.

Malaysia melangkah ke pusingan kedua bertemu Singapura selepas menewaskan Taiwan menerusi peraturan gol di tempat lawan apabila kedua-dua pasukan terikat 4-4 dalam aksi timbal balik.


Ketika diminta mengulas komen pedas, Tae Ho yang melabel aksi pemain Harimau Malaya kurang mantap berbanding Singapura, Rajagobal menegaskan, beliau lebih mengenali anak buahnya berbanding jurulatih dari Korea Selatan itu.


“Ia kenyataan yang tidak adil kerana beliau tidak lihat dan tidak kenal pemain-pemain saya,” katanya.
JOM MENGAUMM..

GAMBAR CHELSEA VS MALAYSIA, FOOTBALL ASIA TOUR 2011,

TAHNIAH CHELSEA VS MALAYSIA.
FOOTBALL ASIA TOUR 2011.
21ST JULY 2011.


Pemain bola sepak Chelsea, Fernando Torres (kanan) dan bintang bola sepak Malaysia S.Subramaniam menunjukkan aksi dalam perlawanan persahabatan di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur. FOTO THE STAR, AZHAR MAHFOF

SIARAN LANGSUNG : CHELSEA LAWAN MALAYSIA. ASIA TOUR JULY 2011.

JOM TONTON CHELSEA VS MALAYSIA.
ATAU
MALAYSIA VS CHELSEA?
ASTRO ARENA 801.

SEBELUM TU: BACA PAPER DULU.

PENYERANG Chelsea, Nicolas Anelka mengakui skuad The Blues akan berdepan laluan getir apabila turun menentang pilihan Malaysia dalam aksi persahabatan di Stadium Nasional, Bukit Jalil malam ini.
Anelka sedar reputasi Chelsea sebagai antara kelab gergasi dunia sekali lagi menjadi perhatian pada pertemuan tersebut dan sudah pasti peminat mahukan aksi yang menarik bagi memenuhi kehendak mereka.
Chelsea bertandang ke bumi Malaysia dengan membawa kesemua pemain bintangnya termasuk Fernando Torres, Frank Lampard, John Terry dan Didier Drogba dalam siri Jelajah Asia 2011,
Menurut penyerang dari Perancis itu lagi, semua pasukan yang akan berdepan The Blues sudah pastinya berazam untuk mencatat kemenangan, sekali gus mencalar reputasi mereka di hadapan peminat sendiri.
“Bukan mudah untuk menghadapi pilihan Malaysia esok (malam ini), terutamanya di hadapan peminat mereka sendiri,” kata Anelka ketika ditemui pada Klinik Bola Sepak PINTAR anjuran Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS) di Damansara Damai semalam.
“Setiap pasukan yang menentang kami pasti mahu mencipta kemenangan tetapi begitu juga dengan keinginan yang ada dalam pasukan Chelsea.

MALAYSIA 3 LIVERPOOL 6

Satu ayat je..
Tahniah buat HARIMAU MALAYA..
Semoga semangat juang terus membara!!!

Walau kalah tapi tetap ada JARINGAN GOAL!!!

KEPUTUSAN PENUH MALAYSIA 3 LIVERPOOL 6.
APAKAH RAMALAN BAGI PERLAWANAN ASIA TOUR YANG AKAN DATANG?

Ada BRANN?..

CAMNE LIVERPOOL lawan MALAYSIA TADI?

1 comments:


ZWAN SABRI said...
Wah! Hebatlah Malaysia.. x sangka dapat tembus gawang gol liverpool.. ;) MySuaraBlog: Lelaki Gemuk Sperma Sikit

TAKMAU CAKAP APA APA TENTANG PENYOKONG HARITU..

