SINDIRAN jurulatih Taiwan, Tee Tae Ho nyata tidak disenangi Datuk K Rajagobal namun itu tidak bermakna tumpuannya untuk membimbing skuad kebangsaan mencatat kemenangan ke atas Singapura dalam aksi pertama pusingan kedua kelayakan Piala Dunia 2014 di Stadium Jalan Besar hari ini terjejas.
Sebaliknya, pengendali negara yang membawa Harimau Malaya ke mercu kejayaan pada Sukan Sea Laos 2009 dan Piala Suzuki AFF Disember lalu itu yakin barisan pemainnya bersedia ‘membaham’ Singa bagi memastikan situasi lebih selesa sebelum perlawanan timba balik di Stadium Nasional Bukit Jalil, Khamis depan.
“Saya tidak perlu untuk memberi motivasi tambahan kepada pemain kerana mereka sudah tahu tugas masing-masing malah semangat juang mereka lebih tinggi apabila menentang Singapura kerana ini pertemuan membabitkan negara jiran berbanding dengan perlawanan menentang negara lain,” katanya kepada pemberita pada sidang media sebelum perlawanan semalam.
Malaysia melangkah ke pusingan kedua bertemu Singapura selepas menewaskan Taiwan menerusi peraturan gol di tempat lawan apabila kedua-dua pasukan terikat 4-4 dalam aksi timbal balik.
Ketika diminta mengulas komen pedas, Tae Ho yang melabel aksi pemain Harimau Malaya kurang mantap berbanding Singapura, Rajagobal menegaskan, beliau lebih mengenali anak buahnya berbanding jurulatih dari Korea Selatan itu.
“Ia kenyataan yang tidak adil kerana beliau tidak lihat dan tidak kenal pemain-pemain saya,” katanya.
Ini kali pertama Malaysia dan Singapura bertemu di kejohanan antarabangsa selepas Piala AFF 2007 dan Sukan Sea 2007 dengan skuad kendalian Radojko Avramovic memiliki sedikit kelebihan dalam rekod pertembungan itu.
- metro online..
GO HARIMAU MALAYA- JANGAN PATAH SEMANGAT..
1 comments:
berapa gol singapora bolos?
Post a Comment