Nak Souvenier best?

Mari Membuat Saringan Prostat.

SARINGAN

Proses saringan membabitkan mikroskopi kencing, meter aliran kencing dan ukuran sisa yang tinggal selepas buang air, dan ukuran isipadu prostat 'transrectal' yang dijalankan selepas mendapat kebenaran daripada mereka yang ingin tahu kedudukan kesihatan kelenjar prostat masing-masing.

Saringan ini akan dilaksanakan oleh pasukan urologi dari Hospital Kuala Lumpur (HKL), Hospital Selayang, PPUM dan Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM), pada setiap hujung minggu sepanjang bulan Julai.

Pada minggu pertama Julai, dari pukul 8 pagi hingga 5 petang, mereka yang berminat berpeluang menjalani saringan di Hospital Selayang, Hospital Tengku Ampuan Rahimah di Klang dan PPUKM.

Hospital Serdang dan UMMC menjalankan saringan pada 9 dan 10 Julai sementara 16 dan 17 Julai pula menyaksikan HKL dan Hospital Sungai Buloh menjalankan saringan bagi kesihatan kalenjar prostat.

Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan yang hanya terbuka bagi veteran angkatan tentera juga akan melakukan saringan pada 16 dan 17 Julai, 2011.

Kanser prostat sebenarnya penyakit yang boleh dirawat tetapi menguruskan penyakit ini bukan tugas yang mudah.

Pengesanan awal kanser prostat mungkin kunci utama dalam merawat penyakit ini dan kesedaran serta simptom yang berkaitan dengan prostat, faktor risiko kanser prostat serta perkakas yang terdapat bagi saringan adalah penting.

Dan ini boleh mencegah mortaliti pada pesakit kanser prostat.

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...