3 comments:


Nurul Ain said...
tapi mmg hakikatnya malam ni mungkin lagi rmi penyokong liverpool dri m'sia. apa-apa pun go malaysia go!
diana said...
payah nak cakap sebab manusia ni bila dia terlampau suka dia boleh jadi lupa diri.. macam orang bercinta la.. mak pak kata jangan, bukan nak ikut pun.. lebih sayang kekasih dari keluarga..
Bui Junaidi said...
penyokong malaysia ni dh tlalu taksub dgn pasukan luar,sampai lupa nk sokong tanah air sendiri..huhu

SAFIQ RAHIM.


Mohd Safiq Rahim (lahir pada 5 Julai, 1987) merupakan pemain bola sepak Malaysiayang kini bermain untuk Selangor . Dia merupakan pemain pasukan kebangsaan Malaysia.
Safiq merupakan bekas pemain KL PLUS. Dia merupakan penjaring gol kemenangan Selangor pada perlawanan akhir Piala Presiden Malaysia 2007-08 menentang Perak.[1]
Safiq mewakili Malaysia dari setiap peringkat. Dia mewakili pasukan bawah 20 tahun Malaysia ke Piala Belia Asia 2006. Dia juga mewakili Malaysia ke Sukan Asia 2006 diDoha. Safiq membuat penampilan sulung bersama pasukan utama pada Kejohanan Bola Sepak ASEAN 2007 ketika menentang Myanmar. Selepas itu, dia hanya bermain untuk pasukan bawah 23 tahun.

~GLAMER LA PULAK SEKEJAPAN NI KAN..

yeay MALAYSIA 1- LIVERPOOL 1.

Sepakan percuma.
Minit ke 43.
Tahniah Malaysia..
Cantik juga gol tadi..
(Cantik ke?..)

Tak sangka boleh gol..
Power juge TEAM MALAYSIA ni..
Dapat menyamakan kedudukan dengan LIVERPOOL .
Masih separuh masa pertama..
Pasni.. rehat..

KEPUTUSAN TERKINI MALAYSIA VS LIVERPOOL. 1-1
GO TIGER!

LIVERPOOL 1 MALAYSIA 0- SEPAKAN PENALTI..

EH.. Dua kali plak tendangan.. Hehe..
Sebenarnya tengah menumpang menonton ni, LIVERPOOL VS MALAYSIA ni, sempena ASIA TOUR JULY 2011.
MENUMPANG ye sebab apa dikatakan menumpang?.. Sebab yang menengoknye orang lain, kita nak tengok cerita lain.. jadi alang-alang dah tengok, nak UPDATE jugela status.. Sebabnya takdela bosan sangat nanti.

Apa yang jelas kat kaca TV ni adalah kebanjiran penonton di STADIUM BUKIT JALIL. Penyokong penyokong yang menyaksikan perlawanan antara MALAYSIA dan LIVERPOOL ni kebanyakannya kelihatan MERAH NYA MAK NGAH ye.. mana BIRU MATA HITAM KU ni?.. Tak nampak pun..

Apapun.. KEPUTUSAN TERKINI LIVERPOOL VS MALAYSIA adalah 1-0 ye buat kawan-kawan yang tak berpeluang menyaksikannya.. Dan kita nantikan aje la KEPUTUSAN PENUH PERLAWANAN LIVERPOOL VS MALAYSIA ASIA TOUR JULY 2011 tu..

Selamat menonton.. Jom blogwalk.

SIARAN LANGSUNG: LIVERPOOL VS MALAYSIA AT CH801.

ASIA TOUR 2011.
Dah menyaksikan Malaysia KALAH kepada ARSENAL. Harini pula bakal berlangsung LIVERPOOL melawan MALAYSIA. Agak-agakla kan.. Pasukan mana yang bakal menang nanti?. Rasanya ramai dah tahu perlawanan antara LIVERPOOL VS MALAYSIA ni bakal meyaksikan pemain HARIMAU MALAYA berhempas pulas menentang LIVERPOOL nanti. Semoga ada sedikit hasil yang dipamerkan. (Kalau tak banyak.)

Isu tentang menyokong pasukan luar dah keluar dalam paper dari semalam lagi. Ye la, bengang la juge kan sebab perlawanan diadakan di tempat sendiri, namun penyokong pasukan lawan laagii ramai. Dan penyokong tu bukannya penduduk dari Liverpool pun. Kat sini la nak tengok semangat KEMALAYSIAAN kan..

Nak sokong pasukan lawan.. sokongla.. Tapi tak perlula EJEK pasukan sendiri. Sedih tau kalau berada dalam kasut pemain tersebut.

~WALAU PENYOKONG PAKAI JERSEY LIVERPOOL TAPI DALAM HATI TETAP KAT HARIMAU MALAYA(terbaca tadi..)

Apapun GOOD LUCK HARIMAU MALAYA DAN LIVERPOOL..(Ceroi ada kat stadium ke?..)

UPDATE SEPARUH MASA PERTAMA: LIVERPOOL 1 MALAYSIA 1.

LIVERPOOL VS MALAYSIA.

Ceroi o ceroi.. SOKONG SIAPA YE?..

-(ko)
“Saya tak faham apa yang mereka (peminat) mahu. Saya fikirkan mereka sudah cukup bijak. Mereka tak boleh samakan skuad kebangsaan dengan kelab Liga Perdana England. “Kita amat memerlukan sokongan peminat pada saat genting menghadapi pusingan kedua Kelayakan Piala Dunia 2014 menentang Singapura. “Sebagai rakyat Malaysia dan menetap di Malaysia, bukan saya nak kata kita tak boleh sokong kelab Liga Perdana England.

“Tetapi kenapa tak boleh sehari sahaja datang ke stadium pakai jersi Malaysia? Saya harap esok (hari ini) ramai yang datang dengan jersi Malaysia, terutamanya warna biru,” kata Rajagobal ketika ditemui pada sesi latihan di Stadium Nasional petang semalam. Pada aksi bertemu Arsenal Rabu lalu, majoriti stadium dipenuhi peminat yang hadir dengan jersi merah dan tambah mengecewakan Rajagobal, anak-anak buahnya diejek setiap kali melakukan kesilapan.

“Bila Arsenal terlepas peluang, mereka tidak diejek tetapi bila kita buat silap, kena ejek. Mereka tak boleh nak banding pemain kita dengan pemain lawan. Arse- nal pun mampu tewaskan pasu- kan sehebat Barcelona. “Jadi saya sangat berharap warga Malaysia yang hadir ke stadium esok (hari ini) memberi sokongan padu kepada sku- ad negara sendiri,” tegas Raja- gobal.

Selepas sesi latihan petang semalam, Rajagobal mengesahkan dua pemainnya, Aidil Zafuan Radzak dan Norshahrul Idlan Talaha tidak dapat diturunkan akibat kecederaan buku lali dan hamstring. “Saya sudah panggil dua pengganti iaitu Ismail Faruqi Ashari dan Izzaq Faris Ramlan semalam (kelmarin) dan akan mencuba mereka. Jika memuaskan, mereka mungkin diselit untuk skuad ke Singapura,” ujarnya.

ARSENAL VS MALAYSIA, 4-0,

M'sia vs Arsenal friendly kicks off

-THESTARONLINE.

ARSENAL MENANG?

Dijangkakan begitulah ye..
Tapi..
Siapa tahu..
Tuah ayam nampak di kaki..

Tuah HARIMAU MALAYA nampak di TARING?
atau..
di jersi ?
Atau tuah nya nampak di penyokong?..

Adakah penyokong ARSENAL lebih ramai berbanding PENYOKONG HARIMAU MALAYA?.
Khabarkan di sini..
Agar di sini dapat jua merasa bahang kemeriahannya bersama-sama mereka di sana..
Nun jauh menggegak gempita seluruh Stadium..

Dan dapat juga kawan-kawan disini..
Merasa yang sama..

GOODLUCK ARSENAL.... whoooopss..
HARIMAU MALAYA.. sudah pasti..

berjuanglah..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...